1. Kedua-dua ayat ini berlainan bentuk stuktur perkataannya tetapi mempunyai maksud sama.
2. Ayat Aktif ialah ayat yang menekankan objek.
3. Ayat Pasif menerangkan benda atau orang yang dikenakan perbuatan ke atasnya.
1. Ayat aktif ialah ayat yang kata kerja berawalan men-. Contohnya:
(a) Emak memasak nasi dan sebagainya
(b) Pasukan pengakap telah mendirikan khemah itu.
(c) Ketua murid menaikkan bendera sekolah.
2. Ayat pasif ialah ayat yang kerjanya……
(a) tidak berawalan men- dan didahului kata ganti diri pertama dan kata ganti diri kedua.
Contohnya:
i. Bola itu saya tendang.
ii. Borang itu perlu anda isi.
(b) berawalan di- dan diikuti kata sendi oleh serta kata ganti diri ketiga.
Contohnya: Baju itu dibasuh oleh kakak.
3. Ayat pasif terdiri daripada:
(a) ayat pasif diri pertama, iaitu ayat yang kata kerjanya tidak berawalan men-
dan didahului kata ganti diri pertama seperti aku, kami, kita, saya, dan sebagainya.
(b) ayat pasif diri kedua, iaitu ayat yang kata kerjanya tidak berawalan men-
dan didahului kata ganti diri kedua seperti awak, anda, kamu, engkau, dan sebagainya.
(c) ayat pasif diri ketiga, iaitu ayat yang kata kerjanya berawalan di-, diikuti kata sendi oleh serta
kata ganti diri ketiga seperti ia, dia, beliau, baginda, dan sebagainya.
4. Kedua-dua ayat aktif dan pasif membawa maksud yang sama walaupun bentuknya berbeza.
Contohnya:
Ayat Aktif Ayat Pasif Diri Pertama
(a) Saya mencuci kasut sekolah.
(b) Kita menerima keputusan itu.
(c) Aku akan memetik bunga itu.
(d) Kami sudah menyusun jadual itu. (a) Kasut sekolah saya cuci.
(b) Keputusan itu kita terima.
(c) Bunga itu akan aku petik.
(d) Jadual itu sudah kami susun.
Ayat Aktif Ayat Pasif Diri Kedua
(a) Anda harus menyiapkan kerja itu.
(b) Awak mesti menyerahkan surat itu.
(c) Engkau patut memulangkan duitnya.
(d) Kamu perlu membaiki kereta itu. (a) Kerja itu harus anda siapkan.
(b) Surat itu mesti awak serahkan.
(c) Duitnya patut engkau pulangkan.
(d) Kereta itu perlu kamu baiki.
Ayat Aktif Ayat Pasif Diri Ketiga
(a) Mereka mengecat bangunan.
(b) Baginda meminta rakyat supaya bersabar.
(c) Beliau mengarahkan orang ramai supaya beratur.
(d) Dia sedang menjahit baju. (a) Bangunan dicat oleh mereka.
(b) Rakyat diminta oleh baginda supaya bersabar.
(c) Orang ramai diarahkan oleh beliau
supaya beratur.
(d) Baju sedang dijahit olehnya.
Ayat Aktif Ayat Pasif
1. Ali membaca buku itu.
2. Ibu memasak nasi lemak.
3. Kita mesti mendengar nasihat guru kita.
4. Salmah memukul adiknya dengan kuat.
5. Yusof membawa kerusi patah. Buku itu dibaca oleh Ali.
Nasi lemak dimasak oleh ibu.
Nasihat guru kita, mesti kita dengar.
Adiknya dipukul dengan kuat oleh Salmah.
Kerusi patah dibawa oleh Yusof
Saturday, October 30, 2010
soalan bm t1 pat 2010
Soalan 1 hingga soalan 7
Lengkapkan ayat- ayat di bawah dengan memilih perkataan yang paling sesuai.
1 Gadis yang berdiri di hadapan tasik itu__________ apabila melihat keindahan alam ciptaan Tuhan.
A terkemam B terkedu
C termengu D terlalai
2 Rumah usang orang tua itu sudah ____ dan sukar dibaiki semula.
A koyak rabak B kopak kapik
C calar balar D hancur lebur
3 Liputan perlawanan bola sepak antara Malaysia dengan Jepun telah dibuat secara langsung oleh seorang ____ yang sangat berpengalaman.
A jurucakap B juruacara
C jurulatih D juruulas
4 Ibu _____ sebentuk cincin bertatahkan mutiara di kedai emas itu semalam untuk hadiah perkahwinan kakak.
A menempah B mencipta
C membolot D menempa
5 Zulfikli berasa______ apabila melihat Zaleha yang disangkanya telah meninggal dunia muncul secara tiba- tiba di hadapannya.
A kajet B takjub
C kagum D pelik
6 Pembentangan kertas kerja tentang kemajuan ekonomi negara telah disampaikan oleh seseorang___________ dari pusat pengajian tinggi tempatan.
A wartawan B karyawan
C negarawan D cendiakiawan
7 Masih ada _____ pendapat dalam kalangan orang ramai tentang punca kenaikan harga barang
A kekeliruan B kegusaran
C perselisihan D perbandingan
Soalan 8 hingga soalan 14
Ayat-ayat di bawah mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan, kesalahan itu telah ditandai dengan A, B dan C. Tandakan sama ada A, B atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan dalam ayat berkenaan.
8 Sebagai tanda persahabatan, saya menghadiahi Zalina sebuah jam tangan antik yang
A B C
berharga. Tiada kesalahan
D
9 Pembinaan pagar dawai di sekeliling kawasan sekolah itu ditafsirkan menelan belanja
A B
kira- kira dua ribu lima ratus ringgit. Tiada kesalahan
C D
10 “ Maafkan patik kerana mengganggu tuanku beristirahat,” sembah Bendahara kepada
A B C
Sultan Mahmud. Tiada kesalahan
D
11 Muzik selingan yang diperdengarkan dalam majlis jamuan itu mengembalikan nostalgia
A B
zaman bersekolah para tetamu yang hadir. Tiada kesalahan
C D
12 Saya suka membaca novel hasil karya A. Samad Said kerana banyak pengajaran-
A B
pengajaran yang dapat saya peroleh. Tiada Kesalahan
C D
13 Hajar terpaksa mempersuamikan lelaki tua itu atas desakan kedua-dua ibu-bapanya.
A B C
Tiada kesalahan
D
14 Pengkajian pakar perubatan itu telah berjaya menemukan satu formula baharu untuk
A B
mengubati penyakit kronik. Tiada kesalahan
C D
Soalan 15 hingga soalan 17
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul.
15 I Ahli Kelab Catur membuka puasa di Hotel Seri Malaysia.
II Pak Amin membuka bungkusan yang diterimanya petang semalam.
III Sektor pertanian membuka peluang pekerjaan kepada siswazah menganggur.
IV Semua murid membuka telinga semasa guru displin memberi taklimat.
A I dan IV sahaja
B II dan III sahaja
C I, II dan III sahaja
D II, III dan IV sahaja
16 I Buku Tatabahasa Dewan menjadi petunjuk kepada segala permasalahan bahasa.
II Kami menjadikan kesan tapak kaki Raju sebagai petunjuk untuk terus mencarinya di dalam hutan itu.
III Jarum petunjuk kelajuan itu sudah tidak berfungsi lagi.
IV Petunjuk perasaan mula berhimpun di pekarangan
A I dan II sahaja
B III dan IV sahaja
C I, II dan III sahaja
D II, III dan IV sahaja
17 I Beberapa buah kereta berhias berarak dari pusat Bandar ke stadium negari.
II Kenangan silam berarak
III Ibu segera mengangkat kain di ampaian apabila terlihat awan mendung berarak yang menandakan hujan akan turun.
IV Ahli pasukan unit beruniform berarak semasa pengetua melakukan pemeriksaan barisan pada hari sukan sekolah.
A I dan II sahaja
B III dan IV sahaja
C I, II dan III sahaja
D II, III, IV sahaja
Soalan 18 hingga soalan 21
Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat yang berikut mungkin mengandungi kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak. Tandakan A, B atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan
18 Angkasawan Negara menceritakan tentang pengalaman beliau ketika berada di angkasa lepas dengan penuh keceriaan.
A bercerita pengalaman
B menceritakan pengalaman
C berceritakan tentang pengalaman
D menceritakan tentang pengalaman
19 Pekerja itu mempercepatkan tugasnya agar dia dibenarkan pulang awal.
A mempercepat tugasan demi
B mempercepat tugasnya agar
C mempercepatkan tugas dia supaya
D mempercepatkan tugasnya agar
20 Kata-kata aluan daripada pengerusi majlis itu ringkas tetapi cukup bermakna.
A Kata- kata aluan dari
B kata alu-aluan dari
C Kata alu- aluan daripada
D Kata- kata aluan daripada
21 Semua pelajar sekolah itu sangat kasih akan guru mereka yang baru sahaja meninggal dunia.
A sangat kasih benar
B sangat kasih kepada
C sangat kasih pada
D sangat kasih akan
Soalan 22 hingga soalan 24
Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau maksud yang paling hampir dengan ayat yang dicetak tebal.
22 Faizal mencadangkan agar kelasnya membuka gerai jualan makanan bersempena dengan Hari Kantin Sekolah untuk menambahkan tabungan kelas.
A Bagi menambahkan tabungan kelas, Faizal mengesyorkan supaya kelasnya membuka gerai jualan makanan semasa Hari kantin Sekolah.
B Semasa Hari Kantin Sekolah, kelas Faizal disarankan membuka gerai jualan makanan untuk mengisi tabung kelas.
C Kelas Faizal bercadang untuk membuka gerai jualan makanan bersempena dengan Hari Kantin Sekolah agar tabungan kelas bertambah.
D Gerai jualan makanan yang dicadangkan oleh kelas Faizal dibuka bersempena dengan Hari Kantin Sekolah bertujuan untuk menambahkan tabungan kelas.
23 Surat khabar lama itu tidak perlu dibuang kerana dapat dijual atau dikitar semula.
A Pembuangan surat khabar lama membolehkan pihak tertentu menjualnya atau mengitarnya semula.
B Pembaziran dapat dielakkan seandainya surat khabar lama itu dijual atau dikitar semula
C Penjualan atau pengitaran semula surat khabar lama menyebabkan surat khabar itu tidak perlu dibuang.
D Surat kahabar lama yang tidak dapat dijual atau dikitar semula perlulah dibuang.
24 Kita perlu mengambil sayur- sayuran hijau dan buah- buahan untuk memastikan kita mengamalkan diet yang seimbang.
A Sayur-sayuran dan buah-buahan hijau perlu kita ambil untuk diet yang seimbang.
B Kita perlu memastikan amalan diet yang seimbang perlu mengandungi sayur- sayuran dan buah-buahan.
C Diet seimbang yang mengandungi sayur-sayuran hijau dan buah- buahan perlu kita amalkan.
D Kita hendaklah makan sayuran yang hijau dan buah-buah jika hendak mendapatkan diet yang seimbang.
Soalan 25 hingga soalan soalan 27
Pilih ayat- ayat yang betul dan tentukan bahawa anda telah memilih cadangan jawapan yang paling sesuai.
25 I Puan Zainab mengajar kami bahasa Melayu
II Kampung saya terletak di kawasan pedalaman negeri Johor.
III Oleh kerana terlewat bangun tidur Ajit ketinggalan bas pada pagi itu.
IV Dia berjaya mendapat tempat pertama dalam pertandingan mengarang cerpen.
A I dan III sahaja
B II dan IV sahaja
C I, II dan IV sahaja
D II, III dan IV sahaja
26 I Masakan saya tidak berselera untuk menikmati kelazatan aiskrim itu.
II Dia bukan tidak mahu pulang tetapi takut dimarahi oleh ayahnya.
III Rendang daging yang dimasak oleh emak semalam masih elok lagi.
IV Nenek tidak habis berleter dari pagi hingga petang apabila mengetahui Pak Usu masih merokok.
A I dan II sahaja
B I, II dan III sahaja
C I, II dan IV sahaja
D II, III dan IV sahaja
27 I Aiman sedari dia perlu mengubah sikapnya jika ingin berjaya dalam pelajaran
II Zalina menyerahkan buku latihan karangannya kepada Cikgu Aina.
III Fatimah mengesahkan penyertaannya dalam acara lumba lari itu.
IV Kakak menjahit sehelai baju kurung berwarna merah untuk adik.
A I dan II sahaja
B III dan IV sahaja
C I, III dan IV sahaja
D II, III dan IV sahaja
Soalan 28 hingga soalan 30
Pilih peribahasa atau maksud peribahasa yang paling sesuai.
28 Peribahasa ini mengingatkan kita bahawa tiap- tiap pekerjaan yang dilakukan hendaklah sesuai dengan kemampuan kita sendiri.
Peribahasa yang sesuai dengan maksud di atas ialah
A ukur baju di badan sendiri
B tepuk dada tanya selera
C alah membeli, senang memakai
D alah bias tegal biasa
29
Pilih peribahasa yang sesuai bagi menggambarkan situasi dalam penyataan di atas.
A Sikit – sikit lama jadi bukit
B Cencaru makan petang
C Sirih pulang ke gagang
D Durian runtuh
30 Ayu sedar akan pengorbanan bapanya yang terpaksa bekerja keras setiap hari untuk menampung perbelanjaan keluarga yang semakin bertambah sementelahan dia perlu menjalani rawatan hemodialysis setiap minggu.
Keadaan di atas diibaratkan
A sudah semacam besar pasak daripada tiang
B air tenang jangan disangka tiada buaya
C berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul
D bagai kerakap tumbuh di batu, hidup segan mati tak mahu
Soalan 31 hingga soalan 35
Baca sajak di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut.
Diari Lama
Di halaman diari ini aku amati selembar
tulisan
tentang perjuangan-bertitis air mata
mengalir
namun tak sederas darah yang tertumpah.
Di naungan panji yang megah
kutegakkan cinta dan kasih sayang
anak bertuah bumi merdeka
pada semarak ulang tahun
diulit riang bersalut hiba
Dataran Merdeka menyambut suka
gagah perbarisan anak-anak Malaysia
menghayun langkah menongkah persada
riang di naungan nusa, makmur setiap ketika
sampai bila- bila
( Dipetik daripada antologi Kasut Kelopak Jantung, Tingkatan 1, terbitan Dewan Bahasa Pustaka)
31 Bilakan penyajak membaca kembali catatan pada diari lamanya?
A Ketika dia keseorangan dan kesunyian
B Ketika sambutan ulang tahun kemerdekaan negara.
C Ketika pejuang bersedih dan menangis
D Ketika semua pejuang tumpas dalam perjuangan menuntut kemerdekaan
32 Apakah harapan penyajak tentang negara ini?
A Sentiasa dihiasi panji-panji yang megah
B Rakyat akan terus berasa bertuah
C Sambutan ulang tahun diadakan setiap tahun
D Kemakmuran berkekalan selama-lamanya
33
Unsur gaya bahasa yang terdapat dalam baris sajak di atas ialah
A Simile B Metafora
C Sinkope D Paradoks
34 Sajak itu bernada
A Patriotik B Sinis
C Protes D Melankolik
35 Pengajaran-pengajaran yang terdapat dalam sajak “ Diari Lama” ialah
I
Generasi muda hendaklah mengenang jasa pejuang kemerdekaan.
II Kita hendaklah merayakan sambutan ualang tahun kemerdekaan dengan keinsafan
III Rakyat hendaklah berusaha untuk mengekalkan kemakmuran negara.
IV Rakyat hrendaklah bangkit menentang kezaliman.
A I, II dan III
B I, III dan IV
C I, II dan IV
D I, II, III, dan IV
Soalan 36 hingga soalan 40
HAJI PAKIR : Tidak, Cik Aji. Anak yang baru lahir itu ibarat kain putih yang bersih.
Ibubapanyalah yang bertanggungjawab mencorakkan dan mewarnakan kain putih itu. Saya baru sedar, Cik Aji, bahawa apa yang saya lakukan selama ini adalah salah sama sekali. Melentur buluh kata orang perlu dari rebungnya. Tapi bila rebungnya sudah menjadi buluh dan buluh itu sudah menjadi kukuh berdiri, tidak akan dilenturkan lagi.!
HAJAH DERISAH : Saya masih tak faham maksud awak, BANG Aji!
HAJI PAKIR : ( Perlahan- lahan ) Cik Aji! Kepada anak seorang itu saya tumpahkan sepenuh kasih sayang saya! Saya turut cakapnya. Seperti awak juga. Kerana anak seorang itu saya curahkan segala- galanya! Tapi saya lupa, Cik Aji,bahawa tanpa didikan yang sewajarnya, jangan haraplah rebung itu akan dapat dilentur!
HAJAH DERISAH : Awak maksudkan anak awak tu?
HAJI PAKIR : Ya, anak kita seorang itulah!
HAJAH DERISAH : Apa salahnya dia, Bang Aji?
HAJI PAKIR : Awak tanya apa salahnya dia, Cik Aji? Kalau anak terlalu diberi muka inilah jadinya. Anak itu akan memijak kepala orang tua.
HAJAH DERISAH : Maksud awak, Si Rohani tu?
( Dipetik daripada antologi, Kasut Kelopak Jantung,
Drama Arah ke Mana. Terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka)
36 Apakah yang dimaksudkan dengan ungkapan “ tidak akan dilenturkan lagi!” dalam petikan drama di atas?
A Enggang melentur lagi
B Tiada harapan dibentuk lagi
C Tidak boleh digunakan lagi
D Sudah rosak
37 Apakah masalah yang sedang dihadapi oleh Haji Pakir dan Hajah Derisah berdasarkan dialog dalam petikan drama di atas?
A Hajah Derisah tidak faham percakapan Haji Pakir
B Haji pakir sedang menyalahkan isterinya
C Anak Haji Pakir dan Hajah Derisah bermasalah
D Ketiadaan wang untuk membayar yuran persekolahan Rohani
38 Antara dialog yang berikut, yang manakah mengandungi unsur gaya bahasa simile?
A kalau anak terlalu diberi muka inilah jadinya
B Melentur buluh kata orang biar dari rebungnya
C Anak itu akan memijak kepala orang tua
D Anak yang baru lahir itu ibarat kain putih yang bersi
39 Apakah pemikiran drama di atas?
A Gejala penyalahgunaan najis dadah mendatangkan akibat buruk sehingga menyebabkan kehilangan nyawa.
B Keretakan rumah tangga menyebabkan anak menanggung akibat dan hidup tidak berpedoman.
C sikap ibu bapa yang terlalu mengongkong anak- anak sehingga anak- anak memberontak.
D Pendidikan agama yang tidak dipentingkan dalam kalangan generasi tua dan muda masa kini.
40 Persoalan-persoalan berikut terungkap dalam drama “ Arah ke Mana”, kecuali
A Persoalan tentang kasih sayang yang keterlaluan terhadap anak tunggal menyebabkan anak tersasar.
B Persoalan tentang suratan takdir tidak dapat ditolak
C Persoalan tentang keretakan rumah tangga yang mendatangkan kesan terhadap anak.

Subscribe to:
Comments (Atom)