LIFE

Saturday, March 19, 2011

Kisah menyentuh seorang ibu tua dgn anaknya

Ini cerita yang saya himpun dari kaskus berasal dari Jepang kuno. Mudah-mudahan bisa diambil hikmahnya.

==============================================

Konon pada jaman dahulu, di Jepang ada semacam kebiasaan untuk membuang orang lanjut usia ke hutan. Mereka yang sudah lemah tak berdaya dibawa ke tengah hutan yang lebat, dan selanjutnya tidak diketahui lagi nasibnya.

Alkisah ada seorang anak yang membawa orang tuanya (seorang wanita tua) ke hutan untuk dibuang. Ibu ini sudah sangat tua, dan tidak bisa berbuat apa-apa lagi. Si anak laki-laki ini menggendong ibu ini sampai ke tengah hutan. Selama dalam perjalanan, si ibu mematahkan ranting-ranting kecil. Setelah sampai di tengah hutan, si anak menurunkan ibu ini.

“Bu, kita sudah sampai”,kata si anak. Ada perasaan sedih di hati si anak. Entah kenapa dia tega melakukannya.

Si ibu , dengan tatapan penuh kasih berkata:”Nak, Ibu sangat mengasihi dan mencintaimu. Sejak kamu kecil, Ibu memberikan semua kasih sayang dan cinta yang ibu miliki dengan tulus. Dan sampai detik ini pun kasih sayang dan cinta itu tidak berkurang.

“Nak, Ibu tidak ingin kamu nanti pulang tersesat dan mendapat celaka di jalan. Makanya ibu tadi mematahkan ranting-ranting pohon, agar bisa kamu jadikan petunjuk jalan”.

Demi mendengar kata-kata ibunya tadi, hancurlah hati si anak. Dia peluk ibunya erat-erat sambil menangis. Dia membawa kembali ibunya pulang.

Lama kemudian, si anak tumbuh menjadi remaja dan bertanya-tanya, mengapa wanita sering menangis ??. Pada suatu malam, ia bermimpi dan bertanya kepada Tuhan. “Ya Allah, mengapa wanita mudah sekali menangis?” Dalam mimpinya, Tuhan menjawab, “Saat Kuciptakan wanita, Aku membuatnya menjadi sangat utama :

1.Kuciptakan bahunya, agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya, walaupun juga, bahu itu harus cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tertidur.

2. Kuberikan wanita kekuatan untuk dapat melahirkan, dan mengeluarkan bayi dari rahimnya, walau, seringkali pula, ia kerap berulangkali menerima cerca dari anaknya itu.

3. Kuberikan keperkasaan, yang akan membuatnya tetap bertahan, pantang menyerah, saat semua orang sudah putus asa.

4. Pada wanita, Kuberikan kesabaran, untuk merawat keluarganya, walau letih, walau sakit, walau lelah, tanpa berkeluh kesah.

5. Kuberikan wanita, perasaan peka dan kasih sayang, untuk mencintai semua anaknya, dalam kondisi apapun, dan dalam situasi apapun. Walau, tak jarang anak-anaknya itu melukai perasaannya, melukai hatinya.

Thursday, February 3, 2011

petua mudah meringkaskan karangan ( bahagian A I)

Petua mudah meringkaskan karangan

PETUA MUDAH MERINGKASKAN KARANGAN

Guru perlu menjelaskan secara mudah, supaya pelajar faham.

* Tulis isi ringkasan mengikut urutannya dalam petikan
* Dapatkan 6 isi.
* Tinggalkan perkara yang merupakan keterangan bagi isi pokok.
* Jangan masukkan keterangan dan contoh .
* Isi yang telah dikenal pasti mesti digaris dan dinomborkan 1-6, supaya pelajar tahu berapa jumlah isi yang ada.
* Ayat-ayat yang dibina harus ringkas, tepat dan padat.
* Jangan mengubah perkataan sesuka hati untuk mengelakkan ringkasan berubah daripada maksud asal.
* INGAT-JANGAN tulis perkara yang tidak dinyatakan dalam petikan ataupun memberikan pendapat sendiri dalam ringkasan karangan.
* Tulis ringkasan hanya dalam SATU perenggan
* Jangan buat pengenalan dan kesimpulan
* Jangan menulis daripada 80 patah perkataan.

MENGESAN ISI

Untuk mengesan isi dalam sesuatu petikan, pelajar perlu:

* Dapatkan tema keseluruhan petikan. Tema ini mudah ditemui dalam soalan. Contohnya. tulis sebuah ringkasan tentang faedah menyertai kegiatan kokurikulum kepada pelajar (inilah tema atau tajuk).

AYAT ACUAN UNTUK MENULIS RINGKASAN

Antara…………………(tajuk)……………………………… ialah ……………………..(isi 1)……………………. Selain itu, ………………………(isi 2)…………………………………….. Seterusnya, ………………… (isi 3)…………………….. Begitu juga, ………………………..(isi 4)…………………………………….. Di samping itu, …………………………..(isi 5)……………. Akhir sekali ,………………………………(Isi 6) …………………………………………………………..

SINOPSIS SUKAR MEMBAWA TUAH

SINOPSIS BAB 1 – NOVEL SUKAR MEMBAWA TUAH

Bab 1 – Inilah Dunia Kami

Tatkala sang suria memancarkan sinarnya, Pak Katan sudah bersiap sedia untuk ke hutan bagi memulakan rutinnya mencari rotan di hutan. Adit turut bersama ayahnya mencari rotan di hutan pada pagi itu. Adit sudah lali dengan kerja-kerja mencari rotan dan menyediakan tali untuk mengikat rotan yang dikutip di hutan. Sementara itu, Adit pergi ke sungai terlebih dahulu untuk mengangkat belat yang dipasang oleh ayahnya dengan harapan belat mereka mendapat banyak ikan. Nasib menyebelahinya kerana belat yang dipasang dipenuhi dengan ikan-ikan yang terlekat. Dia meletakkan kembali belat tersebut lalu mendayung sampannya pulang ke rumah, serta bersiap-siap untuk menemani ayahnya ke hutan selepas bersarapan pagi.

Nota:

Bab 1 ini mengisahkan penduduk orang asli kaum Jahut yang tinggal dikawasan hutan di Bukit Lokan. Mereka mengamalkan kepercayaan anemisme yang masih tidak mempunyai agama. Pak Katan ialah ayah kepada Adit. Isterinya Mak Tawi. Mereka tinggal di rumah yang beratapkan rumbia. Mereka menyara diri dengan mengutip hasil hutan seperti rotan, memburu binatang dan bercucuk tanam.

Bab 2 – Rutin Harian Adit Bermula

Adit dan ayah ke hutan. Adit yang berpakaian lusuh tidak menghiraukan keadaannya itu, kerana menyedari kemiskinnya. Mereka mendamar dan mengutip hasil hutan untuk membeli makanan dan keperluan harian, tetapi hasil tersebut tidak mencukupi untuk membeli pakaian baru.

Masyarakat menjual hasil mereka kepada tauke Cina. Tahap pendidikan yang rendah dan kemudahan infastruktur yang sangat menyedihkan menyebabkan kehidupan mereka terhimpit. Pekan yang terhampir dengan mereka jauhnya 30km dari situ, oleh itu barang keperluan hanya diperolehi melalui pekerja balak yang berulang-alik dari kampung mereka ke sana. Agensi kerajaan ada membantu, tetapi mereka selesa di sini.

Masyarakat di situ masih berpegang teguh pada kepercayaan nenek moyang dan sanggup bermati-matian demi warisan hutan nenek moyang mereka. Namun, penerokaan menghimpit kehidupan mereka. Adit tidak bersekolah biarpun sudah berusia hampir 11 tahun, sementelahan ayahnya yang mementingkan ilmu hutan sebagai pendidikan asas kepada Adit.

Akhirnya timbul persoalan dalam benak Adit tentang kepupusan hasil hutan dan nasib mereka, akan tetapi dinafikan oleh ayahnya yang sedar akan realiti itu. Seraya, Adit teringatkan akan Akeh, satu-satunya rakannya sekolahnya yang tinggal di asrama. Belanja persekolahan Akeh ditanggung oleh Jabatan Hal Ehwal Orang Asli. Dia Bercita-cita menjadi jurutera dan ingin berbakti kepada masyarakat orang asli.

Minat Adit untuk bersekolah timbul dengan ajakan dan cerita-cerita Akeh, tetapi, tidak dinyatakan kepada ayahnya.

Bab 3 Impian Adit

Bab ini memfokuskan Adit yang terlalu ingin bersekolah. Hasratnya itu akhirnya diluahkan semasa berakit membawa rotan. Namun, permintaannya itu dihalang oleh ayahnya yang masih mementingkan tradisi sedangkan tujuan Adit untuk mengubah nasib keluarganya. Biarpun Pak Katan memahami, tetapi dia mahukan Adit mengikut jejak langkahnya. Pak Katan akhirnya tidak memberi repons terhadap permintaan anaknya itu.

Adit berubah sikap dan Mak Tawi berasa hairan lalu bertanyakan pada Pak Katan. Teknik imbas kembali dalam bab ini ialah Adit teringat akan kedatangan pegawai penerangan dan sikap endah tak endah masyarakat mereka terhadap dasar pembangunan kerajaan.

Mak Tawi cuba memujuk Adit, tetapi Adit sudah lena tertidur. Pada pagi keesokannya , Pak Katan tidak ke hutan, sebaliknya dia ke pekan. Niat Pak Katan ke pekan tidak diketahui kerana dia enggan menjawab pertanyaan Adit.

Bab 4 Dugaan untuk Adit

Adit berurusan dengan tauke Cina yang membeli hasil hutan sebelum memeriksa belat di sungai. Ayah Adit, Pak Katan yang baharu sahaja pulang dari pekan membawa khabar mengenai kemasukannya ke sekolah, namun gagal mendapatkan asrama. Maka timbullah masalah pengangkutankerana jarak sekolah yang jauh dari rumah Adit. Kekecewaan terpancar di wajah Adit. Namun, semasa memenangkan diri di sungai, dia dipujuk oleh Tijah, rakan baiknya, Tijah berjanji untuk berbincang dengan bapanya (Tuk Batin) untuk menyelesaikan masalah Adit.

Hujan lebat malam itu merisaukan Pak Katan. Dia bimbang tentang hasil hutan dan belat di sungai yang tidak dapat di ambil, ditambah lagi dengan kebuntuannya untuk menyelesaikan masalah Adit, yang pada ketika itu termenung sendiri memikirkan impiannya itu.

Bab 5 Riak ceria buat Adit.

Hujan masih lebat menyebabkan sebahagian rumah terkena tempias. Adit diarah ayahnya untuk mencari guni untuk menutup dinding dan ruang terbuka. Walau bagaimanapun, hujan berhenti pada pagi itu. Rezeki datang tanpa diduga, seekor rusa cedera terbaring di bawah rumah. Rusa itu dijualnya kepada Ah Tong, penyelia pekerja balak.

Ah Tong agak pelik kerana Adit tidak ke sekolah biarpun sudah mendaftar, namun setelah masalah Adit diterangkan oleh Pak Katan Ah Tong mempelawa Adit menumpang kenderaannya dan Adit begitu gembira dengan bantuan Ah Tong.

Bab 6 Adit mula ke sekolah

Esoknya, Adit mendaftarkan diri dan keperluannya dibeli oleh Pak Katan di pekan. Dia gembira dengan suasana sekolah dan berazam untuk berusaha bersungguh-sungguh. Setelah pulang, dia memberitahu Tijah mengenainya. Tijah berminat untuk ke sekolah tetapi akur akan kehendak ayahnya yang akan mencarikan jodoh buatnya beberapa tahun kelak. Adit ingin memberitahu semua orang mengenai persekolahannya, namun membatalkannya kerana menyedari sikap negatif penduduk di situ terhadap pelajaran.

Ayah dan ibu Adit gembira apabila melihat Adit yang mencuba pakaian baru. Malah, ayahnya juga memberitahu bahawa dia sudah bekerja sebagai pembantu balak dengan upah lebih baik daripada hasil memungut hasil hutan. Adit begitu gembira dan dinasihati oleh ibu bapanya supaya menjaga diri dan tidak menimbulkan masalah di sekolah.

Bab 7 Hari Pertama ke Sekolah

Hari pertama ke sekolah, Adit mandi pukul 4 pagi di sungai. Untuk pertama kalinya dia dijemput oleh Ah Tong dengan jipnya. Dia tiba terlalu awal dan tertidur di depan pintu pagar sekolah. Pak Kassim, pengawal sekolah yang terkejut melihat Adit tertidur, mengajak Adit bersarapan sambil berbicara tentang kesudian Pak Kassim membantu serta hal Akeh.

Di kelas, dia jauh lebih tua berbanding rakan-rakannya dan sering diberi perhatian oleh gurunya kerana tidak tahu membaca dan menulis. Tamat persekolahan, dia bertemu Akeh dan pulang menaiki lori balak Pak Atan.

Adit mula mengejar masa ke sekolah dan meningkatkan prestasi persekolahannya. Adit berpeluang untuk lompat kelas dan menggembirakan gurunya. Walaupun begitu, Adit sering keletihan, kesihatannya terganggu dan semakin kurus, namun, tidak pernah mengeluh.

Bab 8 Dugaan Terus Menimpa

Sudah dua bulan Adit bersekolah, tidak pernah ponteng dan masih menumpang Ah Tong. Namun, pagi itu, Mak Tawi berasa tidak sedap hati. Menjelang petang, Adit tidak pulang lagi sedangkan ayahnya sudah kembali ke rumah. Menjelang hari semakin gelap, Pak Katan mengadu kepada Tok Batin mengenai hal Adit yang tidak pulang-pulang lalu diarahnya orang-orang kampung mencari Adit. Lima jam pencarian, rupa-rupanya, jip Ah Tong terbabas ke dalam gaung. Adit cedera parah sementara Ah Tong mati di tempat kejadian.

Adit dihantar ke hospital dengan menaiki lori balak, mengalami kehilangan darah yang banyak serta kakinya patah. Di rumah, Mak Tawi yang tertunggu-tunggu bersama Mak Ca didatangi Bong yang memberitahu Adit ditemui dan berada di hospital. Pak Katan menunggu di hospital, menantikan keadaan Adit yang dirawat di bilik ICU. 2 jam kemudian, doktor mengatakan bahawa keadaan Adit yang kian stabil.

Bab 9 Mendung Berarak Pergi.

Dua bulan Adit terlantar di hospital, dijaga ibu bapanya yang dibenarkan tinggal di asrama jururawat. Adik-adiknya dijaga isteri Tok Batin. Dia sembuh, namun kakinya tempang, tidak mematahkan semangatnya untuk meneruskan persekolahan. Kesungguhan Adit ini mendapat perhatian pihak sekolah dan Jabatan Hal Ehwal Orang Asli yang memberi bantuan dengan menawarkan tempat di asrama, berkongsi katil dengan Akeh. Adit bersetuju dan menumpukan perhatian dalam pelajaran sehingga mendapt tempat pertama.

Enam tahun berlalu, ramai anak orang asli mengikut jejak langkah Adit, rajin bersekolah. Adit melangkah ke sekolah menengah dengan keputusan 3A dalam UPSR. Walaupun ditawarkan ke sekolah berasrama penuh, namun Adit menolaknya kerana menyedari masalah keluarganya. Adit berpendapat di mana sahaja boleh berjaya asalkan dia berusaha.

SINOPSIS NOVEL KASUT KELOPAK JANTUNG

Sinopsis



Cikgu Harun menerima sebuah bungkusan lagi ketika balik dari surau pada malam itu. Hadiah seperti itu sering diterimanya setiap kali menjelang 16 Mei. Hadiah itu telah membuatkan Cikgu Harun mengimbas kembali kenangan silamnya sebagai pendidik di kawasan pedalaman tiga dekad yang lalu. Ketika Cikgu Harun di dalam kelas darjah tiga, beliau pernah menanya Ahmad, bekas muridnya sama ada Ahmad sudah membeli kasut atau belum. Pertanyaan yang sama juga diulangi saban minggu kerana Ahmad tidak mampu untuk membeli sepasang kasut. Cikgu Harun terus mendesak Ahmad sehingga menimbulkan kemarahan Cikgu Harun. Pada suatu hari, ketika aktiviti senaman dijalankan Ahmad didenda memakai kasut yang diperbuat daripada kelopak jantung pisang kerana Ahmad tidak berpakaian seragam sekolah yang lengkap seperti murid-murid lain. Peristiwa itu telah menyebabkan Ahmad berasa malu dan terus ponteng sekolah hampir seminggu lamanya.



Cikgu Harun terpaksa datang ke rumah Ahmad untuk mengetahui sebab Ahmad tidak datang ke sekolah. Setelah menunggu beberapa ketika Ahmad pulang dari kebun dan masih memakai kasut kelopak jantung yang diberikan oleh Cikgu Harun. Kepatuhan muridnya ini dan ketidakmampuannya untuk membeli sepasang kasut menyebabkan Cikgu Harun tidak dapat menahan kesedihannya. Lantas, beliau terus ke pekan untuk membelikan pakaian sekolah dan kasut untuk Ahmad. Sebenarnya, segala memori indah yang dipaparkan antara Cikgu Harun dan Ahmad sudah pun berlalu tiga dekad lamanya. Kini, Cikgu Harun sudah pun bersara dan setiap tahun sempena Hari Guru, beliau akan dihadiahi Ahmad dengan sepasang kasut baharu dan berjenama. Hal ini demikian sebagai mengenang jasa Cikgu Harun kerana Ahmad kini sudah berjawatan pengurus besar di sebuah syarikat pengeluar kasut terkemuka di bandar. Peristiwa memakai kasut kelopak jantung telah menyedarkan Ahmad betapa pentingnya kasut kepada manusia.

SEPERTI MELEPASKAN BATUK DI TANGGA

Seperti melepas batuk di tangga merupakan perumpamaan yang telah sekian lama digunakan oleh penyampai berita di media massa apabila merujuk sikap individu atau agensi tertentu yang bekerja tidak bersungguh-sungguh dalam melaksanakan tugasan mereka.

Semasa di sekolah rendah, ketika mula mengenal peribahasa saya ingat peribahasa tersebut merujuk kepada sikap seseorang yang berpura-pura batuk atau batuk yang dibuat-buatnya apabila berada di kaki tangga rumah orang supaya tuan rumah sedar akan kehadirannya lalu membuka pintu seraya menjemputnya masuk. Pada tanggapan saya orang itu batuk kerana segan hendak memberi salam.

Persepsi ini timbul kerana dalam benak saya ‘batuk’ dalam perumpamaan tersebut adalah merujuk kepada batuk kerana tekak kering dan gatal serta banyak kahak atau pun seseorang itu memang pengidap tibi. Apa bezanya kalau perumpamaan itu seperti melepas batuk dalam jamban, seperti melepas batuk di padang atau seperti melepas batuk di tepi sungai. Batuk di mana-mana pun sama, tidak dapat menggambarkan perbuatan atau sikap sambil lewa atau tidak bersungguh-sungguh.

Semasa berkursus di Port Dickson pada tahun 2003, penceramah dari UPM mempersoalkan yang manakah yang betul : Seperti melepas batuk di tangga; atau seperti melepas batok di tangga? ejaannya batuk atau batok ? batok ialah penceduk daripada tempurung kelapa. Semasa artikel ini ditulis, untuk makluman semua sehingga kini masih belum ada satu kajian khusus yang dilaksanakan oleh pakar bahasa untuk mengkaji kesahihan penggunaan ‘batuk’ ataupun batok. Buat masa ini DBP menggunakan kata ‘batuk’ untuk peribahasa tersebut kerana mengikut Sistem Ejaan Bahasa Melayu yang standard.

Antara persoalan yang timbul ialah, adakah terdapat maksud yang lain bagi perkataan “batok”. Saya sebagai seorang guru Bahasa Melayu sering memperjelas hal ini kepada pelajar, tetapi penjelasan tersebut hanya sia-sia kerana pihak-pihak di luar sana yang lebih berpengaruh sering mennyebut perumpamaan tersebut seperti melepas batuk di tangga.

Ada seorang yang keliru tentang perumpamaan ini mengemukakan persoalan kepada pihak DBP, apakah maksud sebenar “batuk” dalam peribahasa : seperti melepaskan BATUK di tangga. batuk itu merujuk kepada apa? dan : biar mati ANAK jangan mati adat. anak merujuk kepada? Pihak DBP menjelaskan, dalam Kamus Dewan batuk bermaksud mengeluarkan nafas dari paru-paru dengan keras dan bising bunyinya. Merujuk peribahasa yang dimaksudkan, ada pendapat mengatakan yang dimaksudkan sebenarnya ialah batok iaitu sejenis alat yan digunakan untuk menceduk air yang diperbuat daripada tempurung kelapa. Manakala anak yang dimaksudkan ialah anak kepada ibu bapa seperti yang difahami umum.

Pada pandangan saya, di mana-mana sekalipun kita batuk, sama ada batuk di tangga, batuk di tepi longkang atau batuk di depan pintu kedai runcit sekali pun, batuk itu tetap batuk yang bermaksud mengeluarkan nafas dari paru-paru dengan keras dan bising bunyinya dan sukar untuk menghubungkaitkannya dengan perbuatan tidak bersungguh-sungguh atau bersikap sambil lewa. Adakah kalau peribahasa tersebut berbunyi; seperti melepaskan batuk di dalam bilik tidur menggambarkan sikap bersungguh-sungguh? Atau di manakah tempat yang paling sesuai untuk melepaskan batuk? Pada pandangan saya, kita mungkin boleh merujuk ‘seperti melepas batuk’ tersebut sebagai perbuatan yang tidak bertanggungjawab kerana boleh menyebarkan penyakit tibi atau virus H1N1. Tetapi kalau batok yang merujuk kepada sejenis alat yang digunakan untuk menceduk air yang diperbuat daripada tempurung kelapa saya ada penjelasannya. Pada masa dahulu di kaki tangga setiap rumah orang Melayu dan juga rumah panjang Iban biasanya ada sebuah tempayan. Air dalam tempayan tersebut biasanya air hujan yang ditadah dari kaki atap. Bersama tempayan tersebut disediakan batok, sejenis alat yang diperbuat daripada tempurung kelapa untuk menceduk air dari tempayan untuk membasuh kaki sebelum naik tangga. Batok tersebut ada dua jenis, ada batok yang dibuat pemegang dan ada batok yang hanya tempurung kelapa tanpa pemegang. Mengikut adap yang betul, sebaik sahaja seseorang itu selesai membasuh kaki, batok tersebut mesti diletakkan semula di sebatang pancang kayu di tepi tangga supaya tidak hilang. Orang tua-tua sering berpesan jangan sesekali meletakkan batok di tangga kerana jika diletakkan di tangga, tangga akan basah dan licin. Bukan itu sahaja, jika seseorang terpijak batok yang diletkkan di tangga tersebut juga boleh terjatuh.

Pada pendapat saya, peribahasa ini lahir hasil daripada penelitian orang tua-tua dahulu apabila melihat keadaan tangga yang licin, basah dan bersepah apabila batok dilepaskan atau diletakkan ditangga. Daripada situ, timbul pendapat apabila melakukan sesuatu pekerjaan, lakukanlah dengan bersungguh-sungguh hingga selesai supaya tiada masalah timbul pada kemudian hari. Samalah dengan membasuh kaki di kaki tangga, ambil batok dari pancangnya, basuh kaki, selepas itu letakkan semula batok di tempat asalnya supaya tiada masalah timbul akibat kerja yang tidak selesai.

Buat renuangan semua: perhatikan beberapa persoalan berikut?

1. Jalankan tugas kita dengan bersungguh-sungguh hingga selesai seperti melepas batuk di dalam bilik. (Sebab kalau melepas batuk di tangga dikatakan tidak bersungguh-sungguh).
2. Jalankan tugas kita dengan bersungguh-sungguh hingga selesai seperti melepaskan batok di pancangnya. (Sebab kalau melepas batok di tangga dikatakan tidak bersungguh-sungguh).
3. Di manakah kita patut melepas batuk supaya tidak mendatangkan masalah pada kemudian hari? (Jawapan: Kita patut melepas batuk di.……???tiada jawapan ???…..jangan melepas batuk di tangga supaya tidak mendatangkan masalah pada kemudian hari.)
4. Di manakah kita patut melepas batok supaya tidak mendatangkan masalah pada kemudian hari? (Jawapan: Kita patut melepaskan batok dipancangnya jangan melepas batok di tangga supaya tidak mendatangkan masalah pada kemudian hari.)

Berikut juga antara beberapa pandangan yang lain tentang perumpamaan ini;

1. Melepas Batok Di Tangga

Ramai orang yang masih salah faham akan peribahasa yang diturunkan oleh nenek moyang kita ni…

Aku sendiri penah tersalah gambaran tentang situasi melepas batuk di tangga’

Apa yang pernah aku bayangkan….

Kita berada di muka pintu ( anda bayangkan umah kampong tinggi… pintu masuk adu tangga kayu.. )
pastu lepaskan batok di tangga tersebut…sambil meludah ke bawah tanah…

Maksud yang boleh diintepretasikan di situ ialah…

membuat kerja tidak bersungguh-sungguh, malas nak turun batuk/ ludah ke tanah…

huhu…

Ingat aku ketika mengambil kelas Social Anthropology yang di ajar oleh Dr Azlan yang memang sangat best…

Beliau bertanyakan apakah yang kamu bayangkan “melepaskan batok di tangga”?

Hampir seluruh kelas memberi jawapan seperti yang aku imaginasikan di atas…

Dr Azlan tersenyum dan bertanya kembali kepada kami..

“Kamu semua tau tak maksud batok tu apa?”

Kami yang dah boleh agak jawapan dan imaginasi kami salah terus menggeleng kepala…

“Kamu semua ingat tak, zaman orang dulu-dulu, mesti ada tempayan kat depan umah untuk mengisi air basuh kaki… dan kita akan guna tempurung untuk di jadikan cebok.. haa…. tempurung itulah yang dimaksudkan BATOK tadi”

Jadi… kenalah maksud peribahasa tersebut… ” ibarat melepas batok di tangga “

kami semua…”ooooo…”

BATOK = Jw 1. tempurung; 2. Id sukatan beras (lebih kurang satu kal); ~ kepala tengkorak. ( rujukan kamus dewan edisi keempat )

2. Seperti melepas batok di tangga

Mungkin ramai yang selalu mendengar peribahasa ini. Boleh dikatakan dari kecil kita didedahkan dengan seni bahasa yang merupakan salah satu keindahan bahasa Melayu, wacana ibunda kita. Warisan nenek moyang yang diperturunkan sejak ratusan tahun dahulu. Namun tidak ramai dari kita yang benar-benar mahir berbahasa, dalam konteks yang sebenarnya. Sehingga adakalanya kita lari dari maksud sebenar bahasa itu.

Berbalik kepada perbincangan asal, semenjak mengenal huruf dan pandai membaca, apa yang difahami penulis berkaitan peribahasa di atas ‘melepas batok di tangga’ ialah perbuatan batuk di tangga rumah jelasnya pergi ke tangga dan berdehem beberapa kali. Begitu yang lazim penulis fahami dan begitu juga rata-rata dari kita semua. Sebelum kita melanjuti perbincangan ini, elok diperjelaskan maksud peribahasa tersebut secara kasar iaitu melakukan perbuatan sambil lewa / tidak bersungguh-sungguh serta mendatangkan mudarat kepada orang lain.

Namun begitu, pemahaman penulis tersasar daripada maksud asal‘BATOK’. Apa yang yang disangkakan berdehem ditangga rupanya sejenis alat untuk mencedok air dahulu kala. Ceduk yang disediakan di tangga rumah berpasangan dengan tempayan bertujuan membasuh kaki sebelum naik ke rumah.

Hampir 34 tahun penulis terpesong, terima kasih kepada abang ipar yang menjelaskan perkara sebenar tempoh hari. Lantaran itu, penulis ingin kongsi pengalaman ini bersama. Semoga kita lebih peka dan minat mendalami erti bahasa ibunda kita. Yang kurik itu kundi, yang merah itu saga, yang cantik itu budi , yang indah itu bahasa. Sekian….

SINOPSIS NOVEL INTERLOK

sinopsis Novel Interlok

Buku Empat
Interlok

1

Ketika Maniam teringat akan anaknya dan Malini yang sudah ditinggalkannya selama dua puluh satu tahun itu, Seman datang berjumpa dengannya untuk mendapatkan pekerjaan di kebun getah itu. Maniam mengatakan bahawa bapa Seman ialah kawan baiknya suatu masa dahulu. Dia berjanji untuk membantu Seman yang terpaksa membina kehidupan baharu bersama-sama dengan emaknya kerana dia disuruh keluar dari rumahnya oleh Cina Panjang kerana semua harta termasuk tanah dan rumahnya sudah menjadi milik Cina Panjang itu. Sejak kematian bapanya, Seman kuat beribadat dan memohon doa kepada Tuhan supaya diberikan perlindungan dan pertolongan. Pada malam itu, dia singgah di surau untuk menunaikan solat Isyak sebelum pulang ke rumahnya. Seman mengajak emaknya meninggalkan rumah itu esok paginya dan mengatakan bahawa dia sudah mendapat kerja di kebun getah. Seperti yang dijanjikan, Maniam menunggu Seman dan emaknya lalu menunjukkan rumah kuli yang akan menjadi tempat tinggal mereka nanti.

2

Selepas Cing Huat memarahi, menampar dan menghalaunya pada suatu malam, Yew Seng sudah nekad untuk meninggalkan rumah pada pagi esoknya. Dia akan pergi ke sebuah lombong yang berhampiran dengan Cangkat Janggus dan bekerja sebagai kuli di lombong bijih itu. Yew Seng sering kali bertentangan pendapat dengan bapanya dan dia juga suka berkawan dan bermain dengan budak-budak Melayu terutamanya Lazim. Perkara yang dilakukannya itu memang tidak disukai oleh bapanya. Di samping itu, Yew Seng selalu bersimpati dengan Lazim atas kemunduran orang Melayu. Dia mengatakan bahawa orang Melayu sama sahaja dengan orang Cina dan mereka bukannya orang hutan seperti yang selalu didakwa oleh bapanya itu. Di lombong bijih itu, dia mengenali Kong Beng yang menjadi kepala kuli di situ.

3

Setelah dua tahun setengah meninggalkan kampungnya, Seman pulang dan bersembahyang Jumaat di masjid Kampung Nyiur Condong pada suatu hari. Di situ, dia bertemu dengan Lazim dan hasratnya untuk meminang Upik pula terpaksa dilupakan apabila Lazim memberitahu bahawa Upik sudah berkahwin dengannya. Walau bagaimanapun, Setelah dicadangkan oleh Lazim, Seman meminta bantuan Lebai Man untuk mewakilinya bagi merisik Gayah, anak Mat ranggi untuk dijadikan isterinya. Walaupun pada mulanya Mat Ranggi tidak bersetuju dengan hasrat Seman itu, tetapi akhirnya dia menyedari kesilapannya selama ini, iaitu dia terlalu mementingkan harta.

4

Seman akhirnya berkahwin dengan Gayah iaitu anak Mat Ranggi yang sudah dapat menerimanya sebagai menantu walaupun dia tidak berharta. Dia memberitahu Maniam bahawa dia mahu berhenti kerja kerana hendak pulang ke Kampung Nyiur Condong dan berkahwin dengan Gayah. Selepas berkahwin, Seman tinggal bersama-sama dengan bapa mentuanya, dan ibunya pula tinggal di pondok yang berhampiran dengan rumah Lebai Man untuk memudahkannya belajar agama bersama-sama dengan pelajar yang lain.

5

Apabila tentera Jepun masuk ke Tanah Melayu, keadaan menjadi tidak tenteram dan tentera orang putih mula mengundurkan diri. Orang-orang Cina pula gelisah dan takut akan tentera Jepun. Keadaan menjadi tidak tenteram kerana banyak berlaku rompakan. Sebagai contohnya, ada orang Melayu yang sanggup merompak kedai-kedai orang Cina untuk membalas dendam. Dalam satu rompakan di kedai Cing Huat pada suatu malam, Poh Eng hilang, tetapi dia telah diselamatkan oleh Seman. Seman membawa Poh Eng dan emaknya berlindung di rumah pekerja di kebun Cangkat Janggus. Pada suatu hari, tentera Jepun datang ke kedai Cing Huat dan bertanyakan Yew Seng yang menyertai kumpulan pengganas komunis yang diketuai oleh Kong Beng. Secara senyap-senyap, Yew Seng pula balik ke rumahnya pada suatu malam dan meminta makanan. Dia berjanji kepada bapanya untuk mencari Poh Eng yang hilang.

6

Selepas pengurus orang putih meninggalkan ladang mereka, orang Jepun pula yang mengambil alih pengurusan ladang. Walau bagaimanapun, orang-orang yang tidak dikenali telah menculik pengurus kebun Cangkat Janggus pada suatu malam. Poh Eng pula telah dibawa lari oleh abangnya, Yew Seng pada malam itu juga. Mak Limah telah ditangkap oleh Jepun berikutan dengan kehilangan pengurus Jepun di kebun Cangkat Janggus itu.

7

Maniam dan beberapa orang kuli dari kebun Cangkat Janggus pula telah ditangkap oleh Jepun disebabkan oleh kehilangan pengurus Jepun itu. Semasa dalam tahanan, Maniam telah diseksa oleh tentera Jepun. Walau bagaimanapun, dia telah bertemu dengan anaknya sendiri iaitu Inspektor Ramakrisynan yang bertugas di situ dan membebaskannya. Maniam meminta bantuan daripada anaknya itu, iaitu Inspektor Ramakrisynan supaya membebaskan Mak Limah. Cing Huat pula sangat marah apabila mengetahui Seman dan Mak Limah yang menyembunyikan Poh Eng.

8

Keadaan menjadi semakin gawat dan sukar kerana barang-barang keperluan sangat kurang dan harganya melambung tinggi. Orang kampung juga semakin susah akibat hasil pertanian mereka terpaksa dijual dengan harga yang murah kepada Jepun dan sekiranya mereka enggan, hasil pertanian itu akan dirampas dan tuan punyanya pula akan ditangkap dan dihukum. Kebun-kebun pula sering diserang oleh gerombolan komunis pada waktu malam dan pengurus-pengurusnya yang terdiri daripada orang Jepun itu ditangkap ataupun dibunuh. Lazim turut ditangkap oleh Jepun kerana menghasut orang kampung supaya jangan menjual padi mereka kepada Jepun.

9

Setelah Jepun tewas, orang Inggeris kembali ke Malaya dan pada masa itu berlaku penentangan terhadap pengganas komunis. Sementara itu, pengganas komunis pula semakin mengganas dan bertindak dengan kejam terhadap orang putih dan juga rakyat Malaya. Gerombolan pengganas komunis telah mengambil alih balai polis dan Inspektor Rama ditangkap kerana bekerjasama dengan Jepun. Namun begitu, Yew Seng berjumpa dengan Lazim yang secara kebetulannya ditahan di balai polis itu, dan dia terus membebaskan kawannya itu.

10

Orang Melayu yang diwakili oleh Lazim, Mail Jambul, dan Berahim mengajak orang-orang Melayu agar bersatu padu dan menentang gagasan Malayan Union yang hendak diperkenalkan oleh Inggeris. Kemudian darurat diisytiharkan di seluruh negeri kerana Parti Komunis Malaya melakukan pemberontakan untuk mewujudkan sebuah kerajaan komunis di wilayah-wilayah yang telah dirampas daripada tangan Inggeris. Mereka mengatakan bahawa perkara itu dilakukan untuk membebaskan seluruh Malaya daripada penjajahan Inggeris dan untuk mencapai matlamat itu, mereka terpaksa melumpuhkan ekonomi negeri ini terlebih dahulu. Oleh sebab itu, mereka terpaksa merosakkan kebun-kebun getah dan kelapa serta menghancurkan lombong-lombong bijih.



Sementara itu, Yew Seng dan Kong Beng kembali semula ke hutan untuk meneruskan perjuangan. Mereka menyerang kebun-kebun di kawasan itu pada setiap malam dan membunuh orang putih yang menjadi pengurusnya. Selain itu, mereka terus menyerang dan merosakkan pokok-pokok getah serta menghancurkan lombong bijih. Cing Huat pula telah dilantik sebagai pengerusi persatuan orang Cina di pekan kecil tempatnya tinggal itu. Mereka berjuang untuk membersihkan nama orang Cina akibat dakyah pengganas komunis yang sesat itu dan memperjuangkan kebajikan orang-orang Cina. Orang-orang India juga mempunyai pertubuhan yang sama dan memperjuangkan kebajikan kaum mereka. Pertubuhan mereka itu dipimpin oleh Raman iaitu seorang guru yang pernah bertugas di kebun Cangkat Lima.



Suppiah dan dua anggota baharu gerombolan itu menangkap Maniam dan dibawa ke dalam hutan di tempat persembunyian gerombolan tersebut pada suatu malam. Ketika Suppiah hendak menembak Maniam, Poh Eng menyelamatkan Maniam dengan menembak Suppiah. Pada masa itu juga, Inspektor Rama dan pasukan keselamatannya melakukan serangan hendap terhadap gerombolan pengganas komunis itu. Dalam serangan tersebut pasukan keselamatan telah berjaya menewaskan gerombolan pengganas komunis. Yew Seng pula cedera parah di bahagian atas lututnya dan anggota pengganas yang masih hidup telah ditangkap.



Yew Seng dan Poh Eng sedar dan insaf akan perjuangan mereka yang sia-sia selama ini kerana tidak menyangka Kong Beng ialah anggota pengganas komunis yang anti-Inggeris, anti-Jepun, dan antipenjajah. Orang-orang di pekan Simpang Empat pula berasa gembira dan mereka hendak menyaksikan perayaan kemerdekaan yang akan berlangsung selama tiga hari dan tiga malam. Mereka semuanya berasa gembira apabila Malaya akan mendapat kemerdekaan. Seman dan isterinya Gayah, Yew Seng, Lazim, Mamat Labu, Pak Haji Man, Ah Hock, dan Raman akan merayakan kemerdekaan negara di Kuala Lumpur. Inspektor Ramakrisynan pula menjemput mereka datang ke rumahnya kerana bapanya hendak berjumpa dengan mereka.

SINOPSIS NOVEL WIRA PERSONA AVATARI

Bab 1: Poster Misteri.

Enam orang remaja, Adeen, Anas, Aina, Pauline, Anjali, dan Zuriani sedang berjalan ke arah bilik persalinan sementara yang dibina khas bersempena dengan Pertandingan Avatari Kebangsaan kali kesepuluh yang diadakan di kompleks beli-belah Anggun. Mereka perlu bersiap semula untuk meneruskan cabaran terakhir yang akan bermula pada jam 3.00 petang. Adeen terpandang dua orang lelaki yang mencurigakan di dalam bilik persalinan itu. Seorang lelaki Cina bernama Ah Kong dan seorang lagi lelaki India bernama Samy. Baju-baju khas Pertandingan Avatari yang sedang dibelek oleh mereka itu dicampakkan ke lantai. Mereka hendak berlari tetapi dihalang oleh remaja berenam itu. Suasana menjadi tegang dan cemas. Samy mengeluarkan sebilah pisau, tetapi Adeen dan Anas dengan pantas menyerang dan berjaya menahan Samy dengan kemahiran silat mereka. Ah Kong hendak lari tetapi dihalang oleh Aina. Ah kong mengeluarkan sepucuk pistol lalu menembak Aina. Aina tersungkur ke lantai. Ah Kong meluru keluar dan melepaskan diri. Ho Shao Long memeriksa tempat tembakan di bahu Aina. Dalam keadaan yang kritikal itu, Aina menjadi semakin lemah. Fikiran Aina melayang-layang ke masa lepas. Selepas itu, Aina pengsan di pangkuan ibunya. Aina merupakan seorang murid yang cekal dan tekun. Walaupun pada waktu rehat, Aina masih berada di dalam kelasnya untuk menyiapkan kerja sekolahnya. Kemudian, Zuriani kawan sekelasnya tiba. Zuriani mengajak Aina keluar untuk melihat poster yang baru ditampalkan di papan kenyataan di kantin. Aina sangat teruja dan terus bergegas ke kantin.

Bab 2: Kamar Bicara.

Aina tidak sabar hendak memberitahu abangnya, Anas tentang suatu berita penting. Sekembalinya Anas, Aina terus mendapatkan abangnya. Anas kelihatan muram kerana pasukan hoki sekolahnya kalah. Anas seperti tidak berminat untuk mendengar berita yang hendak disampaikan oleh Aina. Namun, apabila Aina menyebut “Avatari”, Anas menjadi teruja. Pertandingan Avatari Kebangsaan kali kesepuluh sudah diumumkan. Anas terkenang akan ayah mereka yang menginginkan mereka menjadi juara Avatari seperti beliau dulu. Ayah mereka menjadi juara kebangsaan Pertandingan Avatari pertama sepuluh tahun dulu. Aina terdiam seketika apabila nama ayah mereka disebut. Hal ini demikian kerana ekspedisi penyelidikan misteri di Laut Andaman. Aina sangat merindui ayahnya.

Pada malamnya, Anas dan Aina asyik melayari laman web Avatari untuk mendapatkan maklumat yang lengkap tentang pertandingan yang akan diadakan itu. Kedua-dua beradik itu berbincang dan merancang untuk menyertai Pertandingan Avatari. Melalui “Kamar Bicara”, mereka bermain permainan video secara interaktif melalui watak avatar, iaitu watak tiga dimensi janaan komputer. Dalam salah satu interaksi itu, Anas telah terlibat dalam satu sesi perdebatan dengan seorang gadis Jepun, Aya Morita dari sebuah kafe siber di kawasan hiburan Tokyo. Perdebatan antara Anas melalui avatar Hang Tuah dan Aya Morita berlarutan sehingga jam 1.00 pagi

Bab 3: Pasukan Zamrud II.

Anas dan Aina membaca risalah dan borang pertandingan berulang kali. Mereka sedang memikirkan bagaimana hendak mendapatkan komputer realiti maya dan perisian Avatari. Harga sebuah komputer realiti maya yang paling murah dalam lingkungan RM50 ribu. Perisian Avatari pula dalam lingkungan RM10 ribu. Mereka memikirkan siapakan yang sanggup menaja mereka. Tiba-tiba Aina teringat akan Pak Cik Ho, rakan sepasukan ayah mereka semasa memenangi Pertandingan Avatari dulu. Anas menelefon Pak Cik Ho di rumah. Pauline, anak perempuan Pak Cik Ho menjawab. Dia memberitahu Anas bahawa Pak Cik Ho tidak ada. Anas meninggalkan pesan supaya Pak Cik Ho menelefonnya kembali. Anas dan Aina pergi ke rumah Pak Cik Ho. Pak Cik Ho memberitahu mereka bahawa Pak Cik Kuppusamy telah menawarkan anaknya, Kumar untuk menyertai pasukan Avatari Anas dan Aina. Pasukan Avatari Anas dan Aina juga dibenarkan untuk menggunakan komputer realiti maya kepunyaan mereka itu. Mereka memerlukan seorang lahli lagi. Orang yang kelima ini penting kerana dia mesti seorang pengatur cara komputer yang hebat. Aina teringat akan Adeen, anak Profesor Zakri. Aina akan mencuba memujuk Adeen untuk menyertai pasukan Avatari mereka.

Bab 4: Libasan Pari.

Anas, Aina, Pauline, dan Kumar sedang menunggu Adeen di pusat permainan video Game Star. Kumar tidak sabar menunggu ketibaan Adeen. Pauline pula tidak senang dengan sikap Kumar yang panas baran itu. Berlaku konflik kecil antara Pauline dan Kumar. Anas mencuba menenteramkam pertelagahan antara Kumar dengan Pauline. Akhirnya Adeen sampai. Kumar melihat Adeen dengan sinis. Dia tidak yakin terhadap kebolehan Adeen. Aina memperkenalkan Kumar kepada Adeen. Seperti biasa, Kumar menunjukkan sikap egonya terhadap Adeen dengan tindakannya yang teragak-agak untuk bersalaman dengan Adeen. Seterusnya Aina memperkenalkan Pauline kepada Adeen.

Mereka berlima pergi berjumpa dengan Pak Cik Tan, pengurus pusat permainan video Game Star untuk mendengar taklimat daripada beliau. Pak Cik Tan seorang pekerja yang setia kepada majikannya, iaitu Encik Ho Shao Long. Semasa melihat komputer Avatari yang akan digunakan dalam pertandingan nanti, Kumar menyatakan tidak mahu terlibat dalam pertandingan itu kerana tidak yakin terhadap komputer yang kelihatan antik itu. Kumar menarik diri. Semua orang menjadi bingung dengan tindakan Kumar itu.

Bab 5: Senteri Muda.

Anas, Aina, Pauline, dan Adeen menjalani latihan senaman silat di bawah bimbingan Cikgu Nisah, seorang guru silat dan bekas sarjan komando. Latihan silat ini sebagai persiapan mereka untuk menghadapi Pertandingan Avatari yang penuh dengan halangan, cabaran, dan muslihat.

Ho Shao Long datang untuk meninjau perkembangan Pasukan Zamrud II membuat latihan permainan Avatari. Adeen cuba menerangkan kepada Pak Cik Ho sebab-sebab CPU Voltra yang canggih milik Pak Cik Ho itu perlu diubah suai lagi. Hal ini demikian kerana CPU tersebut masih lemah mengawal pergerakan avatar ketika bertempur. Pak Cik Ho akui akan kelemahan yang terdapat pada komputernya itu. Adeen mencadangkan cip mikroelektrik yang lebih hebat daripada cip Voltra milik Pak Cik Ho, iaitu prototaip cip Alif yang baru dihasilkan oleh MIMOS Berhad yang berkelajuan 100 gigahertz. Pak Cik Ho akui akan penerangan Adeen itu.

Bab 6: Ribut Dalam Cawan.

Semasa Adeen mengubah suai mesin Avatari, Anas dan Pauline pergi makan di restoran McDonalds di seberang jalan yang bertentangan dengan pusat permainan video Game Star. Mereka berbincang untuk mencari ahli baru sebagai pengganti Kumar. Pauline mencadangkan supaya mereka memujuk Kumar untuk kembali menyertai pasukan Avatari mereka. Namun, Anas tidak bersetuju kerana bagi Anas, Kumar terlalu angkuh. Anas dan Pauline teringat akan pesanan Cikgu Nisah berhubung kitar hayat pasukan dalam sesi strategi pertempuran.

Mereka kembali ke pusat permainan video Game Star. Anas lalu di behagian permainan video Robot War. Banyak remaja berkumpul di situ. Anas ternampak seorang gadis India sedang tekun mengendalikan mesin permainan Robot War. Dia sedang bersaing dengan beberapa orang remaja lelaki dalam permainan Robot War melalui mesin yang dirangkaikan. Akhirnya, gadis India itu yang bernama Anjali berjaya mengalahkan remaja-remaja lelaki itu. Anas memberitahu Pauline bahawa dia hendak berjumpa dengan ahli kelima Pasukan Zamrud II. Anas mendekati Anjali. Pauline berasa tidak senang hati dengan tindakan Anas itu.

Bab 7: Latihan Termpur

Zuriani merajuk terhadap Ama kerana sejak akhir-akhir ini Ama telah jarang-jarang bertemu dengannya. Sejak Ama mendaftar untuk memasuki Pertandingan Avatari, dia sudah tidak ada masa untuk sahabat karibnya itu. Ama mengakui bahawa memang dia terlalu sibuk sejak memasuki Pertandingan Avatari. Untuk memujuk hati kawannya itu, Ama mengajak Zuriani menyertainya dalam Pertandingan Avatari. Walaupun ahli pasukan Avatari Ama sudah ada lima orang, tetapi Zuriani boleh ikut serta sebagai ahli pasukan simpanan. Untuk itu, Zuriani perlu ikut sama berlatih. Zuriani bersetuju.

Pada suatu pagi, Anas, Adeen, Pauline, Ama, Anjali, dan Zuriani menjalani latihan kembara di kawasan bukit-bukau dan belukar. Semasa berehat, Ama mengorek rahsia Anjali tentang sebab dia menggunakan nama “Anjali” padahal nama sebenarnya ialah Laksmini. Anjali kemudiannya mengimbas kembali peristiwa yang menyebabkan dia bersetuju untuk menyertai Pasukan Zamrud II. Anjali sebenarnya telah kalah kepada Anas dalam peristiwa cabar-mencabar dalam permainan video Robot War.

Setélah keluar dan kawasan bukit-bukau dan belukar, mereka beriatih tempur pula di tepi pantai dengan bimbingan Cikgu Nisah. Cikgu Nisah mengajarkan beberapa strategi pertempuran untuk mengalahkan musuh. Pauline dipasangkan dengan Anjali untuk latihan tempur. Semasa latihan silat, Cikgu Nisah mendapati Pauline dan Anjali betul-betul bergaduh. Selepas latihan, Cikgu Nisah memanggil Pauline. Cikgu Nisah tahu bahawa Pauline cemburu akan Anjali yang rapat dengan Anas. Cikgu Nisah menasihati Pauline tentang cara hendak menambat hati lelaki berdasarkan pengalamannya sendiri.

Bab 8: Cabaran Bermula

Pagi Sabtu. Para penonton sudah mula berkumpul di hadapan skrin besar di ruang legar Kompleks Beli-belah Anggun. Pengacara terkenal, Halim melalui avatarnya, muncul di skrin besar. Penonton memberikan tepukan yang gemuruh. Halim mengumumkan bahawa PertandinganAvatari ialah pertandingan kembara atau adventure game bagi makhluk janaan komputer yang dipanggil avatar. Pertandingan ini disertai oleh beberapa pasukan dan seluruh dunia. Halim memberikan keterangan dan arahan kepada para peserta. Dalam pusingan pertama, setiap pasukan yang ingin ke pusingan kedua mestilah mencari sebuah pasu emas yang tersorok dalam ruang siher misteri pertama. Pasu emas itu mengandungi teka-teki untuk pusingan kedua. Sebelum pertandingan bermula, Halim memperkenalkan peserta dan Malaysia, iaitu Pasukan Zamrud II, Pasukan Harimau Kumbang, Kumpulan Sinaran, dan Pasukan Aura Suci. Para penonton memberikan tepukan.

Pertandingan bermula. Adeen bertindak sebagai pengawal mesin permainan Avatari yang berada di bilik khas. Adeen mempunyai peranan penting kerana dia bertugas memantau setiap pergerakan pemain dan berfungsi menyalurkan arahan, makiumat, dan sebarang keperluan lain sernasa pertandingan.

Dalam pusingan pertama, Pasukan Zamrud II menggunakan persona Badang untuk mewakili mereka, iaitu watalc wira dalam Sejarah Melayu. Ruang siber bagi saringan pertama Pertandingan Avatari ialah zaman prasej arah. Avatar-avatar pasukan yang mengambil bahagian berhadapan dengan dinosaur-dinosaur yang besar dan ganas. Pelbagai halangan dan cabaran yang dilalui oleh avatar Pasukan Zamrud II. Pasukan Zarnrud II sudah berjaya memperoich pasu emas yang terdapat di dalam buah cempedak aneh itu. Mereka sudah hampir pasti untuk layak ke pusingan kedua. Namun malangnya, buah cempedak aneh yang mengandungi pasu emas di dalamnya telah dirampas oleh Pasukan Aura Suci.

Bab 9: Juara Songsang

Ahli-ahli Pasukan Zamrud II tidak menyangka bahawa Pasukan Aura Suci bertindak jahat dengan merampas buah cempedak aneh tersehut. Mereka sungguh kecewa. Tiha-tiba Adeen mem.beritahu mereka bahawa cabaran Pasukan Zamrud II helum berakhir dan rnengarahkan mereka mencari pasu emas itu d atas Ian tai terowong. Pasukan Aura Suci telab dibatalkan penyertaan mereka kerana didapati menggunakan kaedah tidak bermoral terhadap Pasukan Zamrud II. Para ahli Pasukan Zamrud II segera berpatah balik dan mencari pasu emas itu. Pauline menemukan pasu emas itu. Dengan itu pasukan Zamrud II telah berjaya ke pusingan kedua. J uruacara Halim muncul di skrin sekali lagi. Halim mengumumkan hahawa dalam pusingan kedua ini, para peserta akan memasuki ruang siber misteri kedua untuk mencari pelbagai objek harta karun berdasarkan petunjuk yang akan diperoleh daripada teka silang kata yang diselesaikan oleh mereka.

Para ahli pasukan Pertandingan Avatari sudah bersedia untuk memulakan pusingan kedua. Semasa pertandingan baru berlangsung, Adeen mendapati salah satu cip mikroelektronik penting mesin Avatari sudah hilang. Anggota Pasukan Zamrud 11 mula resah. Adeen yang lebih tertekan. Tiba-tiba Adeen teringat akan Pak Cik Tan ada membawa papan litar gantian dan cip yang sama pasti ada di atas papan litar itu. Adeen bernasib baik kerana papan litar itu masih ada dan lengkap dengan cip mikroelektronik. Adeen segera memasang cip itu.

Para ahli Pasukan Zamrud II sudab bersedia untuk berjuang. Mereka telah mendapat jawapan kepada teka silang kata, iaitu “buaya”. Jawapan itu tepat dan avatar Pasukan Zamrud II memasuki kawasan padang pasir. Mereka berada dalam zaman Mesir purba, iaitu pada zaman Firaun. Setelah melepasi halangan daripada ulat besar, mereka akhirnya berjaya sampai ke kawasan bangunan yang luas. Di situ mereka berjaya menemukan buaya emas. Adeen mengarahkan ahli pasukannya pergi ke Kuii Abu Simbel untuk mengutip lebih banyak harta karun. Pasukan Zamrud II berjaya ke pusingan ketiga.

Bab 10: Malaysia Serba Boleh

Dalam pusingan ketiga, cabarannya ialah bertanding permainan tradisi. Setiap pasukan akan bertanding dengan pasukan lain untuk menentukan pasukan mana yang layak ke pertandingan akhir. Setiap pasukan mesti menguasai sebanyak mungkin permainan. Pauline memilih memanah. Ama memilih congkak. Anas rnemilih catur. Anjali pula memilih mahjong. Apabila pusingan ketiga tamat, Jepun menduduki tempat pertama, Rusia di tempat kedua, Australia di tempat ketiga, dan Amerika Syarikat di tempat keempat. Malaysia herkongsi markah dengan Thailand dan Republik Rakyat China. Oleh sebab terdapat tiga pasukan yang layak, maka satu pemecah sen akan diadakan.

Halim muncul untuk menentukan pasukan mana yang mendapat tempat kelima untuk ke pertandingan akhir. Setiap pasukan akan diberi satu peluang untuk meneka apa yang ada di dalam genggaman Halim. Thailand meneka guli. China meneka wang syiling. Malaysia melalui Ama meneka belalang. Tekaannya tepat. Pasukan Zamrud II layak ke pertandingan akhir.

Bab 11 :Jutawan Muda

Keadaan di bilik persalinan masih tegang walaupun Ama telah dibawa ke hospital. AhJi Pasukan Zamrud II tidak dapat bersama dengan Ama di hospital kerana perlu meneruskan cabaran pada peringkat akhir. Pada mulanya mereka hendak menarik dir tetapi Pak Cik Ho menghalang kerana keadaan Ama sudah stabil. Mereka harus memikirkan kepentingan negara. Mereka merupakan satu-satunya pasukan Malaysia yang berjaya ke peringkat akhir. Anas masih tidak berpuas hati terhadap dua orang penceroboh yang memasuki bilik persalinan mereka. Memandangkan Ama telah ditembak, Zuriani menjadi pengganti kepada Ama.

Semasa pusingan akhir hendak bermula, Pak Cik Tan masih lagi berada di dalam bulk persalinan. Dia sedang memeriksa beg-beg ahli Pasukan Zamrud II. Dia mengesyaki sesuatu. Dia mendapati cip mikroelektronik yang hilang itu ada di dalam salah satu beg ahli Pasukan Zamrud II namun dia tidak dapat mengenal pasti pemilik beg itu.

Halim muncul sekali lagi untuk mengumumkan peraturan pertandingan pusingan akhir. Lima pasukan akan berentap. Setiap pasukan akan diberi rnasalah yang sama, iaitu mengubah sejarah dunia. Mereka akan diberi sebuah mesin masa yang dapat membawa mereka kembali ke mana-mana zaman yang mereka mahu. Mana-mana pasukan yang dapat mengubah sejarah sehingga menyebabkan kesan paling besar di dunia akan memenangi Pertandingan Avatari kesepuluh dan mendapat hadiah RM1 juta.

Malaysia memilih kembali ke zaman Melaka untuk membantu perajurit Melaka melawan Portugis. Anas yang terkejut apabila mengetahui pasukan Rusia memilih untuk kembali ke Timur Tengah pada 20 April 570, iaitu tarikh kelahiran Nabi Muhammad SAW cepat-cepat memberitahu ahli Pasukan Zamrud II. Mereka mesti menghalang percubaan Rusia itu dengan menghentikan proses mesin masa. Pada waktu inilah,Adeen menggunakan sepenuh kepakaran dan pengalamannya dalam bidang komputer untuk menyelesaikan masalah yang sangat kritikal in Pelbagai masalah dihadapi oleh ahli-ahli Pasukan Zamrud II. Berkat kepakaran Adeen sebagai pengendali mesin Avatari dan keberanian para avatar Pasukan Zamrud

II, mereka akhirnya berjaya mematikan mesin masa itu. Hasrat empat pasukan Avatari dan empat negara itu untuk mengubah sejarah dunia tidak kesampaian. Akhirnya, Pasukan Zamrud II telah diumumkan sebagai juara Pertandingan Avatari Kebangsaan kali kesepuluh.

Bab 12: Perangkap Musang

Pak Cik Tan masih bersembunyi di dalam bilik persalinan. Dia hendak memastikan pemilik beg yang dicurigai itu akan datang untuk mengambilnya sebelum rakan-rakan yang lain tiba. Suasana di luar masih meriah dengan ucapan syabas dan tahniah atas kejayaan Pasukan Zamrud TI dan Malaysia. Pak Cik Tan menjangka dalam keadaan riuh-rendah itu tentu “Si musang” akan menyelinap keluar untuk mengambil haknya. Jangkaan Pak Cik Tan tepat. Namun, Pak Cik Tan terkejut apabila mendapati “si musang” itu ialah Anjali. Anjali pula sangat terperanjat apabila ditegur oleh Pak Cik Tan.

Setelah didesak oleh Pak Cik Tan, akhirnya Anjali menjelaskan segalagalanya. Anjali melakukan perbuatan itu kerana dipaksa oleh abangnya, iaitu Muthu, yang merupakan ketua samseng yang hendak membeli pusat permainan video Game Star, tetapi Pak Cik Ho menolaknya. Pak Cik Tan bersimpati terhadap Anjali.

Sementara itu, Aina sudah tiga hari berada di wad kelas pertama. Semua datang melihat keadaannya di hospital kecuali Anjali. Aina menjadi sangat teruja apabila mendengar berita melalui televisyen, iaitu pasukan penyelidik yang diketuai oleh ayahnya yang hilang di Laut Andaman telah ditemui dengan selamat. Doanya telah dimakbulkan Tuhan.

SOALAN DAN JAWAPAN LATIHAN BAHAGIAN D ( PAHLAWAN PASIR SALAK)

Peleraian Novel Pahlawan Pasir Salak.
Novel yang saya kaji ialah Pahlawan Pasir Salak, karya Mohd Ismail Sarbini. Peleraian ialah bahagian akhir dalam plot. Bahagian ini juga dinamakan bahagian antiklimaks. Dalam bahagian ini, segala konflik telah selesai dan cerita menuju pengakhirannya.

Peleraian cerita ini menggambarkan kejayaan penduduk Pasir Salak yang juga digelar Pahlawan Pasir Salak kerana berjaya mengusir panjajah Inggeris yang mahu mengutip cukai di Pasir Salak. Dalam cerita ini, Datuk Maharaja Lela selaku Ketua Kampung sentiasa mengingatkan anak buahnya bahawa mereka mestilah sentiasa bersatu padu dan berjaga-jaga. Hal ini demikian kerana penjajah Inggeris yang berjaya dihalau dari Pasir Salak mungkin akan datang untuk mengganggu mereka lagi. Oleh sebab itu, Datuk Maharaja Lela berharap mereka sentiasa berhati-hati dan bersiap sedia untuk menghadapi pelbagai kemungkinan yang berlaku. Walaupun Inggeris telah berjaya dihalau, anak-anak muda tetap berada dalam keadaan bersedia menghadapi apa-apa kemungkinan yang bakal berlaku.

Persoalan kasih sayang dan pengajarannya.

Semasa tingkatan 2, saya telah mengkaji novel Pahlawan Pasir Salak. Dalam novel ini, saya mendapat pengajaran yang bermakna, yakni kita mestilah sayang akan keluarga dan tanah air untuk mewujudkan suasana yang harmoni dalam masyarakat. Berikut ialah persoalan yang berkaitan dengan kasih sayang tersebut.

Kedatangan Inggeris membawa seribu keperitan hidup kepada penduduk Pasir Salak. Hal ini demikian kerana penduduk Pasir Salak dipaksa membayar cukai yang tinggi kepada Inggeris. Oleh hal yang demikian, penduduk yang berani berjuang menentang penjajah ini mempunyai semangat sayang akan negara kerana mereka enggan membenarkan Inggeris bermaharajalela di Tanah Melayu.

Deli merupakan anak yang taat dan sayang akan ahli keluarganya. Dia sedar bahawa sebagai anak, dia harus membantu keluarga dan meringankan beban ayahnya. Dengan membantu ayahnya, Pak Itam di warung yang berdekatan dengan pangkalan, Deli berjaya membuktikan kepada kita bahawa dia anak yang sayang akan keluarga.

Kasih sayang kepada anak yang telah meninggal dunia juga merupakan persoalan penting dalam novel ini. Pak Wan yang kematian anaknya, Nuar yang dipatuk ular sentiasa merindui anaknya. Hal ini membuktikan bahawa kita mestilah sayang akan ahli keluarga dan tanah air.

PUNCAK ATAU KLIMAKS NOVEL PAHLAWAN PASIR SALAK.

Novel yang saya kaji ialah Pahlawan Pasir Salak, karya Mohd Ismail Sarbini. Puncak atau klimaks ialah salah satu bahagian dalam plot karya sastera. Puncak atau klimaks ialah bahagian yang paling penting dalam sesebuah karya. Berikut ialah peristiwa yan berlaku dalam bahagian klimaks novel ini.

Pada bahagian klimaks, kedatangan rombongan Inggeris ke Pasir Salak jelas menaikkan kemarahan penduduk. Hal ini demikian kerana Inggeris datang bersama tali barut seperti Lamsah dan Mat Arshad. Mereka datang menampal surat kenyataan mengutip cukai tetapi dikoyakkan oleh penduduk kampung.

Selepas kejadian itu, Datuk Maharaja Lela pun berjumpa dengan Seputum dan penduduk-penduduk kampung berkumpul di halaman rumah Datuk Maharaja Lela. Mereka diberi suntikan semangat cinta akan tanah air kerana bakal berjuang menentang Inggeris sehingga titisan darah terakhir.

Penduduk Pasir Salak membuat serangan dari depan dan hujung kampung. Hal ini menyebabakan Inggeris tidak dapat membuat persediaan rapi. Residen JWW Birch pula mati dibunuh oleh Seputum manakala Pak Endut berjaya menikam Mat Arshad yang menjadi pengkhianat negara.

Oleh sebab tahap ketegangan di Pasir Salak semakin memuncak, Kapten Innes dengan pasukan askarnya tiba untuk menahan serangan penduduk Pasir Salak. Walau bagaimanapun, penduduk Pasir Salak berjaya menentang kemaraan Inggeris sehingga memaksa Inggeris berundur dari Pasir Salak. Demikianlah bahagian klimaks novel ini.

Soalan dan Jawapan dan bahagian D

Berdasarkan novel yang anda kaji, huraikan sinopsis novel tersebut.
[ 10 markah ]
Jawapan

Novel yang saya kaji ialah novel Pahlawan Pasir Salak, karya Mohd. Ismail Sarbini. Novel ini mengisahkan kebencian penduduk Kampung Pasir Salak terhadap kedatangan Inggeris yang ingin menjajah negeri Perak. Ketokohan Datuk Maharaja Lela selaku penghulu di kampung Pasir Salak dengan dibantu oleh tenaga-tenaga muda seperti Deli, Akub, dan Lamin telah berjaya menghalang niat askar-askar Inggeris untuk menawan Pasir Salak. Darah kepahlawanan Melayu yang dimiliki jelas meniupkan semangat juang tinggi yang tidak merelakan bumi mereka dijajah.
Walaupun terdapat orang Melayu sendiri yang menjadi tali barut dan anjing penjajah, namun mereka telah berjaya dikalahkan. Kematian Residen Inggeris, J.W.W Birch yang datang untuk memungut cukai di Pasir Salak benar-benar telah menaikkan lagi semangat pengikut-pengikut Datuk Maharaja Lela untuk terus mempertahankan tanah tumpah darah mereka.
Dengan peristiwa itu, pihak Inggeris telah menghantar pasukan tenteranya yang lengkap bersenjata serta meriam untuk menawan Kampung Pasir Salak. Kedatangan tentera Inggeris ini telah pun dinanti-nantikan dengan perancangan peperangan oleh Datuk Maharaja Lela dan anak buahnya. Peperangan telah meletus dan akhirnya pihak Inggeris telah berjaya ditewaskan dengan kebijaksanaan serta kepahlawanan Datuk Maharaja Lela dan penduduk Kampung Pasir Salak.

Soalan 2 :

Berdasarkan novel yang anda kaji, huraikan tema dan persoalan yang terkandung dalam novel tersebut. [ 10 markah ]

Jawapan

Novel yang saya kaji ialah novel Pahlawan Pasir Salak, karya Mohd. Ismail Sarbini. Novel ini bertemakan semangat perjuangan menentang penjajah. Perjuangan ini dapat dikesan menerusi perwatakan Deli, Lamin, Akub, Datuk Maharaja Lela dan beberapa orang watak yang lain. Mereka membakar pondok mengutip cukai, enggan membayar cukai, membunuh Residen Birch dan menentang Inggeris yang menyerang Pasir Salak.
Persoalan pertama ialah tekanan penjajah. Buktinya, penjajah mengenakan cukai yang tinggi sehingga menyebabkan penduduk berasa tertekan. Mereka juga merampas hasil Pak Wan.
Persoalan kedua ialah perasaan dendam. Buktinya, Deli mendendami Lamsah yang mengkhianati penduduk Pasir Salak. Pada mulanya Lamsah berbaik-baik dengan penduduk Pasir Salak tetapi akhirnya bertindak membakar pondok kawalan yang dibina oleh orang kampung.
Persoalan ketiga ialah kepimpinan yang berkesan. Datuk Maharaja Lela merupakan seorang Ketua Kampong Pasir Salak yang memperlihatkan cara beliau memimpin dengan penuh kesabaran di samping perancangan yang teliti sehingga menyelamatkan Pasir Salak daripada menjadi mangsa penjajah.
Persoalan keempat ialah muafakat membawa berkat. Oleh sebab penduduk Pasir Salak sentiasa hidup dalam keadaan saling membantu dan muafakat, mereka bekerjasama membina pondok kawalan dan membuat rondaan.

Soalan 3:

Huraikan Watak dan perwatakan bagai watak utama berdasarkan novel yang telah anda kaji. [ 10 markah ]

Jawapan

Novel yang saya kaji ialah novel Pahlawan Pasir Salak, karya Mohd. Ismail Sarbini. Watak utama novel ini ialah Datuk Maharaja Lela. Beliau merupakan penghulu Kampung Pasir Salak. Di rumah beliau terdapat gelanggang silat bagi melatih anak-anak muda kampung. Beliau seorang yang berpengalaman mentadbir kampungnya sehingga disegani oleh penduduk.
Beliau seorang yang mencintai tanah air. Buktinya, beliau sentiasa memberi kata-kata semangat kepada penduduk Pasir Salak supaya berjuang mempertahankan kedaulatan Pasir Salak. Beliau juga melarang penduduk kampung membayar cukai.
Selain itu., beliau juga seorang yang berani. Tindakannya yang nekad dan tidak menghiraukan penjajah Inggeris dengan membakar pondok mengutip cukai dan mengoyak surat kenyataan mengutip cukai sudah cukup membuktikan keberaniannya.
Tambahan pula, beliau seorang yang berhati-hati dan tidak terburu-buru. Beliau mengambil tindakan mengikut pemikiran, bukannya perasaan. Beliau tidak membenarkan pengikut-pengikutnya bertindak melulu terhadap wakil-wakil Inggeris yang membina pondok mengutip cukai.
Lebih-lebih lagi, beliau pandai merancang strategi. Datuk Maharaja Lela pintar menghadapi serangan pihak Inggeris. Beliau menyuruh pengikut-pengikutnya membina kubu di Bandar Tua untuk menghadapi serangan musuh.

Soalan 4 :

Huraikan empat watak dan perwatakan watak sampingan berdasarkan novel yang telah anda kaji. [ 10 markah ]

Jawapan

Novel yang saya kaji ialah novel Pahlawan Pasir Salak, karya Mohd. Ismail Sarbini. Watak sampingan pertama ialah Pak Itam. Dia merupakan bapa kepada Deli dan pembantu Datuk Maharaja Lela semasa melatih anak-anak muda bersilat. Dia seorang yang amat menghormati ketuanya, Datuk Maharaja Lela. Pak Ita juga merupakan seorang yang tegas. Dia tegas semasa mendidik anaknya, Deli. Selain itu, Pak Itam juga seorang yang mencintai tanah air. Dia berjuang dan bersemangat tinggi menentang penjajah. Dia juga bersemangat tinggi menghadapi kedatangan Inggeris.
Watak Sampingan kedua ialah Pak Wan. Dia digambarkan sebagai seorang yang sudah berumur tetapi menghormati jiwa anak-anak muda. Dia ialah bapa saudara Lamin. Dia seorang yang sensitif. Hal ini demikian kerana dia berasa sedih apabila mengenangkan anaknya, Mat Nor yang meninggal dunia akibat dipatuk ular. Dia seorang yang rajin. Dia menghulurkan bantuan semasa membina pondok kawalan dan kubu pertahanan di samping rajin meronda.
Watak sampingan ketiga ialah Mamat. Dia merupakan abang saudara Deli yang baru berumah tangga yang tinggal di Bandar Bharu. Dia mencintai tanah air. Buktinya, dia sering menyampaikan maklumat dari Bandar Bharu kepada Pak Itam dan Datuk Maharaja Lela tentang rancangan Inggeris yang hendak menguasai Pasir Salak.
Watak sampingan yang memainkan peranan yang agak penting ialah Seputum. Walaupun wataknya hanya muncul sekali-sekala, Dia merupakan pahlawan yang bersemangat tinggi. Datuk Maharaja Lela yang yakin akan kebolehannya telah menyebabkan dia menjalankan tanggungjawabnya dengan baik, yakni membunuh Residen Birch. Dia seorang pejuang yang memiliki semangat cinta akan tanah air. Keberanian yang ada pada watak Seputum wajar kita contohi.

Soalan 5 :
Plot memainkan peranan yang penting dalam sesebuah karya. Huraikan plot atau jalinan peristiwa dalam novel yang telah anda kaji. [ 10 markah ]

Jawapan

Novel yang saya kaji ialah novel Pahlawan Pasir Salak, karya Mohd. Ismail Sarbini. Plot novel ini dijalin menurut kronologi. Pada bahagian pengenalan cerita atau eksposisi, pengarang memperkenalkan watak Deli, Pak Itam, Lamin, Akub dan juga Datuk Maharaja Lela. Mereka adalah watak-watak yang menetap di Pasir Salak, iaitu tempat yang menjadi fokus utama pengarang dalam novel ini.
Pada bahagian perkembangan cerita, pengarang menceritakan masalah yang dihadapi oleh penduduk Pasir Salak, yakni ancaman Inggeris yang sudah mula bertapak di Perak. Dijelaskan juga mengenai peranan Deli, Akub, dan Lamin yang bersemangat tinggi dalam menentang Inggeris.
Pada bahagian perumitan cerita atau konflik, pengarang menceritakan usaha-usaha Inggeris menguasai Pasir Salak. Mereka menghantar wakil menampal surat kenyataan mengutip cukai dan membina pondok mengutip cukai. Kedatangan Residen Birch bersama-sama askar Sipahi juga merupakan konfliknya, tetapi dapat ditangani oleh penduduk Pasir Salak.
Pada bahagian puncak atau klimaks cerita, Residen Birch telah mati dibunuh oleh Seputum dan Mat Arshad mati dibunuh Pak Endut ketika mereka datang ke Pasir Salak untuk menampal surat-surat kenyataan memungut cukai. Lantaran itu, Lamsah berjaya terjun ke dalam sungai lalu melarikan diri.
Pada bahagian peleraian atau pengakhiran cerita, cerita disampaikan begitu antiklimaks. Buktinya, anggota Inggeris yang lengkap dengan meriam dan senjata api bersama-sama Lamsah yang ditugaskan sebagai penunjuk jalan akhirnya telah berjaya ditewaskan oleh Datuk Maharaja Lela dan anak-anak buahnya.

Soalan 6:

Teknik plot atau teknik penceritaan memainkan peranan yang penting dalam sesebuah karya. Huraikan teknik plot berdasarkan novel yang telah anda kaji. [ 10 markah ]

Jawapan

Novel yang saya kaji ialah novel Pahlawan Pasir Salak, karya Mohd. Ismail Sarbini. Teknik penceritaan pertama ialah imbas kembali. Imbas kembali ialah mengingati sesuatu peristiwa atau perkara yang telah berlaku. Buktinya, Pak Wan berasa sedih apabila mengenangkan anaknya, Mat Nor yang meninggal dunia akibat dipatuk ular.
Teknik plot kedua ialah imbas muka. Imbas muka ialah pengarang memberi gambaran atau ramalan tentang sesuatu yang bakal berlaku. Buktinya, Deli dan Mamat dapat membayangkan bahawa peperangan akan berlaku sekiranya Inggeris datang ke Pasir Salak.
Teknik plot ketiga ialah monolog. Monolog ialah pengucapan secara senyap oleh watak kepada diri sendiri, orang lain atau pembaca. Bukti penggunaan teknik ini ialah ketika Deli yang hanya tersenyum apabila menerima kedatangan Lamsah. Dia seolah-olah sedang berfikir tentang sikap Lamsah yang seperti ada udang di sebalik batu daripada pertemuan kali pertama itu.
Teknik seterusnya ialah monolog dalaman. Monolog dalaman bermaksud bicara hati atau watak menyatakan perasaannya dalam hati tanpa mengeluarkan sebarang kata-kata. Dalam novel ini, pengarang menggunakan teknik ini ketika Deli melihat orang yang sedang berkayuh di dalam perahu menuju ke pangkalan. Antara petikannya ialah: “Siapa pula tu?” bisik Deli sambil mengecilkan matanya; memandang ke arah perahu.

Soalan 7:

Huraikan latar tempat berdasarkan novel yang telah anda kaji berserta peristiwa yang berlaku di tempat-tempat yang anda nyatakan tersebut. [ 10 markah ]
Jawapan
Novel yang saya kaji ialah novel Pahlawan Pasir Salak, karya Mohd. Ismail Sarbini. Latar tempat pertama ialah rumah Datuk Maharaja Lela. Buktinya, tempat ini menjadi tempat anak-anak muda berlatih silat. Di sini juga penduduk Pasir Salak selalu berkumpul untuk mendengar ucapan daripada Datuk Maharaja Lela.
Latar tempat kedua ialah warung Pak Itam. Di sinilah berlakunya pergaduhan antara Deli dan rakan-rakannya dengan wakil Inggeris yang ingin mengutip cukai daripada Deli yang membuka warung di situ.
Latar tempat ketiga ialah sungai. Buktinya, Residen Birch mati dibunuh oleh Seputum di situ.
Latar tempat keempat ialah rumah Pak Itam. Buktinya, Deli menceritakan kepada ayahnya mengenai peristiwa Lamin dan Pak Wan diserang oleh anjing penjajah.
Latar tempat seterusnya ialah pondok kawalan. Pondok kawalan ini terletak berhampiran pangkalan. Di sini, Deli, Lamin, dan Akub mengawal keselamatan mengikut giliran. Mereka ingin memastikan keselamatan penduduk Pasir Salak.

Soalan 8:
Huraikan latar masa berdasarkan novel yang telah anda kaji berserta peristiwa yang berlaku pada masa yang anda nyatakan tersebut. [ 10 markah ]

Jawapan

Novel yang saya kaji ialah novel Pahlawan Pasir Salak, karya Mohd. Ismail Sarbini. Jarak masa sepanjang perjalanan cerita novel ini ialah lebih kurang 8 bulan iaitu bermula pada bulan Mac 1875 hingga 7 November 1875. Cerita bermula dengan peristiwa Deli membantu Pak Itamnya di warung dan cerita berakhir di rumah Datuk Maharaja Lela selepas pihak Inggeris berundur.
Perjalanan cerita berlangsung pada zaman penjajahan Inggeris di tanah Melayu. Pada 1875, Residen Birch memaksa Sultan Perak menandatangani Perjanjian Pangkor yang membolehkan pihak Inggeris mengutip cukai di negeri Perak.
Pada waktu malam pula. Biasanya penduduk kampung berkumpul di rumah Datuk Maharaja Lela dan mendengar nasihat daripada beliau. Anak-anak muda juga berlatih silat pada waktu sebegini.
Waktu pagi juga merupakan latar masa yang agak penting. Pada waktu tersebut, Deli, Lamin, dan Akub membina pondok kawalan di pinggir sungai Perak.
Pada lewat petang dan senja, Biasanya Deli membantu bapanya Pak Itam menutup warung. Pada ketika itulah Deli terlihat Pak Wan yang tercedera dipapah oleh Lamin kerana cedera dipukul anjing penjajah.

Soalan 9:
Huraikan latar masyarakat atau citra masyarakat yang digunakan oleh pengarang dalam novel yang telah anda kaji. [ 10 markah ]

Jawapan

Novel yang saya kaji ialah novel Pahlawan Pasir Salak, karya Mohd. Ismail Sarbini. Latar masyarakat pertama ialah masyarakat penduduk kampung. Contohnya, semua penduduk di Kampung Pasir Salak ialah penduduk kampung yang diketuai oleh Datuk Maharaja Lela.
Latar masyarakat kedua ialah masyarakat remaja dan dewasa. Contohnya, Deli, Lamin, Akub, dan Lamsah adalah antara golongan remaja manakala Datuk Maharaja Lela, Pak Itam, Pak Wan, Pak Endut merupakan contoh masyarakat dewasa.
Masyarakat asing juga ada. Bukitnya, askar Inggeris, Askar Sipahi, dan pembesar-pembesar Inggeris seperti Kapten Innes, Nakhoda Orlong, dan Residen Birch ialah orang asing.
Latar masyarakat keempat ialah masyarakat yang menderhaka kepada tanah air. Buktinya, Lamsah dan Mat Arshad ialah antara tali barut atau anjing penjajah yang menderhaka kepada tanah air sendiri.
Latar masyarakat seterusnya ialah masyarakat bandar. Buktinya, Mamat yang tinggal di Bandar Bharu. Dia mencintai tanah air. Buktinya, dia sering menyampaikan maklumat dari Bandar Bharu kepada Pak Itam dan Datuk Maharaja Lela tentang rancangan Inggeris yang hendak menguasai Pasir Salak.

Soalan 10:

Huraikan nilai-nilai murni yang terdapat dalam novel yang telah anda kaji. [ 10 markah ]

Jawapan

Novel yang saya kaji ialah novel Pahlawan Pasir Salak, karya Mohd. Ismail Sarbini. Nilai pertama ialah kasih sayang. Buktinya, Pak Wan amat menyayangi anaknya, Mat Nor. Dia masih terkenangkan anaknya itu walaupun Mat Nor telah meninggal dunia setahun yang lalu.
Nilai kedua ialah cinta akan tanah air. Buktinya, penduduk Kampung Pasir Salak berani menentang angkatan Inggeris, walaupun mereka tidak mempunyai senjata-senjata moden.
Nilai ketiga ialah hormat-menghormati. Buktinya, penduduk Pasir Salak amat mentaati dan menghormati ketua mereka, Datuk Maharaja Lela.
Nilai keempat ialah kerajinan. Bukitnya, Deli rajin membantu ibu bapanya di warung. Selain itu, penduduk Pasir Salak juga rajin membina pondok kawalan dan berkawal mengikut giliran.
Nilai seterusnya ialah taat beragama. Buktinya, Deli digambarkan sebagai seorang remaja yang tidak pernah meninggalkan sembahyangnya. Nilai-nilai yang ditunjukkan dalam novel ini wajar kita teladani.

Soalan 11:

Huraikan pengajaran atau mesej yang terdapat dalam novel yang telah anda kaji. [ 10 markah ]
Jawapan

Novel yang saya kaji ialah novel Pahlawan Pasir Salak, karya Mohd. Ismail Sarbini. Pengajaran pertama ialah kita perlu mempertahankan tanah air daripada dijajah. Sebagai anak jati negara ini, adalah menjadi tanggungjawab kita mempertahankan kemerdekaan. Sikap dan semangat yang ditunjukkan oleh Datuk Maharaja Lela dan penduduk Pasir Salak yang sentiasa menentang rancangan dan kehendak Inggeris patut kita contohi.
Pengajaran kedua ialah kita tidak patut menderhaka kepada tanah air. Hal ini demikian kerana menderhaka kepada tanah air ialah perbuatan yang keji. Misalnya, Lamsah dan Mat Arshad yang menderhaka kepada tanah air akhirnya dibunuh dengan sia-sia.
Pengajaran ketiga ialah kita patut membantu orang yang ditimpa kesusahan. Tindakan Deli menolong Pak Wan yang dipukul oleh “anjing penjajah” dan tindakannya yang pernah menyelamatkan Lamsah patut kita teladan.
Pengajaran keempat ialah kita hendaklah bekerjasama dalam melakukan semua pekerjaan. Bukitnya, sikap penduduk Pasir Salak yang sentiasa bekerjasama dalam segala hal, terutamanya semasa bekerjasama membina pondok kawalan dan bekerjasama mengawal serta menentang Inggeris. Berkat usaha dan kerjasama, mereka telah berjaya mengalahkan angkatan Inggeris yang menyerang Kampung Pasir Salak.
Pengajaran seterusnya ialah kita mesti taat kepada ibu bapa. Hal ini demikian kerana mentaati ibu bapa adalah dituntut agama. Oleh itu, sikap Deli yang rajin menolong ibu bapanya serta menghormati ibu bapanya perlu kita jadikan teladan.

Soalan 12:

Huraikan gaya bahasa yang terdapat dalam novel yang telah anda kaji. [ 10 markah ]

Jawapan

Novel yang saya kaji ialah novel Pahlawan Pasir Salak, karya Mohd. Ismail Sarbini. Gaya bahasa memainkan peranan yang amat penting dalam sesuatu karya. Gaya bahasa pertama ialah simile. Antara contoh simile yang terdapat dalam novel ini ialah Dia menghela nafas panjang-panjang seperti orang yang baru lepas dikejar harimau.

Gaya bahasa kedua ialah metafora. Buktinya Udara yang dingin berubah menjadi panas dibakar api bencikan Inggeris. Api ialah unsur konkrit manakala bencikan Inggeris ialah unsur abstrak.

Gaya bahasa ketiga ialah perulangan. Buktinya:
“Bertenang. Bertenang saudara-saudaraku. Bertenanglah,” kata Datuk Maharaja Lela. Perkataan bertenang diulang sebanyak 3 kali.

Gaya bahasa keempat ialah personifikasi atau unsur perorangan. Contohnya, Malam itu bulan agak pucat di balik awan. Dalam contoh tersebut, bulan digambarkan seperti sifat manusia, iaitu pucat.

Gaya bahasa seterusnya ialah peribahasa. Antara peribahasa yang digunakan dalam novel ini ialah simpulan bahasa. Bukitnya, anak tunggal, gigi air, memasang telinga, tali barut, sakit mata, mengambil berat dan banyak lagi.

Baharu!
Novel Pahlawan Pasir Salak mengetengahkan Deli sebagai watak utamanya. Deli merupakan seorang anak muda kelahiran Kampung Pasir Salak. Beliau memiliki ilmu persilatan dan mengusahakan warung di pangkalan. Deli merupakan seorang yang bersemangat cinta akan tanah air. Deli sanggup berkorban untuk mempertahankan bumi Pasir Salak hingga ke titisan darah yang terakhir. Deli juga menyertai Datuk Maharaja Lela untuk bertempur dengan pihak penjajah d Bandar Tua. Pertempuran tersebut dimenangi oleh pihak penduduk tempatan. Selain itu Deli juga sangat menghormati orang tua dan pemimpin. Deli menghormati bapanya dan juga sangat bangga dengan kehebatan Datuk Maharaja Lela. Bagi menolong bapanya, Deli membantu untuk menjaga warong milik bapanya.
Deli juga digambarkan sebagai seorang yang taat akan perintah agama. Deli tidak berlengah-lengah untuk mengerjakan sembahyang apabila tiba waktu sembahyang. Kesimpulannya Deli merupakan seorang anak muda yang memiliki perwatakan yang positif dan baik.

Novel Tingkatan 2 – Pahlawan Pasir Salak

Novel Tingkatan 2 – Pahlawan Pasir Salak

Biodata Pengarang “Pahlawan Pasir Salak

Pengarang novel ini “Pahlawan Pasir Salak”, Mohd Ismail Sarbini dilahirkan di kampung Bukit Kapar, Klang, Selangor pada 5 Mei 1959. Mendapat pendidikan awal di Klang sebelum melanjutkan pelajaran di Maktab Perguruan Kinta, Ipoh. Setelah bertugas sebagai guru selama enam tahun, beliau melanjutkan pelajaran ke Universiti Pertanian Malaysia (kini Universiti Putra Malaysia) dan memperoleh Ijazah Sarjana Muda Pendidikan dalam bidang Pengajaran Bahasa Malaysia sebagai Bahasa Pertama pada tahun 1991. Kini beliau bertugas sebagai guru Bahasa Melayu dan Kesusasteraan di Sekolah Menengah Kebangsaan Methodist Telok Datok, Banting.

Dalam bidang penulisan, beliau lebih banyak memberi tumpuan dalam penulisaan novel dan cerpen peringkat kanak-kanak dan remaja. Sehingga kini beliau telah menghasilkan 30 buah novel kanak-kanak dan remaja, dua buah antologi cerpen kanak-kanak (perseorangan), dua buah antologi cerpen dewasa dan 70 buah antologi cerpen kanak-kanak dan remaja(bersama penulis lain).

Mohd Ismail Sarbini pernah beberapa kali memenangi peraduan menulis . Antaranya, ialah:-

a) Hadiah ke-2 dan ke-3 dalam Peraduan Menulis Novel Fiksyen Sains DBP 1980 (Pulau Berukera dan Berukera dari Planet Ulba).

b) Hadiah pertama dalam Peraduan Menulis Novel Sejarah DBP 1981 (Pahlawan Pasir Salak).

c) Hadiah ke-2 dalam Peraduan Hadiah Sastera Remaja ESSO-GAPENA II 1982 (Mendung Semalam).

d) Hadiah utama (kategori cerpen remaja) dalam Peraduan Hadiah Sastera Utusan-Public Bank 1998 (Jalidah Hidayati Nama Untukmu).

e) Hadiah sagu hati dalam Peraduan Menulis Novel Remaja DBP 1990 (Jalinan Kasih).

f) Hadiah ke-3 dalam Peraduan Menulis Cerpen Malayan Banking-DBP 1991 (Api yang Telah Padam).

Bab 1-Beringat Sebelum Kena

Kisah bermula pada bulan Mac 1875. Suatu hari, ketika hampir senja, Deli membantu ayahnya, Pak Itam di warung. Ayah Deli menyuruh Deli pulang setelah siap menutup warung.

Setelah selesai menutup warung, Deli tidak pulang terus ke rumah sebaliknya dia duduk sebentar di atas bangku kayu bulat dan dia memandang ke arah pangkalan. Dari situ, dia melihat sebuah perahu meluncur ke pangkalan. Dua orang yang berada di dalam perahu itu menarik perhatian Deli; apatah lagi apabila dia mendengar jeritan meminta tolong daripada salah seorang yang berada di dalam perahu itu.

Tidak lama kemudian, barulah Deli mengenali orang yang berada di dalam perahu itu. Mereka ialah Lamin dan ayah saudara Lamin iaitu Pak Wan. Mereka memberitahu Deli bahawa mereka telah diserang dalam perjalanan pulalng dari Durian Sebatang. Sesampai sahaja di Bandar Bharu, “anjing penjajah” menahan mereka dan meminta cukai buah-buahan yang dibawa oleh mereka. Oleh sebab mereka enggan memmbayar cukai tersebut, Pak Wan telah dipukul.

Deli dan Lamin memimpin Pak Wan pulang.

*****

Di rumah, Deli menceritakan apa yang berlaku kepada ayahnya. Ayah Deli, dan ibunya , Mak Mah bersimpati dengan apa yang berlaku keatas Pak wan dan Lamin. Pak Itam menjelaskan bahawa sejak Inggeris berada di Perak, hidup mereka tidak aman lagi. Bagaimanapun , dengan prenuh semangat Pak Itam berjanji enggan membiarkan Pasir Salak terlepas ke tangan Inggeris. Deli turut bersemangat apabila mendengar kata-kata ayahnya itu.

Pak Itam memakai pakaian Melayu serba hitam dan pergi ke rumah Datuk Maharaja Lela. Pak Itam berpesan agar Deli berlatih silat pada malam itu.

Malam itu , Akub datang ke rumah Deli. Mereka pun ke rumah Datuk Maharaja Lela dan mengajak Lamin bersama-sama . Sesampai sahaja dirumah Datuk Maharaja Lela , kelihatan sudah ramai anak-anak muda berada di situ untuk belarja bersilat.

Malam itu, Datuk Maharaja Lela menyampaikan ucapan kepada semua yang ada di rumahnya. Ucapannya menyentuh tentang kesan Perjanjian Pangkor. Salah satunya ialah kutipan cukai keatas penduduk tempatan sedangkan tanahitu milik mereka.Datuk Maharaja Lela tidak mahu sesiapa pun membayar cukai kepada orang putih. Orang kampung mesti adakan kawalan yang ketat. Orang ramai yang berada di halaman rumah Datuk Maharaja Lela bersemangat apabila mendengar ucapan yang penuh semangat itu.

Kemudian , mereka terus berlatih silat.

Bab 2-Senja Berapi.

Mamat tiba di pangkalan dengan sebuah perahu jalur. Mamat terus sahaja ke warung Pak Itam.

Pak Itam memyambut kedatangan Mamat, anak saudaranya itu. Mamat datang membawa perkhabaran tentang keadaan di Bandar Bharu. Menurut cerita Mamat, salah seorang rakannya iaitu Kamat yang bekerja dengan orang putih memberitahu bahawa ada orang dari Bandar Bharu akan datang ke Pasir Salak. Mereka ialah orang putih, askar sipahi dan kuli-kulinya yang ingin membuat pondok untuk mengutip cukai di Pasir Salak.

Pak Itam marah apabila mendengar berita yang dibawa oleh Mamat itu. Mamat meminta diri untuk pulang ke Bandar Bharu. Pak Itam berterima kasih kepada Mamat yang memberi maklumat kepadanya mengenai niat orang putih itu.

Tidak lama selepas itu, Pak Itam ke rumah Datuk Maharaja Lela bersama-sama Pandak Endut. Deli disuruh menjaga warung.

*****

Esoknya, tiga buah perahu tiba di pangkalan Kampung Pasir Salak dengan membawa orang Inggeris , dua orang askar sipahi dan seorang bangsa Melayu. Perahu di belakang sekali berisi enam orang lelaki dan sebuah perahu lagi berisi papan, kayu, dan atap.

Setelah mendarat, para pekerja yang terdiri daripada orang Melayu itu sibuk memunggah kayu, papan, dan atap dan mereka diawasi oleh askar sipahi yang bersenjata. Pondok itu hendak dibina tidak jauh dari Warung Pak Itm. Seputum hendak menyerang sahaja askar-askar itu tetapi telah disabarkan oleh Pak Itam.

Ramai orang berkumpul untuk melihat pondok itu dibuat. Tidak lama kemudian, Datuk Maharaja Lela datang . Datuk Maharaja Lela kesal kerana ada orang Melayu yang sanggup menjadi kuil-kuil Inggeris. Kalau ada orang Pasir Salak yang sanggup berbuat demikian, Datuk Maharaja Lela akan mengoyak-ngoyak perut mereka. Seorang pemuda ingin menghalau orang putih itu dari situ tetapi Datuk Maharaja Lela menegahnya. Datuk Maharaja Lela beredar dari situ dan penduduk kampung berasa hairan melihat gelagat Datuk Maharaja Lela itu. Ada yang menganggap Datuk Maharaja Lela takut tetapi Pak Itam membela Datuk Maharaja Lela. Pak Itam menegaskan, barangkali Datuk Maharaja Lela ada rancanganya yang tersendiri. Penerangan Pak Itam itu membuatkan orang ramai faham.

Senja itu, pondok itu siap dibina. Sebelum pulang, orang Inggeris dan jurubahasanya, Mat Arshad menemui orang kampung dan memberitahu tujuan pondok itu didirikan. Bagaimanapun, orang kampung marah kepada Mat Arshad dan menggelarnya sebagai “anjing penjajah”.

Selepas orang Inggeris dan orang-orang mereka pulang, Datuk Maharaja Lela menyuruh orang-orangnya mengumpul kayu dan daun-daun kering; dilonggokan di sekeliling pondok itu. Deli pula disuruh mengambil bara api. Apabila bara itu dibawa oleh Deli, Datuk Maharaja Lela pun membakar daun-daun kering dan ranting-ranting kayu yang diletak di keeliling pondok.

Pondok itu dibakar hangus. Tindakan Datuk Maharaja Lela itu menambahkan lagi semangat orang kampung. Mereka mahu berjuang bersama-sama Datuk Maharaja Lela.Mereka bersorak-sorak kegembiraan.

Bab 3-Suara Dari Sungai.

Penduduk Kampung Pasir Salak berkumpul di rumah Datuk Maharaja Lela. Deli,Lamin dan Akub juga datang dan duduk di bahagian belakang untuk mendengar ucapan daripada Datuk Maharaja Lela. Suasana di halaman rumah Datuk Maharaja Lela riuh-rendah oleh orang ramai yang berkumpul itu.

Suasana tiba-tiba menjadi apabila Datuk Maharaja Lela muncul. Dalam ucapanya, Datuk Maharaja Lela meningatkan penduduk agar berwaspada setelah pondok orang putih dimusnahkan. Datuk Maharaja Lela beranggapan orang Inggeris akan membalas dendam. Datuk Maharaja Lela menasihatkan agar penduduk menbuat lebih banyak pondok kawalan dan orang kampung terpaksa bertugas secara bergilir-gilir. Penduduk luar juga mesti diawasi kalau-kalau mereka ‘’anjing orang putih” yang mahu menyiasat.

Penduduk kampung bersemangat apabila mendengar ucapan Datuk Maharaja Lela itu. Malah mereka ingin menpertahankan Pasir Salak daripada serangan dan ancaman musuh.

Selepas selesai membuat ucapan, penduduk kampung pun pulang kecuali anak-anak muda yang hendak berlatih silat. Antaranya ialah Deli, Akub dan Lamin. Pada malam itu, mereka bertiga bersumpah mahu berjuang menentang orang putih. Datuk Maharaja Lela gembira apabila mendengar sumpah ketiga-tiga anak muda itu. Malam itu, mereka dilatih bersilat oleh Pak Itam dan pembantu-pembantunya.

*****

Pagi itu, Deli, Akub, Lamin dan Pak Wan membina sebuah pondok di pinggir Sungai Perak. Apabila siap mengatap pondok itu, Pak Wan berehat sebentar di pangkal pokok kemudian menyambung semula kerja-kerjanya dengan dibantu oleh Lamin, Akub dan Deli. Pondok itu siap dibina sebelum tengah hari.

Pak Wan gembira bekerja bersama- sama Lamin, Akub dan Deli kerana ketiga-tiga anak muda itu rajin dan kuat bekerja. Pak Wan teringat akan anaknya, Mat Nor yang sudah meninggal dunia setahun lalu kerana dipatuk ular. Kalau Mat Nor masih ada, tentu Mat Nor bersama- sama Deli dan rakan- rakannya yang lain bersatu tenaga mempertahankan Pasir Salak.

Sebelum mereka ke tempat lain pula, tiba-tiba mereka terdengar suara meminta tolong dari arah sungai. Mereka berempat terkejut.

Bab 4- Orang dari Luar.

Pak Wan,Deli,Akub dan Lamin pergi ke tebing sungai dan melihat seorang lelaki berpaut pada kayu bakau tambatan perahu. Lelaki itu dalam keadaan menyedihkan dan meminta tolong. Deli, Akub,Lamin, dan Pak Wan menolong lelaki itu dengan menganakatnya ke tebing.

Lelaki itu bernama Lamsah dan usianya lebih kurang dua puluh lima tahun. Dia dipukul dan ada kesan-kesan lebam pada mukanya. Dia dirawat dengan sewajarnyaoleh Deli, Lamin, Akub, dan Pak Wan. Lamsah dari Kota Lumut dan hendak pulang ke Pulau Tiga tetapi dia telah ditahan di Bandar Bharu ketika membawa buah-buahan. Dia dipukul kerana enggan membayar cukai.

Datuk Maharaja Lela sampai di situ dan bersoal-jawab dengan Lamsah. Datuk Maharaja Lela agak curiga pada Lamsah. Bagaimanapun, apabila Lamsah meminta kebenaran untuk tinggal sehari dua di Pasir Salak, Datuk Maharaja Lela membenarkan.

*****

Lamsah gembira kerana dibenarkan tinggal buat sementara waktu di kampung itu. Apabila tinggal di situ beberapa har, Lamsah memuji penduduk kampung itu yang baik hati.

Akhirnya Lamsah mengambil keputusan untuk terus tinggal di kampung itu. Alasannya ialah dia berasa gembira dengan keadaan hidup di kampung itu seperti amalan gotong-royong terutamanya ketika membuat pondok kawalan dan mengawal kampung. Lamsah juga bersemangat dan ingin berjuang bersama-sama penduduk kampung itu untuk menetang penjajah.

Deli gembira dengan semangat yang Lamsah itu. Hari itu Lamsah menolong Deli memetik tiga biji kelapa muda dan dia minum air kelapa itu bersama-sama Lamsah.

Lamsah bertanyakan Deli mengenai keadaan rumah Datuk Maharaja Lela sama ada terdapat pengawal atau tidak. Apabila Deli bertanya tujuan Lamsah bertanya begitu, Lamin, Lamsah tidak memberitahu Deli.

Lamsah juga diberitahu oleh Deli bahawa pondok yang dibina oleh orang Inggeris di kampung itu telah dibakar oleh penduduk kampung yang diketuai oleh Datuk Maharaja Lela.

Lamsah memuji keberanian Datuk Maharaja Lela itu.

Pak itam datang dan menyuruh Deli mengganti emaknya menjaga warung. Pak Itam ingin ke rumah Datuk Maharaja Lela. Lamsah ingin tahu tujuan Pak Itam ke rumah Datuk Maharaja Lela tetapi Deli tidak tahu.

Deli dan Lamsah berpisah pada hari itu apabila Deli ke warung dan Lamsah pulang ke rumah.

Bab 5- Peristiwa di warung

Tiga orang lelaki tiba di pangkalan Kampung Pasir Salak. Ketiga-tiga lelaki itu ialah wakil Residen Birch. Mereka bersoal-jawab dengan Deli dan meminta Deli membayar cukai kerana membuka warung di tanah jajahan Inggeris tetapi Deli enggan membayarnya. Lelaki berkumis tebal berasa marah dan dia menungkit mengenai peristiwa pondok Inggeris yang dibakar. Lamin masuk campur dan menegaskan bahawa penduduk tidak akan membayar cukai kepada Inggeris.

Lelaki berkumis tebal hilang sabarn menendang bangku kayu warung Deli. Deli menerajang lelaki itu sehingga jatuh terguling. Lamin dan Akub membuka langkah silat untuk menghadapi dua orang lagi.

Ketika itu, dua buah perahu jalur sampai di pangkalan. Empat orang pemuda datang dan membantu Deli, Lamin,Akub. Akhirnya, ketiga-tiga lelaki itu berjaya ditangkap. Mereka ingin memukul ketiga-tiga lelaki itu tetapi ditegah oleh seorang lelaki tua. Lelaki tua itu menyuruh mereka menyerahkan ketiga-tiga lelaki itu kepada Datuk Maharaja Lela sahaja.

Kemudian ketiga-tiga lelaki itu dibawa ke rumah Datuk Maharaja Lela. Datuk Maharaja Lela marah akan ketiga-tiga lelaki itu kerana mereka sanggup menjadi ‘anjing Inggeris’. Datuk Maharaja Lela membebaskan ketiga-tiga lelaki itu dan Datuk Maharaja Lela menyuruh ketiga-tiga lelaki itu memberitahu Residen Birch bahawapenduduk Pasir Salak tidak akan membayar cukai kepada Inggeris.

Datuk Maharaja Lela menyeru agar penduduk Pasir Salak mengawal kampung dengan lebih ketat. Penduduk Pasir Salak berjanji akan mempertahankan Pasir Salak.

*****

Pak Wan duduk di bangku kayu bulat di dalam pondok. Deli berbual-bual sekejap dengan Pak Wan. Tidak lama kemudian, Lamin dan Akub datang. Mereka bertukar-tukar membuat rondaan dan kawalan. Tiba-tiba,Deli dan Pak Wan mendengar suara orang bercakap. Pak Wan mengamati suara yang datang dari arah sungai itu.

Akhirnya, Lamsah muncul dari celah-celah pokok senduduk. Lamsah memberitahu dia seorang sahaja walaupun Deli mengesyaki Lamsah bersama orang lain.

Deli mencurigai Lamsah.

Bab 6-Api Dalam Sekam.

Suatu malam, Akub, Lamin, dan Deli,menuju ke rumah Datuk Maharaja Lela. Tidak lama selepas itu, mereka bertiga sampai di rumah Datuk Maharaja Lela dan mereka dapati sudah ramai penduduk Kampung Pasir Salak berkumpul di situ. Lamsah juga ada di situ tetapi menyisihkan diri daripada orang ramai.

Lamsah,Akub, dan Deli berasa kurang senang dengan sikap Lamsah akhir-akhir ini. Lebih-lebih lagi setelah Deli terserempak dengan Lamsah di pinggir sungai beberapa hari lalu.

Datuk Maharaja Lela muncul di serambi bersama Pak Itam. Datuk Maharaja Lela mula berucap dan menjelaskan kepada penduduk kampung mengenai Residen Birch yang mengawal sultan dan menyuruh sultan menandatangani surat membenarkan orang Inggeris mengutip cukai di negeri itu. Mendengar penjelasan itu, orang kampung yang hadir berasa marah dan sepakat tidak akan membayar cukai kepada pihak Inggeris.

Datuk Maharaja Lela memberitahu bahawa lebih banyak kubu pertahanan akan dibina di kampung itu untuk menjag keselamatan kampung.

*****

Pagi itu, kerja-kerja membina kubu pertahanan mula dijalankan oleh penduduk kampung. Datuk Maharaja Lela, Pak Itam, Deli, Akub, dan Lamin meronda dari satu tempat ke satu tempat untuk memberi semangat kepada orang-orangnya agar bergotong-royong. Datuk Maharaja Lela gembira melihat kerjasama itu. Bagi Datuk Maharaja Lela, ketahanan kubu itu akan dapat menyelamatkan penduduk kampung daripada diserang. Datuk Maharaja Lela juga gembira melihat ketahanan kubu yang dibina oleh Deli, Akub dan Lamin.

Tidak lama selepas itu, Amat datang dan memberitahu bahawa ada sebuah pondok terbakar. Datuk Maharaja Lela bergegas ke tempat itu tetapi pondok itu sudah hangus. Wahab dan Ahad gagal menyelamatkan pondok itu kerana api cepat membakar pondok itu.

Amat menjelaskan bahawa dia dan Lamsah mengawal di pondok itu. Apabila dia sakit perut, dia ke sungai dan apabila dia kembali, pondok itu terbakar. Datuk Maharaja Lela mengesyaki Lamsah yang terlibat membakar pondok itu. Sejak mula lagi, Datuk Maharaja Lela tidak begitu percaya pada Lamsah. Penduduk di situ ingin mencari Lamsah tetapi Datuk Maharaja Lela berpendapat sudah terlewat. Datuk Maharaja Lela mencadangkan agar sebuah pondok baru dibina.

Deli geram akan sikap Lamsah. Kalau dia tahu dari awal sikap Lamsah demikian rupa, tentu dibunuhnya Lamsah sejak dulu lagi.

Berita mengenai kebakaran pondok pengawal itu tersebar luas di kampung itu. Semua orang berasa geram dan marah.

Pada malam itu, Deli, Akub dan Lamin berjalan-jalan dan sampai di pondokkawalan berhampiran pangkalan. Ahad bertugas di situ. Tiba-tiba, mereka mendengar bunyi air berkocak dari arah pangkalan. Mereka melihat dua orang di dalam perahu tetapi kedua-duanya meninggalkan pangkalan dan terus hilang dari pandangan mereka.

Bab 7-Berita dari Bandar Bharu.

Apabila matahari terbenam, Deli menutup warungnya. Sebaik sahaja keluar dari warung , Mamat(abang saudaranya) berdiri di depannya. Deli gembira sekali dengan kedatangan Mamat dan menjemput Mamat pulang ke rumahnya.

Selepas mahgrib;Mamat,Deli dan Pak Itam ke rumah Datuk Maharaja Lela. Mamat disambut baik oleh Datuk Maharaja Lela. Mamat menjelaskan bahawa dia membawa berita penting tetapi berita itu kurang baik. Mamat pun menunjukkan surat kenyataan mengutip cukai bagi pihak Inggeris. Menurut Mamat lagi, surar-surat itu ditampal di Bandar Bharu siang tadi dan diiringi oleh tembakan meriam sebanyak dua puluh satu das. Esok atau lusa,Residen Birch dan orang-orangnya akan datang ke Pasir Salak untuk menampal surat itu.

Datuk Maharaja Lela marah apabila mendengar berita itu. Surat yang dibawa oleh Mamat itu dikoyak oleh Datuk Maharaja Lela lalu dicampak ke luar tingkap. Kertas-kertas itu kemudian dibakar.

Datuk Maharaja Lela berterima kasih kepada Mamat yang membawa berita itu. Malam itu,Mamat bermalam di rumah Deli. Sebelum itu, Mamat dibawa oleh Deli ke pondok kawalan berhampiran pangkalan.

Sementara itu, Datuk Maharaja Lela, Pak Itam, dan beberapa orang pengawal meronda di sekitar Kampung Pasir Salak.Berita megenai orang-orang Inggeris yang akan menampal surat kenyataan diberitahu kepada sesiapa sahaja yang mereka temui. Datuk Maharaja Lela dan pengikut- pengikutnya sampai di pondok kawalan tempat Deli dan rakan-rakanya bertugas.

Kemudian Datuk Maharaja Lela mengajak Pak Itamke rumah Seputum kerana ada hal yang hendak dibincangkan. Mamat mengagumi Datuk Maharaja Lela yang bertanggungjawab.Mamat juga mengagumi Deli yang mahu mempertahankan Kampung Pasir Salak. Bagaimanapun, Mamat menyesali keadaan di Bandar Bharu yang kini penuh dengan surar-surat kenyataan yang ditampal oleh orang Inggeris dan orang Melayu yang menjadi tali barut Inggeris. Deli turut menceritakan mengenai Lamsah kepada Mamat. Lamsah pada mulanya baik tetapi sebenarnya dia menjadi tali barut penjajah. Deli menyesal kerana cepat mempercayai Lamsah.

Mamat menduga bahawa jika Inggeris datang ke Pasir Salak, peperanganakan berlaku. Deli memberitahu bahawa penduduk Pasir Salak tidak gentar akan Inggeris. Mamat kagum akan keberanian anak saudaranya itu.

Bab 8-Pasir Salak Berdarah.

Pada 1 November 1875, tiga buah perahu dan sebuah rumah rakit berlabuh di tengah sungai setentangan dengan pangkalan di Pasir Salak. Datuk Maharaja Lela dan pengikut-pengikutnya melihat keadaan itu dari jauh. Datuk Maharaja Lela meng arah pengikut-pengikutnya supaya tidak terburu-buru. Lagipun ketiga-tiga perahu itu tidak menghampiri tebing.

Datuk Maharaja Lela pulang diikuti oleh beberapa orang tua-tua. Pak Itam dan beberapa orang kampung masih mengawasi ketiga-tiga perahu dan rumah rakit itu. Ada yang mempertikaikan kenapa mereka tidak boleh bertindak terhadap perahu-perahu itu tetapi Pak Itam menasihatkan agar pesanan Datuk Maharaja Lela dipatuhi.

Hampir pukul lima pagi,barulah ketiga-tiga buah perahu dan rumah rakit itu mula bergerak ke tebing. Mereka yang menunggu di tebing sudah mula gelisah dan ada yang mula mengeluarkan senjata. Pak Itam menasihatkan agar jangan bertindak terlebih dahulu.

Pagi 2 November 1875, tiga buah perahu dan sebuah rumah rakit rapat ke tebing bertentang ke kedai emas. Penduduk Pasir Salak memerhatikan sahaja perahu-perahu dan rumah rakit itu. Mereka tidak berbuat apa-apa kerana mematuhi pesanan Datuk Maharaja Lela.

Dari atas perahu itu, beberapa orang askar sipahi turun bersenjatakan senapang. Seorang anak muda Melayu iaitu Mat Arshad juga turun. Sementara itu, Deli ternampak Lamsah. Akub marah dan ingin bertindak terhadap Lamsah tetapi Deli menegah.

Sebaik sahaja sampai di tebing, Mat Arshad memberitahu orang ramai bahawa dia ingin berjumpa dengan Datuk Maharaja Lela. Askar-askar sipahi mengiringi Lamsah dan Mat Arshad ke rumah Datuk Maharaja Lela. Akub dan Lamin serta beberapa orang permuda turut mengekori mereka ke rumah Datuk Maharaja Lela.

Datuk Maharaja Lela menyambut kedatangan adalah untuk memberitahu bahawa Residen Birch ingin berjumpa Datuk Maharaja Lela. Residen Birch di sungai ketika itu. Datuk Maharaja Lela enggan pergi sebaliknya Residen Birchlah yang patut datang menemui Datuk Maharaja Lela. Datuk Maharaja Lela sempat bertanya tujuan Residen Birch datang ke Pasir Salak. Mat Arshad menjelaskan bahawa Residen Birch ingin menampal surat kenyataan cukai mengenai cukai. Datuk Maharaja Lela melenting dan memberitahu bahawa beliau enggan menurut arahan Residen Birch itu. Datuk Maharaja Lela menyuruh mereka balik sahaja dan memberitahu perkara itu kepada Residen Birch.

Sebelum mereka beredar, Datuk Maharaja Lela dan Deli sempat menyindir Lamsah. Deli juga mahu bertindak terhadap Lamsah tetapi ditegah oleh Datuk Maharaja Lela. Apabila orang-orang Inggeris itu bergerak, Datuk Maharaja Lela menyuruh orang-orangnya ke singai iaitu tempat Residen Birch dan orang-orangnya berlabuh. Sekiranya ada sebarang surat ditampal, surat itu mesti dikoyak. Datuk Maharaja Lela sempat berkata sesuatu kepada Seputum dan Pandak Endut kemudian kedua-duanya berlari ke sungai.

Sementara itu, sesampai sahaja di rumah rakit, Mat Arshad menjelaskan kepada Residen Birch enggan datang. Residen Birch menyuruh Mat Arshad menampal surat-surat itu. Walaupun tidak dibenarkan oleh Datuk Maharaja Lela, Residen Birch berani menyuruh berbuat demikian kerana telah diberi kuasa oleh sultan untuk mengutip cukai di situ.

Selepas itu, berlaku kekecohan antara Mat Arshad dan orang kampung. Mat Arshad ditikam oleh Pandak Endut. Kekecohan itu membuatkan Residen Birch menjengah keluardari rumah rakit dan terjun ke sungai setelah melihat beberapa bilah lembing melayang ke arahnya.lm juga terjun ke sungai untuk menyelematkan diri. Askar-askar sipahi dan tukang dayung naik ke perahu dan melarikan diri.

Seputum pula naik ke atas rumah rakit dan menunggu Lamsah dan Residen Birch timbul di permukaan air. Tidak lama kemudian, Residen Birch muncul di permukaan dan Seputum terus menetaknya. Air sungai menjadi merah bercampur darah. Seputum menjerit kegembiraan kerana berjaya membunuh Residen Birch. Seputum menunggu Lamsah muncul tetapi Lamsah tidak muncul di permukaan. Deli,Akub,dan Lamin turut menunggu kemunculan Lamsah untuk membalas dendam. Mereka cepat-cepat ke tebing iaitu ke arah hilir tetapi Lamsah tidak ditemui juga.

Apabila sudah lama menungu dan tidak menemui Lamsah, mereka pun balik. Sementara itu, tukang dayung disuruh membawa mayat Mat Arshad ke Bandar Bharu di samping memberitahu tentang kematian Residen Birch dan Lamsah. Kedua-dua penday6ung itu pun pulang tergesa-gesa.

Datuk Maharaja Lela berbangga dengan kejayaan pengikutnya membunuh Residen Birch. Surat-surat yang dibawa oleh Mat Arshad dikumpul dan dibakar. Datuk Maharaja Lela menggesa penduduk agar kawalan diketatkan kerana penjajah akan menuntut bela di atas kematian Residen Birch. Penduduk bersetuju dan berjanji akan mempertahankan Pasir Salak

Bab 9-Tiba Masanya.

Suasana di Pasir salak semakin tegang. Datuk Maharaja Lela mengarah supaya semua orang bersiap sedia dan mengukuhkan kubu pertahana. Semua lelaki berkawal siang dan malam dengan bersenjata.

Ketika matahari hampir tegak di atas kepala, Lamin, Akub, dan Deli pulang dari Bandar Tua setelah membantu membuat kubu pertahanan. Kubu pertahanan Bandar dibina agak besar dan kukuh. Akub agak hairan mengapa kubu itu dibina sedemikian rupa, tetapi menurut kata Deli, untuk menyerang Pasir Salak, penjajah terpaksa menempuh Bandar Tua terlebih dahulu. Barulah Akub faham kedudukan sebenarnya.

Apabila mereka sampai di warung, mereka dapati ramai orang sedang berkumpul di situ. Di tengah sungai, kelihatan beberapa buah perahu yang dinaiki oleh orang-orang suruahan Inggeris dan askar sipahi sedang mencari mayat Residen Birch tidak akan ditemui.

Datuk Maharaja Lela tiba di tempat itu dan menasihatkan orang ramai supaya jangan terlalu ramai berkumpul di situ sebaliknya meneruskan kerja mengawal kampung. Datuk Maharaja Lela percaya askar-askar itu tidak akan naik ke darat memandangkan bilangan mereka sedikit.

*****

Malam itu cuaca agak gelap. Lamin, Deli dan Akub berkawal di sebuah pondok. Jamung digunakan oleh mereka untuk menerangkan sedikit tempat itu. Ahad datang ke situ dan turut bersama mereka. Tidak lama kemudian, mereka melihat cahaya api jamung ke arah mereka dalam keadaan terburu-buru.Mereka menjadi gembira kerana abang saudara Deli, Mamat yang datang ke tempat itu. Mamat datang dengan membawa berita bahawa orang Inggeris akan menyerang Pasir Salak. Deli pun membawa Mamat ke rumah Datuk Maharaja Lela. Ketika sampai di rumah Datuk Maharaja Lela, Datuk Maharaja Lela sedang berbincang sesuatu dengan Pak Itam dan Datuk Sagor, Penghulu Kampung Gajah. Mamat memberitahu Datuk Maharaja Lela bahawa Inggeris akan dibantu oleh askar dan mata-mata Pulau Pinang; Nahkoda Orlong dan Raja Mahmud di Selangor. Datuk Maharaja Lela tidak takut akan serangan itu. Deli dan orang ramai yang ada di situ kagum akan keberanian Datuk Maharaja Lela itu. Datuk Sagor juga berjanji akan membantu Datuk Maharaja Lela.

Berita yang dibawa oleh Mamat itu diketahui oleh seluruh penduduk kampung. Pemuda-pemuda yang lengkap bersenjata pun datang ke rumah Datuk Maharaja Lela. Datuk Maharaja Lela menjelaskan kedudukan sebenar kepada penduduk kampung yang datang ke rumahnya. Datuk Maharaja Lela mahu kampung itu dipertahankan dan musuh mesti dilawan. Tentang senjata, walaupun Inggeris ada senjata moden, tetapi Datuk Maharaja Lela tidak gentar. Penduduk kampung mempunyai bedil pemuras dan leta rentaka. Ucapan Datuk Maharaja Lela yang bersemangat itu diberi tepukan gemuruh oleh penduduk yang ada di situ. Selepas itu, Deli ke pondok kawalan bersama Lamin

Bab 10-Sumpah Pahlawan.

7 November 1875- pengikut-pengikut Datuk Maharaja Lela menunggu kedatangan angkatan Inggeris dalam kubu pertahanan di Bandar Tua tetapi angkatan itu tidak muncul juga. Datuk Maharaja Lela menyuruh Deli, Akub,Lamin dan Seputum serta kawan-kawanya meninjau keadaan di bahagian depan.

Sesampai di tempat itu, Seputum mengajak Deli, Lamin dan Akub memanjat untuk meninjau keadaan. Apabila mereka memanjat pokok, mereka tidak dapat melihat angkatan orang putih yang dikatakan ingin menyerang itu.

Datuk Maharaja Lela dan pengikut-pengikutnyamasih menunggu di kubu pertahanan Bandar Tua. Ada antara pengikut Datuk Maharaja Lela tidak sabar menunggu kemunculan musuh. Akhirnya, Deli, Lamin dan Akub, dan Seputum memberitahu bahawa angkatan musuh sudah sampai dan kini berada Deli di Pasir Panjang dan mereka berpecah kepada dua kumpulan iaitu satu kumpulan mengikut jalan darat dan satu kumpulan mengikut jalan sungai.

Apabila mengetahui berita itu, Datuk Maharaja Lela menyuruh orang-orangnya berpecah kepada dua kumpulan iaitu satu berhampiran dengan kubu dan satu lagi di tepi sungai. Pak Itam dan Pandak Endut menyertai kumpulan di tepi sungai manakala Datuk Maharaja Lela mengetuai angkatan di kubu pertahanan.

Lamin, Deli dan Akub bersama-sama Datuk Maharaja Lela di Bandar Tua. Semuanya sudah siap dengan senjata seperti lembing, parang, pedang, bedil pemuras, dan leta rentaka. Tidak lama kemudian angkatan Inggeris tiba dan seorang pemuda Melayu berjalan di depan mereka. Datuk Maharaja Lela dapat mengecam bahawa penduduk itu ialah Lamsah. Deli pula berazam hendak melakukan sesuatu terhadap Lamsah dan Datuk Maharaja Lela mengizinkanya.

Di belakang Lamsah diikuti oleh seorang Inggeris. Di belakang mereka pula terdapat beberapa orang sedang menolak meriam dan diikuti oleh aaskar-askar sipahi dan orang-orang Melayu yang memihak kepada Inggeris. Pengerakan tentera-tentera Inggeris ini dilihat oleh berpuluh-puluh mata yang sedang memerhatikan mereka dari atas bukit kecil.

Lamsah yang menyertai pasukan penjajah itu telah sampai di kaki bukit. Meriam yang dibawa akan ditolak beramai-ramai. Bagaimanapun, pasukan itu diserang oleh Datuk Maharaja Lela dan pengikut-pengikutnya dengan menggunakan lembing, lela rentaka dan juga bedil pemuras.

Semasa berlaku pertempuran, Deli mencari Lamsah untuk membalas dendam tetapi Lamsah menghilangkan diri. Bagaimanapun, akhirnya Lamsah mati tertikam lembing di dadanya.

Dalam pertempuran itu juga, Deli berjaya membunuh seorang askar Inggeris yang hendak membunuh Datuk Maharaja Lela. Pihak penjajah mula berundur.penduduk Pasir Salak gembira dengan kemenangan mereka itu. Tidak ada seorang pun yang terkorban dalam pertempuran itu tetapi hanya mengalami cedera ringan sahaja.

Datuk Maharaja Lela kesal juga dengan kematian Lamsah kerana Lamsah merupakan anak Melayu yang memihak kepada Inggeris. Mayat Lamsah dibawa balik oleh mereka. Pasukan yang dipimpin oleh Pak Itam dan Pandak Endut yang berkubu di tepi sungai juga berjaya mengalahkan penjajah. Datuk Maharaja Lela gembira atas kejayaan itu.

Kemudian mereka pulang ke Pasir Salak dan berkumpul di rumah Datuk Maharaja Lela. Datuk Maharaja Lela memyampaikan ucapan dengan penuh semangat di hadapan penduduk Pasir Salak. Datuk Maharaja Lela tetap meminta agar penduduk berwaspada akan penjajah kerana mungkin mereka akan menyerang kampung itu lagi.

Semua penduduk berjanji akan melawan penjajah dan mempertahankan Pasir Salak.