LIFE

Wednesday, September 22, 2010

Huraian Sukatan Pelajaran (P. Sivik T1)

Sivik - Tingkatan 1

Sukatan Pelajaran (Pendidikan Sivik n Kenegaraan )

Kementerian Pelajaran Malaysia

Pertabalan Raja


PERTABALAN RAJA

YANG DI PERTUAN AGONG

Gelaran Yang di-Pertuan Agong merupakan gelaran rasmi ketua negara Malaysia. Gelaran rasmi yang penuh adalah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Oleh sebab Malaysia mengamalkan sistem raja berperlembagaan, peranan Yang di-Pertuan Agong kebanyakannya hanyalah sebagai istiadat. Perlembagaan menyatakan dengan jelas bahawa kuasa eksekutif, secara teorinya di bawah kuasa ketua negeri, dilaksanakan oleh (atau dengan nasihat) Kabinet diketuai oleh Perdana Menteri.

Yang di-Pertuan Agong sekarang ialah Sultan Mizan Zainal Abidin ibni AlMarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah Al-Haj dari Terengganu.


LANTIKAN

Ciri yang unik di seluruh dunia dalam sistem pemerintahan beraja Malaysia, jawatan ini digilirkan setiap lima tahun antara sembilan Pemerintah Negeri Melayu.

Apabila menjawat jawatan Yang di-Pertuan Agong, seorang kerabat diraja akan dilantik sebagai Pemangku dalam negeri tersebut.

SEJARAH

Jawatan Yang di-Pertuan Agong diwujudkan hasil daripada Suruhanjaya Reid yang merangka Perlembagaan Persekutuan.Cadangan jawatan Yang Dipertuan Agong timbul berikutan tentangan terhadap penubuhan Malayan Union yang dilihat ingin menghapuskan Institusi Raja-Raja Melayu.

Pada Ogos 1957, setelah memilih gelaran Yang di-Pertuan Agong dan menolak gelaran Yang di-Pertuan Besar yang dicadangkan sebelum itu, Majlis Raja-Raja telah bersidang untuk mengundi pemegang takhta yang pertama.

Jika menurut tempoh lama memerintah, Major-Jeneral Sultan Ibrahim ibni Sultan Abu Bakar (Sultan Johor), yang dilantik menjadi pada tahun 1895, merupakan sultan yang paling lama memerintah, tetapi baginda menolak perlantikan tersebut disebabkan telah lanjut usia (ketika itu baginda berusia 84 tahun).

Yang kedua dalam turutan, Sultan Sir Abu Bakar Riayatuddin Al-Muadzam Shah ibni Almarhum Sultan Abdullah Al-Mutassim Billah Shah (Sultan Pahang), yang memerintah pada tahun 1932, tidak mendapat mandat secukupnya untuk dilantik. Yang lama memerintah seterusnya, Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhammad dari Negeri Sembilan, yang menaiki takhta pada tahun 1933, kemudiannya telah dilantik.

Raja-raja yang hadir ketika pertabalan pertama adalah:

Sultan Sir Abu Bakar Riayatuddin Al-Muadzam Shah ibni Almarhum Sultan Abdullah Al-Mutassim Billah Shah (Sultan Pahang; 1932-1974)
Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhammad (Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan; 1933-1960)
Al-Marhum Sultan Hisamuddin Alam Shah Al-Haj ibni Almarhum Sultan Alaeddin Sulaiman Shah (Sultan Selangor; 1938-1942, 1945-1960)
Sultan Badlishah ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah (Sultan Kedah; 1943-1958)
Sultan Ibrahim Petra ibni Almarhum Sultan Muhammad IV (Al-Sultan Kelantan; 1944-1960)
Tuanku Syed Putra ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail (Raja Perlis; 1945-2000)
Sultan Ismail Nasiruddin Shah ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin III (Sultan Terengganu; 1945-1979)
Sultan Yusuf Izzudin Shah ibni Almarhum Sultan Abdul Jalil Nasruddin Shah (Sultan Perak; 1948-1963)
Tunku Ismail ibni Sultan Sir Ibrahim (Tunku Mahkota Johor; menjadi Sultan 1959-1981)

GILIRAN NEGERI
Sistem penggiliran jawatan Yang di-Pertuan Agong setiap lima tahun dianggap unik. Ini kerana ia menggabungkan tradisi feudal berasaskan keturunan darah dengan konsep moden berasaskan perlembagaan.

Malaysia satu-satunya negara di dunia yang mengamalkan sistem penggiliran ketua negara.

Sistem penggiliran hanya diberikan kepada Raja-Raja Melayu dari negeri yang dulunya dikenali Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dan Negeri Melayu tidak bersekutu.

Negeri Bersekutu terdiri daripada Perak, Negeri Sembilan, Selangor dan Pahang. Manakala Negeri Melayu tidak bersekutu Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor. Sementara itu Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak tidak berpeluang walaupun mereka menganggotai Majlis Raja-Raja.

Selepas kitaran pertama sembilan Yang di-Pertuan Agong (1957-1994), aturan menurut Pemerintah negeri adalah menurut kitaran yang telah digunakan sebelum itu, iaitu:

Negeri Sembilan
Selangor
Perlis
Terengganu
Kedah
Kelantan
Pahang
Johor
Perak
Yang di-Pertuan Agong akan melantik sebagai istiadat iaitu Yang di-Pertua Negeri, atau Gabenor, kepada 4 buah negeri Pulau Pinang, Melaka, Sabah and Sarawak. Yang di-Pertuan Agong yang ke-13 (sekarang) adalah Sultan Mizan Zainal Abidin ibni AlMarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah Al-Haj dari Terengganu



FAKTOR PEMILIHAN

Pemilihan Yang di-Pertuan Agong berdasarkan kepada sistem giliran yang telah ditetapkan.

Terdapat beberapa faktor yang akan dipertimbangkan oleh Majlis Raja-Raja melalui undi rahsia bagi menentukan pengganti bagi jawatan Yang di-Pertuan Agong seterusnya.

Syarat yang akan diambil kira ialah:

Kekananan di kalangan Sultan dan Raja;
Baginda berkenan untuk menjadi Agong;
Tidak mengalami kelemahan atau ketidak upayaan mental;
Merupakan Raja yang berada di kedudukan teratas;
Mendapat sokongan sekurang-kurangnya lima Raja lain;
Dan bukan seseorang yang telah memegang jawatan Yang di-Pertuan Agong selama dua penggal berturut-turut.
Faktor lain ialah usia dan tempoh masa pemerintahan dan kalau kita lihat daripada aspek status atau peranan yang dimainkan oleh Yang Dipertua usia dan tempoh masa pemerintahan seseorang Raja di sesebuah negeri amat penting kerana apabila baginda telah menjalankan pemerintahan dalam tempoh yang lama ini dapat menggambarkan kematangannya terhadap cara pemerintahan.














SENARAI YANG DI PERTUAN AGONG

Raja-raja berikut pernah menjadi Yang di-Pertuan Agong sebelum ini:

Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhammad dari Negeri Sembilan, diputerakan pada 1895, memerintah pada 1957-1960, mangkat ketika memerintah pada 1 April 1960.
Sultan Hisamuddin Alam Shah Al-Haj ibni Almarhum Sultan Alaeddin Sulaiman Shah dari Selangor, diputerakan pada 1898, memerintah pada 1960, mangkat ketika memerintah pada 1 September 1960.
Tuanku Syed Putra ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail dari Perlis, diputerakan pada 1920, memerintah pada 1960-1965, mangkat pada 2000
Sultan Ismail Nasiruddin Shah ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin III dari Terengganu, diputerakan pada 1907, memerintah pada 1965-1970, mangkat pada 1979
Tuanku Al-Mutassimu Billahi Muhibbudin Sultan Abdul Halim Al-Muadzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah dari Kedah, diputerakan pada 1924, memerintah pada 1970-1975
Sultan Yahya Petra ibni Almarhum Sultan Ibrahim Petra dari Kelantan, diputerakan 1917, memerintah pada 1975-1979, mangkat ketika memerintah pada 29 Mac 1979
Sultan Haji Ahmad Shah Al-Mustain Billah ibni Almarhum Sultan Sir Abu Bakar Riayatuddin Al-Muadzam Shah dari Pahang, diputerakan pada 1930, memerintah pada 1979-1984
Baginda Almutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj ibni Almarhum Sultan Ismail dari Johor, diputerakan pada 1932, memerintah pada 1984-1989
Sultan Azlan Muhibbudin Shah ibni Almarhum Sultan Yusuff Izzudin Shah Ghafarullahu-lahu dari Perak, diputerakan pada 1928, memerintah pada 1989-1994
Tuanku Jaafar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman dari Negeri Sembilan, diputerakan pada 1922, memerintah pada 1994-1999, mangkat pada 27 Disember 2008
Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah ibni Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah Al-Haj dari Selangor, diputerakan 1922, memerintah pada 1999-2001, mangkat ketika memerintah pada 4 Disember 2001
Tuanku Syed Sirajuddin ibni Almarhum Syed Putra Jamalullail dari Perlis, diputerakan 1943, memerintah pada 2001-2006
Sultan Mizan Zainal Abidin ibni AlMarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah Al-Haj dari Terengganu, diputerakan 1962, memerintah pada 2006-sehingga kini.






KEBAIKAN SISTEM

Hanya yang terpilih sahaja boleh dipilih iaitu menurut darah keturunan tetapi didalamnya itu tersemat dan tersisip peraturan yang bercorak demokrasi moden iaitu pemilihan secara moden.

Keunikan tradisinya sejak 1957 , kuasa yang dimiliki oleh Yang di-Pertuan Agong mengatasi segala Raja-Raja Melayu sepanjang tempoh perlantikannya.

Jika dibandingkan dengan England, Ratu Elizabeth II, baginda tak seunik Malaysia kerana ia datang dari 1 keluarga sahaja. Tetapi uniknya Malaysia ia datang dari 9 Sultan yang memerintah Negeri-Negeri Melayu.

Saturday, September 18, 2010

BM2

PMR - Bahasa Melayu - Test 2

JAWAP SEMUA SOALAN

Soalan 1 hingga Soalan 7
Lengkapkan ayat-ayat di bawah dengan memilih jawapan yang paling sesuai.



1 Seseorang teman yang baik tidak akan membiarkan sahabatnya ___________ ke kancah maksiat.

* terjerumus

* terperosok

* termusnah

* terikut


2 Kawasan pedalaman di Sabah hanya boleh ___________ melalui jalan sungai sahaja.

* dilalui

* dihubungi

* disusun

* direntas


3 ___________ Ustaz Wan Sulaiman dalam bidang agama memang diakui dan disegani oleh masyarakat tempatan.

* Kebolehan

* Kecekapan

* Kegigihan

* Kearifan


4 Golongan remaja semakin lupa akan budaya ketimuran yang selama ini menjadi ___________ generasi terdahulu.

* kehebatan

* kesukaran

* kebanggaan

* kesenangan


5 Pelbagai usaha yang dijalankan oleh pihak kerajaan untuk memupuk minat membaca dalam kalangan rakyat masih belum mencapai ___________ yang membanggakan.

* tahap

* aras

* paras

* tingkat


6. Saban petang Mak Limah ………………… bakul yang berisi sayuran untuk dijual pada
keesokan harinya.

* mengangkat

* menjunjung

* menjinjing

* memikul


7 Sampah sarap ___________ di Stadium Bukit Jalil setelah sambutan malam tahun baru berlangsung malam tadi.

* berterbangan

* bergelimpangan

* berhamburan

* bertaburan

BM1

PMR - Bahasa Melayu - Test 1

Soalan 1 hingga soalan 6 (Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.)

Pokok hiasan digubah bentuknya sejak beratus-ratus tahun yang lampau di Mesir dan China. Masyarakat di negara tersebut telah berjaya mengkatikkan pokok untuk menjadi hiasan taman. Hiasan ini amat popular dengan panggilan bonsai.

Menurut pakar bonsai Britain, Peter D Adams, bonsai turut menjadi kegilaan masyarakat di negara Jepun sekitar 1300 Masihi. Mereka menceduk idea seni halus tumbuhan dari Negara China ini dengan melakukan pengubahsuaian hiasan bagi menghasilkan suatu penghasilan yang lebih bernilai.

Hingga kini minat untuk mengkatikkan pokok sudah merebak ke seluruh dunia. Masyarakat di tiap-tiap negara di dunia menggunakan pokok tempatan di negara mereka dengan mengubahnya agar kelihatan unik dan menarik. Oleh itu terdapat pelbagai cara dilakukan termasuk menghasilkan pokok hiasan alam bonsai dengan mengawal selia dan melakukan cantasan daun dalam bentuk topiari sekiranya pokok pilihan tidak sesuai dikatikkan.

Bonsai yang bernilai tinggi lebih berasaskan kepada saiz yang kecil, ditanam dalam pasu, keunikan bentuk batang dan dahannya, susunan rantingnya, akar yang diproses semula, dan pokok hiasan tersebut digabungkan dengan gubahan batu yang memiliki keindahan yang tersendiri. Hal ini bermakna, penghasilan bonsai berjaya dilakukan dengan teknik yang tersendiri yang membabitkan usaha mendapatkan baka pokok, pemotong akar, jenis tanah, kaedah penyiraman, pembajaan, cantasan, mencipta bentuk batang dan menyediakan ruang yang sesuai, dan cara untuk mengawal penyakit serta perosak.

Untuk mendapatkan pokok bonsai hiasan, langkah pertama yang harus dilakukan oleh peminat bonsai ialah memungut pokok biasa yang dianggap sesuai untuk dikatikkan. Pokok yang terserlah keindahannya oleh unsur alam perlulan diberikan keutamaan. Pokok-pokok ini boleh digali dengan menggunakan peralatan seperti sudip, cangkul, gergaji, pemangkas, gunting Jepun, karung plastik atau guni, bekas semburan air, dan tali. Pasu yang cantik pula akan dapat menyerlahkan pokok yang dikatikkan. Pasu yang digunakan mestilah mempunyai sekurang-kurangnya satu lubang pengairan supaya tanah tidak mengekalkan kelembapannya yang berterusan. Hal ini kerana air yang bertakung akan menyebabkan akar pokok mudahdiserang penyakit dan mengalami proses pereputan.

Selain itu, penggunaan 70 peratus tanah campuran pasir kerikil dengan 30 peratus bahan organik yang dihasilkan daripada daun reput adalah juga diperlukan. Namun demikian, kesesuaian spesies pokok perlu juga diambil kira dalam mendapatkan pokok hiasan bonsai ini.


1. Apakah yang dimaksudkan dengan bonsai?

* Mengubah pokok asal dengan tujuan menjadikannya kelihatan menarik.

* Gubahan pokok hiasan batu yang direka cipta di dalam pasu bunga.

* Mengkatikkan pokok bagi menghasilkannya sebagai hiasan taman yang lebih bernilai.

* Mengubah pokok dengan cara melakukan cantasan daun dalam bentuk topiari yang lebih menarik.


2. Mengapakah bonsai kini begitu diminati di seluruh dunia?

* Kerana kos menghasilkannya murah.

* Kerana proses penjagaannya mudah.

* Kerana bentuknya unik dan menarik

* Kerana pokok hiasan menjadi lebih bernilai.


3. Menghasilkan pokok hiasan bonsai memerlukan langkah-langkah yang berikut kecuali.

* Memungut pokok yang sesuai untuk dikatikkan.

* Menyimen pokok hiasan di dalam pasu supaya teguh.

* Mencampurkan 70 peratus tanah berpasir dengan 30 peratus bahan organik.

* Membina lubang pengaliran air di dalam pasu yang cantik bagi menyerlahkan kecantikan pokok.


4. Kriteria yang paling utama untuk memilih pokok yang hendak dikatikkan ialah

* Melihat saiz pokok yang keci

* Keunikan bentuk batang dan dahannya.

* Melihat susunan ranting yang banyak.

* Pokok terserlah keindahannya oleh unsur alam.


5. Dari manakah masyarakat Jepun mendapat idea untuk menghasilkan pokok hiasan ala bonsai?.

* China

* Mesir

* Britain

* Mesir dan China.


6. Apakah tajuk yang paling sesuai bagi petikan di atas?

* Seni Reka Hiasan Taman

* Pokok Hiasan Bonsai.

* Asal Usul Tanaman Bonsai.

* Cara-cara Menghasilkan Bonsai.


Soalan 7 hingga soalan 12
Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

ANGIN:
(Tersenyum lebar) Kau ketinggalan zaman rupanya. (Ketawa besar) Bukankah zaman sekarang orang pakai washing machine yang boleh mengeringkan terus pakaian? (Mengejek) dan apa perlunya kau itu lagi?

MATAHARI:
(Marah bukan main) Cis! Angin. Kau pun apa kurangnya? Kau seperti lupa bahawa zaman sekrang tidak perlu ada kau lagi. Untuk mendinginkan tubuh manusia, mereka telah mencipta kipas angin dan penyaman udara!.

ANGIN:
Ahhhhh, bagaimana kalau penyaman udara mereka rosak? (Mengejek sinis) Tentu mereka akan menganggil aku. “Wahai angin datanglah kau! Duhai angin berhembuslah……(Tersenyum lebar) Datanglah bertiup sepoi-sepoi bahasa, agar kami merasa nikmatnya.”

MATAHARI:
Kau hanya berangan-angan Angin! (Mengejek jijik) Kau jangan lupa jika pakaian mereke lembap, mereka juga akan memanggil aku kau tahu? (Menyindir) lalu mereka pun berkata dan merayu kepadaku, “Wahai Matahari. Muncullah segera engkau mengeringkan pakaianku. Muncullah Matahari, Matahariku tersayang!”

ANGIN:
(Gelak-gelak mengejek) Nampaknya antara kita…,.tidak ada sesiapa pun yang mahu mengalah. Kita perlu beradu nasib. Aku cadangkan, satu pertandingan yang khsus perlu dlangsunkan. Dan kita mesti memanggil saksi-saksi serta panel hakim bagi penentuan. (Tersenyum lebar).

MATAHARI:
(Mengangguk) Cadanganmu baik sekali! Dan aku terima cabaranmu itu! Sudahlah Angin … Memang dasar kamu begitu. Bila baik semuanya hakmu. Tapi kau jangan pula lupa, akibat kau juga manusia bergaduh!, Ya, mereka mengatakan adanya khabarkhabar angin membuatkan fitnah berleluasa! Tapi tidak ada pula khabar matahari yang mengadu dombkan manusia. Betul tak? (Menuding jarinya kepada Angin)

ANGIN:
(Marah semula dengan meninggikan suaranya) Hei, Matahari! Kau masih berdegil ya. Nanti aku akan panggil temah setiaku ribut untuk menghapuskan kamu semua. Baru padan muka kau itu…..(ketawa bangga).

MATAHARI:
(Memandang ke arah penonton semua) Wahai manusia, siapakah yang kamu mahu rapati. Aku atau angin? (Suara lantang)

SUARA LATAR:
(Suara ramai dari bawah) kami mahukan Angin……kerana kami sangat kepanasan!

MATAHARI:
Celaka kalian manusia. Kepanasan yang kamu alami itu bukan kerana panahan sinar kami…………Sebenarnya kehangatanmu itu adlah akibat pollition (Geram ) Baiklah …… jika kalian hendak merakasana penanganku, nah terimalah ini habuan kalian semua (ketawa berdekah-dekah).

SUARA LATAR:
Aduh……………..panasnya! Panas terik begini bagaikan dalam neraka jahanam? (Suara bergema)

MATAHARI:
(Ketawa kuat) rasakanlah …………Mintalah pertolongan daripada sahabat baikmu itu! (Ketawa lagi).

SUARA LATAR:
(Merayu) Wahai Angin, datanglah Angin, tolong aku, tolong! Matahari mengganggu aku.

ANGIN:
Kau dengar tak Matahari? Dengan itu! Bukankah manusia memanggil aku? Meminta jasa baik aku! Sebaliknya mereka membenci kau. (Menyampah).


7. Mengapakah angin merasakan bahawa dirinya disanjung oleh manusia?

* Manusia memerlukan angin dalam kehidupan

* Manusia memuja angin melalui lagu dan puisi.

* Manusia berasa gembira apabila angin bertiup

* Manusia sentiasa menantikan kehadiran angin


8. Matahari dikatakan selalu menyusahkan manusia kerana

* Menyebabkan aktiviti manusia terjejas.

* Menyebabkan kebakaran apabila musim kering.

* Menyebabkan kehidupan manusia kurang selesa.

* Menyebabkan manusia berpeluh apabila bersinar.


9. Pertelagahan Angin dan Matahari dapati disamakan dengan

* Sudah dapat gading bertuah, tanduk tidak berguna lagi.

* Ingat sementara belum kena, jimat sementara belum habis.

* Orang lain yang makan nangka, orang lain yang kena getah

* Gajah sama gajah berjuang, pelanduk mati di tengah-tengah.


10. Latar masa pertelingkahan antara angin dan matahari berlaku pada

* waktu tengah hari

* waktu tengkujuh

* waktu kemarau

* musim panas


11.Apakah pengajaran paling tepat yang diperoleh daripada petikan tersebut?

* Setiap kejadian mempunyai kelebihan dan kekurangan.

* Jangan mendabik dada dengan keistimewaan yang dimilikki.

* Hidup perlu saling membantu untuk mendapatkan keberkatan.

* Membesar-besarkan diri sendiri merupakan perbuatan yang keji.


12. Bagaimanakah keadaan bumi sekiranya Angin dan Matahari terus

mempertahankan kelebihan masing-masing?

* Ekologi alam terganggu

* Keamanan bumi terjejas

* Bumi mengalami kemusnahan

* Berlaku bencana alam yang dahsyat.


Soalan 13 hingga soalan 18 (Baca petikan dibawah dengan teliti dan kemudian jawab soalan-soalan

berikutnya)


Setelah hari siang, maka baginda pun terkejut daripada beradu. Maka dicium baginda tubuhnya baunya narwatu, dan dilihat baginda kalamnya pun seperti sudah khatan. Maka pada hati Raja kecil besar, “bahawa aku ini bermimpi rupanya, bukannya setan”.

Maka mulut baginda pun menyebut kalimah syahadat, tiada berhenti lagi. Maka segala dayang-dayang di dalam istana baginda pun hairanlah mendengar yang disebut raja itu. Maka kata raja perempuan, “Entah kena setan gerangan raja ini, atau gilakah gerangannya? Baik kita segera beritahu bendahara”.

Maka dayang-dayang pun pergi memberitahu bendahara. Maka ia pun segera datang lalu masuk ke dalam istana. Maka dlihat Bendahara, raja belum berhenti menyebut kalimah syahadat. Maka sembah Bendahara, “Bahasa mana yang dsebut raja ini?”.

Maka titah raja, “semalam beta bermimpi, berpandangan dengan keelokan hadiat Nabi s.a.w.”

Maka segala mimpi baginda itu semuanya dikatakannya pada Bendahara. Maka sembah Bendahara, “jikalau benar mimpi raja, apa alamatnya?.

Maka kata raja, “alamatnya kalam beta seperti dikhatankan orang, itulah tanda sah beta bermimpi Rasulullah Salallahu alahi wasallam. Lagi sabda junjungan pada hamba, “Asar sekarang datang sebuah kapal dari Judah, turun orangnya lalu sembahyang di pantai Melaka ini,” katanya, “turut olehmu barang katanya.”

Maka bendahara pun hairanlah melihat kalam raja seperti dikhatankan orang rupanya. Maka kata bendahara. “Jikalau sungguh datang sebuah kapal asar ini benarlah mimpi raja itu: jikalau tiada, bahawa setanlah mengharu raja.”

Maka titah baginda, “Benarlah kata bapa hamba itu.”

Maka Bendahara pun kembalilah ke rumahnya.

(Dipetik daripada Antologi Sehijau Warna Daud)



13. Mengapakah Bendahara dipanggil ke istana?

* Untuk bertanyakan mimpi raja

* Untuk mentafsirkan mimpi raja

* Untuk mencari punca perubahan pada diri raja.

* Untuk mengembalikan ingatan Raja Kecil Besar.


14. Perubahan-perubahan yang berikut terjadi kepada Raja Kecil Besar selepas bermimpi bertemu dengan Rasulullah kecuali.

* Tubuhnya berbau narwastu.

* Kalamnya sudah terkhatan.

* Mulutnya sentiasa menyebut kalimah syahadat.

* Sentiasa termenung akibat memikirkan mimpinya.


15. Latar masa cerita di atas berlaku pada waktu

* Siang

* Malam

* Tengah malam.

* Subuh.


16. Apakah nama Raja Kecil Besar setelah memeluk agama Islam?

* Seri Amar Diraja

* Seri Nara Diraja

* Sultan Muhammad Syah.

* Sultan Ahmad Shah.


17. Penggunaan perkataan Nabi, Rasulullah dan Asar dalam petikan di atas adalah contoh bagi gaya bahasa

* Istana.

* Klasik.

* Arab.

* Simile.


18. Apakah kesudahan cerita Susur Galur Asal Usul Negeri Melaka?

* Raja Kecil digantikan oleh Bendahara.

* Raja Kecil Besar dan rakyatnya memeluk agama Islam.

* Rakyat Melaka beramai-ramai melihat Saiyid Abdul Aziz bersolat di tepi pantai Melaka.

* Saiyid Abdul Aziz menyebarkan agama Islam di kalangan rakyat Melaka


Soalan 19 hingga soalan 24 (Baca puisi tradisional di bawah dengan teliti dan kemudian jawab soalan-soalan berikutnya)



SYAIR TENAGA PEMUDA

Tenaga pemuda kalau diasuh,
Pimpin dan didik kotor dibasuh,
Tidaklah ia menjadi lusuh,
Amat berguna menentang musuh.

Tenaga pemuda memang terbilang,
Tenaga yang sedang gilang-gemilang,
Beban yang berat dapat dijulang,
Benda yang jauh dapat dijelang.

Tenaga pemuda tenaga bererti,
Tenaga yang berani menempah mati,
Tidak mengenal erti mati,
Hanya penuh kemahuan mesti.

Tenaga pemuda mestilah sayang,
Jangan dibiarkan lemah dan goyang,
Di waktu muda tenaga kencang,
Berani sampai berputih tulang.

Tenaga pemuda kalau dijaga,
Kelak akhirnya sangat berharga,
Tenaga yang menjadi harapan bangsa,
Gagah berani mempertahankan bangsa.



19. Apakah yang dimaksudkan oleh penyair dengan kotor dibasuh?

* Kelemahan diri dijauhi

* Kekuatan diri disatukan

* Hasad dengki perlu dijauhi

* Kekurangan diri diperbaiki


20. Mengapakah tenaga pemuda perlu dijaga?

* Supaya dapat memajukan ekonomi negara.

* Supaya dapat mempertahankan kedaulatan negara

* Supaya tidak terjebak dengan penyalahgunaan dadah

* Supaya tidak lemah dan mudah dipengaruhi oleh musuh negara.


21. Apakah tema yang bersesuaian dengan Syair Tenaga Pemuda?.

* Pedoman hidup untuk generasi muda.

* Nasihat kepada anak-anak muda

* Kepentingan menjaga tenaga pemuda.

* Tanggungjawab mendidik pemuda.


22. Antara yang berikut, yang manakah bukan persoalan yang terdapat dalam Syair Tenaga Pemuda?.

* Menghargai tenaga pemuda.

* Kekuatan tenaga pemuda.

* Kepentingan membimbing pemuda.

* Tanggungjawab mendidik pemuda.


23. Frasa kelak akhirnya sangat berharga pada rangkap akhir syair di atas ialah contoh bagi unsur gaya bahasa

* Inversi.

* Asonansi.

* Perlambangan

* Anafora


24. Semua yang berikut adalah benar entang bentuk Syair Tenaga Pemuda kecuali

* Syair ini mempunyai lima rangkap.

* Setiap rangkap mempunyai empat baris.

* Setiap baris terdiri daripada empat hingga lima patah perkataan.

* Jumlah suku kata yang terpanjang terdapat pada baris rangkap yang kedua.


Soalan 25 hingga Soalan 30 (Lengkapkan ayat-ayat di bawah dengan memilih perkataan yang paling sesuai)



25. Tuan Pengetua sentiasa memberikan …………. Tentang masalah disiplin pelajar ketika berucap pada perhimpunan pagi sekolah.

* Tumpuan

* Makluman

* Penjelasan

* Penekanan


26. Kain-kain yang diseterikanya itu …………. menjadi bertingkat-tingkat lalu disimpan di dalam almari.

* Disusun

* Dibuat

* Diatur

* Dilonggok


27. Agensi-agensi pelancongan yang ………… perjalanan ke tempat-tempat peranginan di negara ini diingatkan supaya tidak menipu pengguna dengan pakej yang ditawarkan.

* Menggerakkan

* Mengaturkan

* Menjalankan

* Merancangkan


28. Dawai telefon akan mengendur pada waktu panas dan akan ………… pada waktu sejuk.

* Mengecut

* Melebeh

* Meregang

* Mengembang


29. Semua maklumat yang diperoleh daripada pegawai penyiasat itu akan ………. terlebih dahulu sebelum tangkapan dilakukan.

* Dikaji

* Diamati

* Diperiksa

* Dipelajari.


30. Permainan tradisional patut diketengahkan supaya dapat ………… seni budaya bangsa.

* Mengaya

* Mengayai

* Memperkaya

* Memperkayai

Friday, September 17, 2010

Apitan meN…kan dan meN…i

Apitan meN…kan dan meN…i
Kata yang berapitan meN…kan dapat dibentuk dengan mengimbuhkan awalan meN- dan akhiran –kan pada kata dasarnya.
Apitan meN…kan boleh berubah bentuknya menjadi me…kan, mem…kan meng…kan, dan menge…kan bergantung kepada huruf pertama kata dasar yang diimbuhinya. Sila perhatikan contoh yang berikut.


Bentuk Contoh
Me…kan Merundingkan, memajukan
Mem…kan Memberikan, membuktikan
Men…kan Menjadikan, menjayakan
Meng…kan Menggayakan, mengunakan
Menge…kan Mengesyorkan, mengehadkan


Kata yang berapitan meN…i dapat dibentuk dengan mengimbuhkan awalan meN- dan akhiran -i pada kata dasarnya
Seperti juga apitan meN…kan, apitan meN…i boleh berubah bentuknya menjadi apitan me…i, mem…i, men…i, dan meng…i bergantung kepada huruf pertama kata dasar yang diimbuhinya.

Bentuk Contoh
Me…i Merindui, menaiki, memasuki
Mem…i Membanjiri, membasahi, membaiki
Men…i Menjalani, menjatuhi, menziarahi
Meng…i Mengubati, mengairi, mengekori

Tatabahasa : Apitan meN-...-kan dan meN-...-i
Nota

Gunung Kinabalu





Ujian Pengukuhan

Lengkapkan ayat di bawah dengan pilihan jawapan yang sesuai .

1. Sabit digunakan oleh para pesawah untuk _________ padi
A. menuai B. memotong C. mengerat D. mengambil
2. Untuk memperoleh tubuh badan yang sihat serta otak yang cerdas , kita memerlukan makanan yang _______
A. berzat B. bermutu C. seimbang D. berkhasiat
3. Setelah sekian lama _____ suka duka dalam hidupnya , kini beliau hidup selesa di samping keluarganya .
A. menjalani B. merasai C. melalui D. mengharungi
4. “ Baginda ____ dan kini sedang dirawat oleh ahli nujum negara , ” kata datuk Bendahara
A. beradu B. gering C. santap D. bersiram
5. ______ nya akan singgah di rumah neneknya untuk bertanya khabar , tetapi pada pagi yang malang itu , dia terus ke pejabat .
A. Tentu B. Lazim C. Ketika D. Mesti
6. Penduduk di kawasan tersebut terpaksa _______ air hujan di dalam tong dan tempayan untuk kegunaan harian setelah sekian lama keputusan bekalan air .
A. menyimpan B. mengambil C. menadah D. menahan
7. ______ faham antara mereka berlarutan sehingga bertahun-tahun lamanya .
A. Perselisihan B.Pertelingkahan C. Pertentangan D.Perbalahan
8. Amat sukar baginya membuat pilihan ________ hendak menerima tawaran tersebut _______ meneruskan pelajarannya di sekolah yang sama .
A. entah......entah B. sama ada ...... ataupun
C. bukan sahaja ...... sedangkan D. sedangkan .... tetapi juga
9. Api yang ________ tinggi itu dapat dipadamkan dengan bantuan pihak bomba
A. menaik B. menjulang C. melambung C. menyala
10. _______ abangnya yang berpendidikan tinggi itu tidak diterima menjadi ahli , _______ dia yang masih di bangku sekolah lagi .
A. sedangkan ....... inikan pula
B. sama ada ........ ataupun
C. walaupun .......... inikan pula
D. bukan sahaja ........ tetapi juga
11. Pakaian yang digayakan oleh peragawati terkenal itu kelihatan sungguh ________ dan berjaya menarik perhatian para penonton.
A. ayu B.canggih C.jelita D. anggun
12. ________ nya sudah tidak bermakna lagi dan terpaksalah dia menanggung risiko atas segala perbuatannya .
A. Penyesalan B. Disesali C. Kesesalan D. Menyesal
13. _________ dia tidak dapat melelapkan matanya kerana teringatkan perisitiwa-peristiwa yang ditempuhinya pada siang hari .
A. Bermalaman B. Semalaman C.Bermalam D. Semalam
14. Setelah selesai ________ dengan keluarga angkatnya , Fatin menggalas begnya untuk pulang ke pangkuan keluarganya di kampung .
A. bersalam B. bersalaman C. bersalam-salam D. bersalam-salaman
15. Salimah segera dibawa ke hospital kerana _______ serpihan tulang ayam yang terdapat di dalam rendang yang dimakannya .
A. tertelan B. menelankan C. menelan D. ditelan
16. Daud _________ semua sijil yang diperolehinya bersama-sama borang permohonannya .
A. menyertakan B. menyertai C. disertai D. disertakan
17. Dengan _______ yang tidak seberapa , amat sukar baginya untuk membiayai pengajian anak-anaknya .
A. Dapatan B. Kedapatan C. Pendapatan D. pendapat
18. Tingkah –lakunya yang buruk masih belum _________ walaupun kini usianya semakin meningkat .
A. pengubahan B. berubah C. terubah D. perubahan

19. ______ penting itu akan disampaikan oleh pengurusnya dalam mesyuarat yang bakal diadakan pada minggu hadapan .
A. Maklumat B. Makluman C. Isu D. Pengetahuan
20. Lengkapkan pepatah ini “ Sesal dahulu pendapatan __________________
A. sesal selalu amat berguna
B. sesal kemudian ada gunanya
C. sesal kemudian tidak berguna
D. sesal-menyesal ada kebaikannya
21. Lawan bagi perkataan pengunduran ialah _____
A. penghijrahan B. kemaraan C. pembangunan D. kemajuan

22. Pemandu teksi yang _____ itu telah mengembalikan dompet penumpangnya yang tercicir
A. ikhlas B. tegas C. pemurah D. amanah

23. Para pekerja ____ menyiapkan kerja pembinaan bangunan 19 tingkat itu mengikut jadual.
A. mati-matian B. Berhati-hati C. bertungkus-lumus D. Sungguh-sungguh
24. Penggubah lagu itu telah memilih penyanyi yang bersuara ________ untuk menyanyikan lagunya .
a. nyaring B. merdu C. garau D.serak
25. Pak Dollah menjunjung se ______ rotan sambil mengelek se ______ bakul berisi buah-buahan .
a. batang ..... biji
b. ikat .... buah
c. rumpun .... biji
d. berkas .... buah
26. Dalam pertempuran yang sengit itu se________ pengganas telah melarikan beberapa ______ senjata api .
a. kumpulan ... laras
b. gerombolan .... laras
c. pasukan ... batang
d. kumpulan .... batang
27. Muka Rosman kelihatan ________ ketika menghampiri garisan penamat.
A. kemerah-merahan B. kehitam-hitaman C. kebiru-biruan D. kepucat-pucatan

28. Tok Marzuki pulang dari kebun dengan _______ bakul yang sarat berisi buah cempedak di atas bahunya .
a. menjinjng B. menjunjung C. mendukung D. memikul
29. Walaupun Kumar amat sibuk dengan tugas sehariannya , namun dia amat __________ pendidikan anak-anaknya .
A. menjaga B. memerhatikan C. memberatkan D. Mendepankan

30. Penjenayah yang berjaya diberkas itu akan ______ di mahkamah
A. didakwa B. ditanya C. dituduh D. dihukum
31. Datuknya memiliki beberapa _______ tanah pertanian di ________ kampung Gelam
A. keping ------- tepi B. Bidang .....pinggir C. Ekar ... tengah D. Bidang ... sisi

32. Kak Ani sedang mengait se_____ baju panas dengan se_______ benang yang dibelinya .
A. helai ... buku B. Pasang .. ketul C. Helai .. utas D. Pasang .. untai

33. Ibu menyuapkan beberapa _________ nasi kepada nenek dan setelah meminum se_______ air , nenek begitu berselera lalu meminta lagi .
A. jemput ... cawan B. Sudu .. gelas C. Suap .. teguk D. Kepal .. gelas

34. Ibu memasukkan beberapa _____ lada hitam dan tiga _____ bunga cengkih ke dalam masakannya .
A. biji ... kuntum B. Biji .. keping C. Butir ... buah D. Biji .. butir

35. Mereka diberikan ________ sebulan untuk menyiapkan kertas kerja projek terbaru syarikat mereka .
A. tempuh B. Tempoh C. Kelonggaran D. Peluang

36. Kemelesetan ekonomi menyukarkan kehidupan rakyat , apatah lagi yang ________ sepenuhnya pada hasil pertanian sebagai sumber pendapatan
A. berharap B. Bergantung C.berkait D. Bertumpu

37. “ Moga-moga dengan kehadiran tuan-puan ke majlis ini akan ______ lagi majlis perkahwinan anak kami ,” kata tuan rumah itu .
A. menyerikan B. Memeriahkan C. Mencantikkan D. Menggamatkan

38. Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna selalu
membuat pemeriksaan _______ terhadap premis-premis perniagaan .
A. serentak B. Terkejut C. Mengejut D. Semasa

39. Semangat kejiranan mestilah _____ sejak di bangku sekolah lagi agar generasi akan datang dapat hidup dalam masyarakat yang aman damai .
A. dipelopor B. diajar C. dipupuk D. Dibenam

40. ______tetamu jemputan ke di majlis itu disambut dengan paluan kompang .
A. kedatangan B. Kepulangan C. Kemunculan D. Kehadiran

41. Gerai kopi di tepi jalan itu ________ apabila sebuah lori yang membawa kayu balak lalu di situ .
A. berbuai B. bergetar C. bergegar D. Bergoyang
42.Beberapa ekor anjing yang menyelongkar tong sampah itu ________ apabila dibaling dengan batu.
A. berhamburan B.bertempiaran C. berkeliaran D. bertaburan
43.Ibu _______ bahu adik yang mengigau semasa tidur.
A. memutarkan B. Menghayunkan C. menggoncangkan D. menggoyangkan
44.Dia tercengang-cengang _________ melihat kejadian yang tidak disangka-sangka itu.
A. kehairanan B.kebingungan C. ketakutan D. kekacauan
45.Harga barangan di pasaran yang sentiasa meningkat menyebabkan pengguna _________
A. resah B. Gelisah C. bersedih D. mengeluh
46. Aspek ________ akan menjadi topik perbincangan utama dalam persidangan itu.
A. kependudukan B. Menduduki C. penduduk D. kedudukan
47. Pada zaman dahulu , kerja-kerja emncari bijih timah dilakukan dengan cara ________
A. menampi B. Mencedok C. mendulang D. mengayak
48. Sudah dua minggu pemuda itu _________ di hospital kerana kemalangan jalan raya.
A. terbaring B. Terlantar C. terbujur D. terduduk
49. Pergolakan politik akibat percubaan rampasan kuasa itu semakin ________
A. menirus B. Merenggang C. meruncing D. menajam
50. Beberapa orang pegawai kesihatan yang _________ akan dihantar ke kawasan luar bandar untuk membasmi nyamuk aedes.
A. berkemampuan B. Berkelayakan C. bersungguh-sungguh D. bertepatan
51.Mereka terpaksa ________ sungai untuk sampai ke Kampung Tembeling.
A. mengikuti B. Merentasi C. menyusuri D. melintasi
52. Sebagai rakyat Malaysia , kita mestilah ________ budaya warisan kita .
A. memuliakan B. Meninggikan C. menghargai D. meningkatkan
53. Persatuan beliaa itu terpaksa __________ kerana menghadapi masalah kewangan .
A. dihentikan B. Dibubarkan C. ditamatkan D. dipisahkan
54. _________ gempa bumi yang berlaku di Pulau Jawa terasa hingga ke negara kita .
A. gegaran B. Goncangan C. gerakan D. goyangan
55. Kami tidak ______ bahawa pemain badminton itu tewas dengan mudah.
A. mengenal B. Mengira C. menyedari D. menyangka
56. Badannya berba u ________ kerana sudah beberapa hari dia tidak mandi.
A. tengik B. Hangit C. masam D. hapak

57. Wajah pengantin baru itu kelihatan ________.
A. berkilau-kilau B. Berkilat-kilat C. berkelip-kelip D. Berseri-seri
58. Ular sawa yang besar itu sedang _______ seekor tikus .
A. meneguk B. Melulur C. mengulum D. menelan
59. Saya _______ untuk menyiapkan tugas itu mengikut jadual.
A. berdikit-dikit B. Bergopoh-gapah C. berhati-hati D. Bertungkus-lumus
60. Kedua-dua pemuda itu menipu mereka dengan ________
A. sungguh-sungguh B. Terang-terang C. nyata-nyata D. Terus terang

Tuesday, September 14, 2010

SENARAI SEMAK MENGHADAPI PEPERIKSAAN

SENARAI SEMAK MENGHADAPI PEPERIKSAAN

MALAM SEBELUM PEPERIKSAAN
1. Semak jadual peperiksaan - untuk memastikan mata pelajaran pada hari esoknya. Kalau boleh tandakan dahulu dengan highlighter pada setiap mata pelajaran yang anda ambil. Ini memudahkan semakan dibuat untuk memastikan anda tidak terlepas atau tertinggal mata pelajaran yang anda ambil.
2. Keperluan peperiksaan berfungsi dengan baik seperti pen, pensil 2B, pemadam, pembaris, pengasah, protektor , kalkulator , dan sebagainya.
3. Pada tahun ini anda dilarang membawa sebarang bekas pensil . jadi anda diminta menggenggam sahaja bahan tersebut.
4. Membuat ulangkaji terakhir (nota – nota penting sahaja).
5. Menyimpan kad pengenalan dan slip kemasukan peperiksaan dengan baik.
6. Menyemak jam tangan berfungsi dengan baik dan tepat.
7. Menyediakan pakaian seragam sekolah yang sesuai untuk peperiksaan dan memastikan ianya selesa dan masih elok dipakai.
8. Minta ibu bapa/ keluarga kejutkan untuk bangun awal.
9. Tidur awal dalam keadaan tenang dan memasang jam loceng sebelum tidur.


PAGI HARI PEPERIKSAAN

1. Bangun awal dan melakukan aktiviti kerohanian (solat, berdoa dan sebagainya).
2. Ceria, tenang dan berfikiran positif tentang peperiksaan.
3. Memohon restu (doa) daripada ibu bapa.
4. Datang ke sekolah lebih awal. Kalau boleh atau masih boleh bacalah nota pendek yang anda sediakan selama ini untuk rujukan terakhir.
5. jangan membazirkan masa ini dengan berbual bersama rakan yang mengambil peperiksaan.
6. jangan beritahu kawan apa yang anda sudah baca / hafal . ini akan menyebabkan rakan anda akan kelihatan tidak bersedia kerana berasa belum membaca tajuk yang anda perkatakan itu.
7. Masuk ke dewan peperiksaan dengan tenang, yakin dan berdoa. Ikutlah peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah.
8. Duduk di dalam dewan peperiksaan di tempat yang dikhaskan kepada anda dengan tenang sambil menunggu arahan pengawas peperiksaan. Banyakkan berdoa, berzikir dan berselawat.
9. kadang-kadang tempat duduk akan berubah kerana jumlah calon yang mengambil satu-satu mata pelajaran tidak ramai. Jadi anda perlu bersedia dengan maklumat yang ditampal di pintu masuk dewan atau bilik peperiksaan.
10. Mulakan menjawab soalan dengan lafaz BismilLah dan doa.


MENJAWAB SOALAN OBJEKTIF
1. pastikan anda mendapat kertas jawapan objektif bermaklumat milik anda sahaja.
2. adalah penting bagi anda duduk di tempat yang disediakan untuk anda.
3. bagi calon persendirian anda hendaklah merujuk kepada plan kedudukan calon yang biasanya diletakkan pada pintu hadapan dewan mahupun bilik peperiksaan.
4. Mengambil tahu bilangan soalan yang ada dan jumlah masa yang peruntukkan.
5. Membaca soalan sekurang-kurangnya dua kali sebelum menjawab.
6. Tentukan ruang jawapan diisi dengan betul.
7. Tinggalkan, bulatkan soalan yang tidak yakin dan beredar ke soalan seterusnya. Anda tidak semestinya menjawab soalan nombor satu dahulu.
8. Semak jawapan sama ada sudah ditandakan dengan betul sama dengan pilihan jawapan di kertas soalan.
9. Bagi soalan yang tidak yakin, tinggalkan jawapan yang tidak munasabah, kemudian yang sederhana munasabah, maka tinggallah jawapan yang diyakini betul sahaja.
10. Padamkan dengan bersih sehingga tidak ada kesan yang tertinggal jika ingin membuat perubahan jawapan.
11. Tanda pada ruang jawapan dibuat dengan jelas dan nyata.
12. kira bilangan soalan yang perlu dijawab sebelum dikutip oleh pengawas peperiksaan.


MENJAWAB SOALAN SUBJEKTIF

1. Semak bilangan soalan yang perlu dijawab dan berapa markah yang diperuntukkan setiap soalan.
2. Membaca arahan soalan sebelum menjawab dan ingatkannya semasa menjawab.
3. Baca kesemua soalan sepintas lalu untuk mendapat gambaran keseluruhannya.
4. Tandakan semua soalan-soalan yang diyakini boleh dijawab.
5. Semak semua soalan yang ditandakan dan pilih jumlah soalan yang diyakini dapat dijawab dengan baik.
6. Membaca dan memahami kehendak soalan sebelum mula menjawab.
7. Pembahagian masa untuk setiap soalan hendaklah dilakukan dengan seberapa baik yang mungkin.
8. Menyediakan rangka jawapan sebelum menjawab soalan.
9. Tenangkan fikiran semasa menjawab.
10. Memastikan tulisan dapat dibaca oleh pemeriksa dengan senang.
11. Semak semula pengisian maklumat pada buku jawapan yang disediakan seperti no. kad pengenalan, angka giliran dan kira bilangan soalan yang perlu dijawab

latihan pengukuhan tatabahasa

UJIAN PENGUKUHAN TB 1
Isi tempat kosong di bawah dengan perkataan yang sesuai.

1. Saya _____________ menumpukan perhatian kepada guru semasa mengajar di dalam kelas.
2. Beberapa masalah yang timbul sejak ____________ ini telah menyebabkan persatuan terpaksa dibubarkan .
3. Sebelum keluar dari rumah kita mesti mendapatkan ____________ daripada ibu bapa .
4. Kejadian kemalangan itu terjadi di sebuah ____________ yang tajam.
5. Cuaca pada hari ini sangat ____________. Ibu mahu membasuh pakaian .
6. Pokok-pokok rambutan di dusun Pak Abu sudah ____________
7. Fariza menganggap segala yang berlaku adalah ____________ takdir
8. Sunil ____________ setelah berjalan di atas lantai yang licin itu .
9. Kok Leong telah melakukan suatu untuk ____________pergerakan jarum jam dinding ini .
10. Majlis ____________ anak tunggal Puan Mariah diadakan secara besar-besaran .
11. Pokok orkid yang baru ditanam oleh Puan Shanti sudah ____________
12. Beberapa ____________ surat ada di hadapan Jamil. Dia menerima surat itu daripada sahabatnya .
13. Penduduk kampong bergotong-royong ____________ longkang di sekitar kampung.
14. Anak orang kaya itu akan ____________ seorang penyanyi dan pelakon terkenal .
15. Yasmin berhajat untuk ______________ pengalamannya mendaki gunung .
16. Perangainya semakin mengada-ngada kerana segala ____________nya dituruti oleh bapanya .
17. Beberapa orang yang ______________ dalam kemalangan itu dihantar ke hospital.
18. Shalini naik darah apabila _____________ itu menumpahkan air ke atas bajunya .
19. Kegiatan _____________ itu sudah lama diintip oleh penduduk .
20. Ibu _____________ kerusi bayi itu ke meja makan sebelum meletakkan adik ke dalamnya .
21. Saya _____________ pergi ke Singapura jika saya gagal dalam peperiksaan itu .
22. Minumlah air ______________ untuk kesihatan anda .
23. Pemimpin itu mendapat _____________ yang dingin daripada penduduk setempat kerana beliau enggan membantu mereka selama ini.
24. Saya _____________ maklumat yang terdapat dalam borang itu sebelum menghantarnya.

UJIAN PENGUKUHAN TB 2
Tandakan betul atau salah penggunaan perkataan bergaris pada ayat-ayat di bawah .

1. a. Emak menyuruh kakak menggosok baju-baju itu ( ________ )
b. Ramli menggosok kasutnya yang kotor itu dengan berus( ________ )
c. Tidak ada sesiapa pun yang mahu menggosok air yang tertumpah itu( ________ )
d. Tiap pagi Pak Abu menggosok daun kayu yang gugur di halaman rumahnya( ________ )
e. Ramlah menggosok matanya semasa saya sampai ke rumahnya ( ________ )

2. a. Mak Munah menggunakan sebentuk jarum yang kasar untuk menjahit guni itu( ________ )
b. Kaki saya cedera apabila terpijak sebentuk mata kail( ________ )
c. Kiah membeli sebentuk cincin untuk tunangnya( ________ )
d. Lina letakkan sebentuk kunci di tepi tingkap rumahnya( ________ )

3. a. Encik John bercadang membawa keluarganya pergi makan angin ke Bintulu( ________ )
b. Ani duduk di bawah pokok itu untuk makan angin( ________ )
c. Tiap petang Zaleha membawa adiknya makan angin di taman itu( ________ )
d. Perut Raju kenyang kerana banyak makan angin( ________ )

4. a. Adik-beradik Rumisah tinggi-tinggi belaka( ________ )
b. Rumah di bandar Segamat tinggi-tinggi ( ________ )
c. Suhaimi mempunyai tinggi-tinggi Duan( ________ )
d. Tinggi-tinggi gunung , tinggi-tinggi lagi cita-citaku( ________ )

5. a. Hasnah sangat meminati bidang sasterawan( ________ )
b. Ramai sasterawan dijemput hadir dalam majlis penganugerahan watikah itu( ________ )
c. Usman Awang ialah salah seorang sasterawan negara yang terkenal( ________ )
d. Sumiyamti berjaya menghasilkan karya sasterawan yang bermutu tinggi ( ________ )

6. i. Ikan itu sudahpun disiang oleh mak pagi tadi( ________ )
ii. Ibu membawa masuk kesemua sayur-sayuran itu lalu disiang( ________ )
iii. Kayu getah itu disiang oleh ayah untuk dibuat kayu api( ________ )
iv. Rambut Nina disiang pendek oleh ibunya( ________ )
v. Saya minum pagi disiang hari ( ________ ).

7. i. Kamaruddin menemui serumpun rambut di dalam makanannya ( ________ )
ii. Semua pelajar dikehendaki menghafal serumpun sajak( ________ )
iii. Dibelakang rumah saya terdapat serumpun tebu( ________ )
iv. Ayah tertebas serumpun serai semasa memotong kayu itu( ________ )

8. i. Rumah di kawasan itu terletak hampir-hampir jalan( ________ )
ii. Hubungan Suzi dan Kuna masih hampir-hampir lagi( ________ )
iii. Udin hampir-hampir tertinggal bas pagi tadi( ________ )
iv. Mak Munah hampir-hampir tidak sedarkan diri menerima berita buruk itu ( ________ )

9. i. Budak yang keras kepala itu sukar dinasihati( ________ )
ii. Baju kemeja yang baru dibelinya itu sangat keras ( ________ )
iii.Mangsa pembunuhan itu mati kerana dipukul dengan benda keras( ________ )
iv. Keropok yang digoerng oleh ibu semalam sudah keras ( ________ )

10. i. Razali tetap berpegang kuat pada janji( ________ )
ii. Badang menjadi kuat selepas makan muntah hantu( ________ )
iii.Vellu menjerit kuat apabila dikejar anjing( ________ )
iv.Bunyi radio itu sangat kuat( ________ )
11. i. Sejak akhir-akhir ini Leong sering kesempitan wang( ________ )
ii. Kesemptan hidup yang dilaluinya itu dianggap sebagai takdir( ________ )
iii. kami tidak selesa tinggal dibilik yang kesempitan itu( ________ )
v. Keadaan dewan yang penuh sesak itu begitu kesempitan( ________ )

12. i. Ayah melepaskan lelah di anjung rumah selepas seharian bekerja( ________ )
ii. Penat lelahnya selama ini langsung tidak dihargai( ________ )
iii. Faiz menghidap lelah sejak kecil lagi ( ________ )
iv.Dia lelah tetapi adiknya bertenaga ( ________ )

UJIAN PENGUKUHAN TB 3
Isikan perkataan yang sesuai pada tempat kosong di bawah .

1. Budak yang baru _____________ itu terdiam apabila mendapat gula-gula .
2. _______________ itu terpaksa menyelamatkan diri dengan menggunakan payung terjun.
3. Dalam cerita itu , lanun dan para _______________ telah berjaya _______________
4. Kata-kata _________ yang dikeluarkan oleh Nora itu telah _____________ hati Abu.
5. Kita perlulah _____________ di antara satu sama lain.
6. _______________ tanah yang baru dibeli oleh bapa saya ialah 12 ____________
7. Dia berdoa agar ____________ rezeki dan _______________ umur pada tahun ini .
8. Dalam perlawanan ____________ itu , Sazali telah menang 15-9 dan 15 -5 .
9. Dia tidak ___________ minum ubat itu kerana _____________ pahit.
10. Tugas tentera ialah untuk menjaga ______________ dan _____________ negara .
11. Apabila terkenangkan peristiwa sedih itu , luka lama ______________ kembali .
12. Dia agak kecewa setelah mendapat tempat ______________ dalam pertandingan itu .
13. Selepas sembuh daripada kecederaan akibat kemalangan tempoh hari , dia ______________ roda.
14. Kedua-dua mempelai itu sama cantik , mereka memang ______________
15. Emak tidak sanggup mengikut ______________ adik.
16. Dia duduk ______________ di atas pangkin rumah.
17. Dia tidaklah ______________ yang awak sangkakan walaupun rambutnya sudah beruban.
18. Pihak perajurit ______________ akan mempertahankan negara hingga ke titisan darah yang terakhir.
19. Saya lihat ______________ tadi awak asyik membaca saja .
20. Kem membina semangat itu penting untuk ______________ ketahanan diri seseorang .
21. Tidak ______________ olehnya kotak yang berat itu .
22. ______________ betul kamu ni , Cubalah kamu keluar mencari kerja !
23. Orang yang suka ______________ orang lain akan menerima balasannya
24. Apabila anak-anak Pak Kassim balik kampung , anak-anaknya pulang dengan membawa kereta yang ______________
25. Jangan baling batu itu ke dalam air. Nanti ______________ ke muka saya
26. Saya ______________ bau busuk itu di sini.
27. ______________ pasar malam itu mula berkemas selepas pengunjung semakin berkurangan.
28. Semenjak peristiwa yang menyedihkan itu , Salmah menjadi seorang ______________
29. Mike Tyson dianggap salah seorang peninju yang ______________ di dunia .
30. Sila ______________ barisan anda.

31. Pertandingan itu ______________ oleh para hakim yang arif.
32. Kami tidak sempat ______________ ceramah itu .
33. Setelah lama merantau , baru kini dia ______________ kampungnya .
34. Rumah di tepi sungai itu telah ______________ air.
35. ______________ saya pinggan yang berselerak itu .

36. Md Farhan ______________ nama pelajar yang datang lambat ke sekolah pada hari ini .
37. Akhbar ______________ Utusan Malaysia begitu laris di pasaran
38. Di atas meja ______________ makanan yang lazat.
39. Hasil ______________ yang dibuat oleh emak sangat halus .
40. Tun Hussien Onn ialah seorang ______________ yang ulung .

41. Majlis itu khusus untuk meraikan para ______________ yang bergiat dalam bidang sastera.
42. Kesemua ______________ meluru ke arah Mona Fendy untuk mendapatkan komennya .
43. Budak kecil itu terus ______________ walaupun telah dipujuk berkali-kali oleh ibunya .
44. Rumah itu ______________ dengan suara budak-budak.
45. Pakaiannya ______________ kerana digigit anjing

46. Fikirlah ______________ sebelum berpindah rumah .
47. Dia berjalan dengan ______________ kerana keletihan .
48. Udara di kawasan tanah tinggi sungguh ______________ .
49. Air sungai itu mengalir dengan ______________nya.
50. Adik mengasah pensel itu supaya ______________ .

UJIAN PENGUKUHAN TB 4
isi tempat kosong dengan perkataan yang sesuai.

1. Pandu ______________ , pasti jiwa terselamat .
2. Suara Ziana Zain sungguh ______________ .
3. Kita hendaklah berusaha bersungguh-sungguh ______________ ingin berjaya dalam pelajaran.

4. Marina menjadi terkenal ______________ memenangi pertandingan syarahan.
5. ______________ lama ______________serius penyakit yang dihidap oleh ayah Mahzan .
6. Saya masak nasi ______________ emak menggoreng ikan.
7. ______________ cikgu , ayahnya pun tidak dapat menasihatinya.
8. Pertandingan bahas itu ______________ sahaja untuk orang dewasa, ______________juga untuk kanak-kanak.

9. Saya tidak dibenarkan bermain bolasepak ______________ saya belum menyiapkan kerja sekolah saya .
10. ______________ ke Singapura , ke Johor Bahrupun saya belum sampai .
11. Ayah saya bekerja diPejabat Tanah Muar ______________ kerani.
12. Datuk berjalan ______________ menggunakan tongkat.
13. Mesyuarat tergempar itu diadakan untuk membincangkan ______________ projek bantuan kecemasan untuk ______________ banjir.

14. ______________ sungai mengalir di tengah-tengah bandar itu.
15. Dia menyisipkan ______________ keris di pinggangnya.
16. Salim menghadiahi ibu ______________ kain songket.
17. Semenjak sakit dia tidak mampu bercakap walau ______________ kata.
18. Anjing itu ______________ dengan kuatnya .

19. Dia berdiri di tepi tingkap sambil mmerehatikan ______________ hujan yang turun
20. Lama dia ______________ muka saya barulah dicamnya .
21. Pak Nayan ______________ perahunya yang bocor dengan damar.
22. Dia ______________ kerbaunya itu menuju ke sawah.
23. Guru memarahi Kudin kerana sering ______________ kakinya di atas meja.

24. Dalam ______________ dia berangkat ke luar negeri .
25. Masa depannya bertambah ______________ sejak anak-anaknya bekerja.
26. Lukisan itu adalah ______________ tangan pelukis terkenal
27. Jika hujan turun , ______________ tak menorehlah kami .
28. Kegiatan membalak itu ______________ kerana hujan turun dengan lebatnya .

UJIAN PENGUKUHAN TB 5
Tandakan betul atau salah ayat di bawah .

1. Dua laras tembakan telah dilepaskan ( _______________ )
2. Enam buah rumah kedai terbakar dalam kejadian itu( _______________ )
3. Ayah ada sebidang tanah di Kampung Ulu( _______________ )
4. Tebu itu dikerat menjadi beberapa tangkai( _______________ )
5. Emak menambah dua ulas garam ke dalam masakannya( _______________ )
6. Di atas bukit itu terdapat dua laras meriam( _______________ )
7. Kakak menyelit sekuntum bunga di celah rambutnya( _______________ )
8. Ayah menyabit rumput dengan sebilah sabit( _______________ )
9. Saya berharap dapat mendaki gunung itu dalam masa lima jam( _______________ )
10. Beliau menjdi wakil rakyat setelah menang dalam pilihan raya itu( ______________ )

11. Kami dilarang bermain dalam hujan( _______________ )
12. Orang -orang Melayu terkenal oleh kehalusan budi bahasanya( _______________ )
13. Kuih yang dijualnya itu laris sungguh( _______________ )
14. Dia mengembara dari satu negeri ke satu negeri untuk mencari kawannya
( ___________)
15. Namun Suhana tidak dapat melihat , namun dia pandai mengaji Al Quran
( _______________ )
16. Air teh itu terasa kelat kerana terlalu banyak teh di dalamnya ( _______________ )
17. Dia terpinga-pinga apabila disergah daripada belakang ( _______________ )
18. Hujan yang turun pada petang semalam lebat amat ( _______________ )
19. Keadaan kampung itu amat sunyi pada waktu malam hari ( _______________ )
20. Ayam bersahut-sahutan selepas bertelur ( _______________ )

21. Pokok padi itu meliuk-liuk ditiup angin ( _______________ )
22. Dia menangis teresak-esak ( _______________ )
23. Mereka mereka ciptaan daripada bahan buangan ( _______________ )
24. Mereka yang menyuruh saya supaya menyertai peraduan itu ( _______________ )
25. Beberapa rawan jala yang dijemur iru kepunyaan Pak Lah ( _______________ )
26. Kereta itu membelok dari kiri ke kanan ( _______________ )
27. Diatur guli-guli itu satu-satu di atas lantai ( _______________ )
28. Harimau itu mengaum kerana kesakitan ( _______________ )
29. Lima bungkusan-bungkusan itu telah koyak ( _______________ )
30. Perkarangan rumah itu sungguh cantik ( _______________ )

31. Sawah padi itu luas-luas belaka ( _______________ )
32. Syamsul meminta maaf tentang gurunya ( _______________ )
33. Segala teguran-teguran ayahnya tidak dihiraukannya ( _______________ )
34. Cadangan-cadangan kami ditolaknya mentah-mentah ( _______________ )
35. Rammani membeli kertas lukisan di Kedai Runcit Haji Baba ( _______________ )
36. Segala macaam pokok pokok-pokok tumbuh di hutan itu ( _______________ )
37. Sungai itu tidak pernah kering-kering airnya ( _______________ )
38. Jam itu sungguh cantik sekali ( _______________ )
39. Merokok tabiat buruk ( _______________ )
40. Pokok apakah yang tinggi itu ? ( _______________ )

41. Budak yang berbaju merah itu adik saya ( _______________ )
42. Karim mengesat kainynya dengan kain buruk ( _______________ )
43. Semalam kami menuntun wayang gambar ( _______________ )
44. Dia membisu sahaja walupun ditanya guru berkali-kali ( _______________ )
45. Kemalangan itu hampir meragut nyawanya.( ____________ )
46. Pencuri itu sempat meragut rantai leher kepunyaan Nancy ( ____________ )
47. Kambing itu sedang meragut rumput di padang( ____________ )
48. Kejadian perompak meragut wang di bank heboh diperkatakan( ____________ )
49. Rumah Cikgu Rosnah berhampiran dengan sekolah( ____________ )
50. Kami duduk berhampiran di dalam kelas( ____________ )

UJIAN PENGUKUHAN TB 6
Tandakan betul atau salah pada ayat di bawah .


1. Israel telah melancarkan peluru berpandukan( ____________ )
2. Kami mencari harta karun berpandukan peta yang disediakan( ____________ )
3. Agama Islam menjadi panduan kepada penganutnya agar berbuat kebaikan ( ____________ )
4. Saya berselisih faham dengan Aminah kerana berebza pendapat .( ____________ )
5. Sambutan perayaan itu dilakukan dengan meriahnya.( ____________ )
6. Apakah nama guru baru awak ? .( ____________ )
7. Manakah caranya menyudahkan jahitan ini ? .( ____________ )
8. Mengapakah dia meninggalkan kita semua ? .( ____________ )
9. Alangkah baik hatinya .( ____________ )
10. Beberapa hari yang lalu , mereka berkunjung ke rumah guru mereka .( ____________ )

11. Kesemua pelajar diwajibkan hadir ke tempat perhimpunan . .( ____________ )
12. Mereka menyediakan kelengkapan masing-masing . .( ____________ )
13. Ketua kerajaan – ketua kerajaan di Malaysia sedang ebrsidang di Parlimen.( ____________ )
14. Untuk menghapuskan nyamuk Aedes , semua pihak perlu bekerjasama.( ____________ )
15. Pada mulanya dia begitu pemalu tetapi akhirnya sikapnya mula berubah.( ____________ )
16. Dia kebingungan memikirkan peristiwa yang dialaminya semalam.( ____________ )
17. Kesesakan lalu lintas sering berlaku pada waktu pagi.( ____________ )
18. Pak Dollah berasa sedih apabila mendapat durian di dusunnya habis dicuri orang.( ____________ )
19. Manusia berbeza daripada haiwan kerana manusia diberikan akal untuk berfikir.( ____________ )
20. Kerajinan dan kegigihan amat penting dalam kehidupan kita.( ____________ )

21. Ada ura-ura mengatakan beliau akan meletak jawatan.( ____________ )
22. Keseluruhan penduduk Taman Indah bergotong-royong membersihkan padang permainan kanak-kanak.( ____________ )
23. Di zaman purba manusia hidp di dalam gua.( ____________ )
24. Pada keesokannya mereka segera meninggalkan tempat itu.( ____________ )
25. Jason terpaksa berganting pada ibu bapanya sebelum emndapat pekerjaan .( ____________ )

UJIAN PENGUKUHAN TB 7
Letakkan imbuhan apitan pada perkataan italic/ condong di bawah :
1. Jalur Gemilang kibar di Menara Kuala Lumpur
2. Puan Timah cantik rumahnya dengan hiasan dan bunga-bungaan.
3. Puan Yati syor supaya pelajar itu memasuki sekolah berasrama penuh
4. Mereka makan lauk ikan masin
5. Mesyuarat itu lanjut hingga ke waktu malam
6. Encik Tan rindu anaknya yang belajar di luar negara.
7. Ucapan itu akhir dengan serangkap pantun
8. Penyajak itu dengar sajak yang baru dikarangnya.
9. Kereta baru buatan negara ini tonton kepada orang ramai.
10. Sejak akhir –akhir ini Kumar lihat muram sahaja.
11. Penceramah itu sampai ucapannya secara spontan.
12. Kejayaan negara ini menjadi bangga rakyatnya.
13. Budak-budak nakal itu senda orang tua yang cacat itu.
14. Waris harta Pak Ali diuruskan oleh seorang peguam yang berpengalaman.

Monday, September 6, 2010

Sudirman - Patah Hati

Ayah & Ibu

Andainya Aku Pergi Dulu

NOVEL TINGKATAN 2 – “PAHLAWAN PASIR SALAK”

NOVEL TINGKATAN 2 – “PAHLAWAN PASIR SALAK”

Soalan 1 :

Berdasarkan novel yang anda kaji, huraikan sinopsis novel tersebut. [ 10 markah ]

Novel yang saya kaji ialah novel Pahlawan Pasir Salak, karya Mohd. Ismail Sarbini.

Novel ini mengisahkan kebencian penduduk Kampung Pasir Salak terhadap kedatangan Inggeris yang ingin menjajah negeri Perak. Ketokohan Datuk Maharaja Lela selaku penghulu di kampung Pasir Salak dengan dibantu oleh tenaga-tenaga muda seperti Deli, Akub, dan Lamin telah berjaya menghalang niat askar-askar Inggeris untuk menawan Pasir Salak. Darah kepahlawanan Melayu yang dimiliki jelas meniupkan semangat juang tinggi yang tidak merelakan bumi mereka dijajah. Walaupun terdapat orang Melayu sendiri yang menjadi tali barut dan anjing penjajah, namun mereka telah berjaya dikalahkan. Kematian Residen Inggeris, J.W.W Birch yang datang untuk memungut cukai di Pasir Salak benar-benar telah menaikkan lagi semangat pengikut-pengikut Datuk Maharaja Lela untuk terus mempertahankan tanah tumpah darah mereka. Dengan peristiwa itu, pihak Inggeris telah menghantar pasukan tenteranya yang lengkap bersenjata serta meriam untuk menawan Kampung Pasir Salak. Kedatangan tentera Inggeris ini telah pun dinanti-nantikan dengan perancangan peperangan oleh Datuk Maharaja Lela dan anak buahnya. Peperangan telah meletus dan akhirnya pihak Inggeris telah berjaya ditewaskan dengan kebijaksanaan serta kepahlawanan Datuk Maharaja Lela dan penduduk Kampung Pasir Salak.

Soalan 2 :

Berdasarkan novel yang anda kaji, huraikan tema dan persoalan yang terkandung dalam novel tersebut. [ 10 markah ]

Novel yang saya kaji ialah novel Pahlawan Pasir Salak, karya Mohd. Ismail Sarbini.

Novel ini bertemakan semangat perjuangan menentang penjajah. Perjuangan ini dapat dikesan menerusi perwatakan Deli, Lamin, Akub, Datuk Maharaja Lela dan beberapa orang watak yang lain. Mereka membakar pondok mengutip cukai, enggan membayar cukai, membunuh Residen Birch dan menentang Inggeris yang menyerang Pasir Salak.

Persoalan pertama ialah tekanan penjajah. Buktinya, penjajah mengenakan cukai yang tinggi sehingga menyebabkan penduduk berasa tertekan. Mereka juga merampas hasil Pak Wan.

Persoalan kedua ialah perasaan dendam. Buktinya, Deli mendendami Lamsah yang mengkhianati penduduk Pasir Salak. Pada mulanya Lamsah berbaik-baik dengan penduduk Pasir Salak tetapi akhirnya bertindak membakar pondok kawalan yang dibina oleh orang kampung.

Persoalan ketiga ialah kepimpinan yang berkesan. Datuk Maharaja Lela merupakan seorang Ketua Kampong Pasir Salak yang memperlihatkan cara beliau memimpin dengan penuh kesabaran di samping perancangan yang teliti sehingga menyelamatkan Pasir Salak daripada menjadi mangsa penjajah.

Persoalan keempat ialah muafakat membawa berkat. Oleh sebab penduduk Pasir Salak sentiasa hidup dalam keadaan saling membantu dan muafakat, mereka bekerjasama membina pondok kawalan dan membuat rondaan.

Soalan 3:

Huraikan watak dan perwatakan bagai watak utama berdasarkan novel yang telah anda kaji [ 10 markah ]

Novel yang saya kaji ialah novel Pahlawan Pasir Salak, karya Mohd. Ismail Sarbini.

Watak utama novel ini ialah Datuk Maharaja Lela. Beliau merupakan penghulu Kampung Pasir Salak. Di rumah beliau terdapat gelanggang silat bagi melatih anak-anak muda kampung. Beliau seorang yang berpengalaman mentadbir kampungnya sehingga disegani oleh penduduk.
Beliau seorang yang mencintai tanah air. Buktinya, beliau sentiasa memberi kata-kata semangat kepada penduduk Pasir Salak supaya berjuang mempertahankan kedaulatan Pasir Salak. Beliau juga melarang penduduk kampung membayar cukai.

Selain itu., beliau juga seorang yang berani. Tindakannya yang nekad dan tidak menghiraukan penjajah Inggeris dengan membakar pondok mengutip cukai dan mengoyak surat kenyataan mengutip cukai sudah cukup membuktikan keberaniannya.

Tambahan pula, beliau seorang yang berhati-hati dan tidak terburu-buru. Beliau mengambil tindakan mengikut pemikiran, bukannya perasaan. Beliau tidak membenarkan pengikut-pengikutnya bertindak melulu terhadap wakil-wakil Inggeris yang membina pondok mengutip cukai. Lebih-lebih lagi, beliau pandai merancang strategi. Datuk Maharaja Lela pintar menghadapi serangan pihak Inggeris. Beliau menyuruh pengikut-pengikutnya membina kubu di Bandar Tua untuk menghadapi serangan musuh.

Soalan 4 :

Huraikan empat watak dan perwatakan watak sampingan berdasarkan novel yang telah anda kaji. [ 10 markah ]

Novel yang saya kaji ialah novel Pahlawan Pasir Salak, karya Mohd. Ismail Sarbini.

Watak sampingan pertama ialah Pak Itam. Dia merupakan bapa kepada Deli dan pembantu Datuk Maharaja Lela semasa melatih anak-anak muda bersilat. Dia seorang yang amat menghormati ketuanya, Datuk Maharaja Lela. Pak Ita juga merupakan seorang yang tegas. Dia tegas semasa mendidik anaknya, Deli. Selain itu, Pak Itam juga seorang yang mencintai tanah air. Dia berjuang dan bersemangat tinggi menentang penjajah. Dia juga bersemangat tinggi menghadapi kedatangan Inggeris.

Watak Sampingan kedua ialah Pak Wan. Dia digambarkan sebagai seorang yang sudah berumur tetapi menghormati jiwa anak-anak muda. Dia ialah bapa saudara Lamin. Dia seorang yang sensitif. Hal ini demikian kerana dia berasa sedih apabila mengenangkan anaknya, Mat Nor yang meninggal dunia akibat dipatuk ular. Dia seorang yang rajin. Dia menghulurkan bantuan semasa membina pondok kawalan dan kubu pertahanan di samping rajin meronda.

Watak sampingan ketiga ialah Mamat. Dia merupakan abang saudara Deli yang baru berumah tangga yang tinggal di Bandar Bharu. Dia mencintai tanah air. Buktinya, dia sering menyampaikan maklumat dari Bandar Bharu kepada Pak Itam dan Datuk Maharaja Lela tentang rancangan Inggeris yang hendak menguasai Pasir Salak.

Watak sampingan yang memainkan peranan yang agak penting ialah Seputum. Walaupun wataknya hanya muncul sekali-sekala, Dia merupakan pahlawan yang bersemangat tinggi. Datuk Maharaja Lela yang yakin akan kebolehannya telah menyebabkan dia menjalankan tanggungjawabnya dengan baik, yakni membunuh Residen Birch. Dia seorang pejuang yang memiliki semangat cinta akan tanah air. Keberanian yang ada pada watak Seputum wajar kita contohi.

Soalan 5 :
Plot memainkan peranan yang penting dalam sesebuah karya. Huraikan plot atau jalinan peristiwa dalam novel yang telah anda kaji.
[ 10 markah ]

Novel yang saya kaji ialah novel Pahlawan Pasir Salak, karya Mohd. Ismail Sarbini.

Plot novel ini dijalin menurut kronologi. Pada bahagian pengenalan cerita atau eksposisi, pengarang memperkenalkan watak Deli, Pak Itam, Lamin, Akub dan juga Datuk Maharaja Lela. Mereka adalah watak-watak yang menetap di Pasir Salak, iaitu tempat yang menjadi fokus utama pengarang dalam novel ini.

Pada bahagian perkembangan cerita, pengarang menceritakan masalah yang dihadapi oleh penduduk Pasir Salak, yakni ancaman Inggeris yang sudah mula bertapak di Perak. Dijelaskan juga mengenai peranan Deli, Akub, dan Lamin yang bersemangat tinggi dalam menentang Inggeris.

Pada bahagian perumitan cerita atau konflik, pengarang menceritakan usaha-usaha Inggeris menguasai Pasir Salak. Mereka menghantar wakil menampal surat kenyataan mengutip cukai dan membina pondok mengutip cukai. Kedatangan Residen Birch bersama-sama askar Sipahi juga merupakan konfliknya, tetapi dapat ditangani oleh penduduk Pasir Salak.

Pada bahagian puncak atau klimaks cerita, Residen Birch telah mati dibunuh oleh Seputum dan Mat Arshad mati dibunuh Pak Endut ketika mereka datang ke Pasir Salak untuk menampal surat-surat kenyataan memungut cukai. Lantaran itu, Lamsah berjaya terjun ke dalam sungai lalu melarikan diri.

Pada bahagian peleraian atau pengakhiran cerita, cerita disampaikan begitu antiklimaks. Buktinya, anggota Inggeris yang lengkap dengan meriam dan senjata api bersama-sama Lamsah yang ditugaskan sebagai penunjuk jalan akhirnya telah berjaya ditewaskan oleh Datuk Maharaja Lela dan anak-anak buahnya.

Soalan 6:

Teknik plot atau teknik penceritaan memainkan peranan yang penting dalam sesebuah karya. Huraikan teknik plot berdasarkan novel yang telah anda kaji. [ 10 markah ]

Novel yang saya kaji ialah novel Pahlawan Pasir Salak, karya Mohd. Ismail Sarbini.

Teknik penceritaan pertama ialah imbas kembali. Imbas kembali ialah mengingati sesuatu peristiwa atau perkara yang telah berlaku. Buktinya, Pak Wan berasa sedih apabila mengenangkan anaknya, Mat Nor yang meninggal dunia akibat dipatuk ular.

Teknik plot kedua ialah imbas muka. Imbas muka ialah pengarang memberi gambaran atau ramalan tentang sesuatu yang bakal berlaku. Buktinya, Deli dan Mamat dapat membayangkan bahawa peperangan akan berlaku sekiranya Inggeris datang ke Pasir Salak.

Teknik plot ketiga ialah monolog. Monolog ialah pengucapan secara senyap oleh watak kepada diri sendiri, orang lain atau pembaca. Bukti penggunaan teknik ini ialah ketika Deli yang hanya tersenyum apabila menerima kedatangan Lamsah. Dia seolah-olah sedang berfikir tentang sikap Lamsah yang seperti ada udang di sebalik batu daripada pertemuan kali pertama itu.

Teknik seterusnya ialah monolog dalaman. Monolog dalaman bermaksud bicara hati atau watak menyatakan perasaannya dalam hati tanpa mengeluarkan sebarang kata-kata. Dalam novel ini, pengarang menggunakan teknik ini ketika Deli melihat orang yang sedang berkayuh di dalam perahu menuju ke pangkalan. Antara petikannya ialah: “Siapa pula tu?” bisik Deli sambil mengecilkan matanya; memandang ke arah perahu

Soalan 7:

Huraikan latar tempat berdasarkan novel yang telah anda kaji berserta peristiwa yang berlaku di tempat-tempat yang anda nyatakan tersebut. [ 10 markah ]

Novel yang saya kaji ialah novel Pahlawan Pasir Salak, karya Mohd. Ismail Sarbini.

Latar tempat pertama ialah rumah Datuk Maharaja Lela. Buktinya, tempat ini menjadi tempat anak-anak muda berlatih silat. Di sini juga penduduk Pasir Salak selalu berkumpul untuk mendengar ucapan daripada Datuk Maharaja Lela.

Latar tempat kedua ialah warung Pak Itam. Di sinilah berlakunya pergaduhan antara Deli dan rakan-rakannya dengan wakil Inggeris yang ingin mengutip cukai daripada Deli yang membuka warung di situ.

Latar tempat ketiga ialah sungai. Buktinya, Residen Birch mati dibunuh oleh Seputum di situ.

Latar tempat keempat ialah rumah Pak Itam. Buktinya, Deli menceritakan kepada ayahnya mengenai peristiwa Lamin dan Pak Wan diserang oleh anjing penjajah.
Latar tempat seterusnya ialah pondok kawalan. Pondok kawalan ini terletak berhampiran pangkalan. Di sini, Deli, Lamin, dan Akub mengawal keselamatan mengikut giliran. Mereka ingin memastikan keselamatan penduduk Pasir Salak.

Soalan 8:
Huraikan latar masa berdasarkan novel yang telah anda kaji berserta peristiwa yang berlaku pada masa yang anda nyatakan tersebut.
[ 10 markah ]

Novel yang saya kaji ialah novel Pahlawan Pasir Salak, karya Mohd. Ismail Sarbini.

Jarak masa sepanjang perjalanan cerita novel ini ialah lebih kurang 8 bulan iaitu bermula pada bulan Mac 1875 hingga 7 November 1875. Cerita bermula dengan peristiwa Deli membantu Pak Itamnya di warung dan cerita berakhir di rumah Datuk Maharaja Lela selepas pihak Inggeris berundur.

Perjalanan cerita berlangsung pada zaman penjajahan Inggeris di tanah Melayu. Pada 1875, Residen Birch memaksa Sultan Perak menandatangani Perjanjian Pangkor yang membolehkan pihak Inggeris mengutip cukai di negeri Perak. Pada waktu malam pula. Biasanya penduduk kampung berkumpul di rumah Datuk Maharaja Lela dan mendengar nasihat daripada beliau. Anak-anak muda juga berlatih silat pada waktu sebegini.

Waktu pagi juga merupakan latar masa yang agak penting. Pada waktu tersebut, Deli, Lamin, dan Akub membina pondok kawalan di pinggir sungai Perak.

Pada lewat petang dan senja, Biasanya Deli membantu bapanya Pak Itam menutup warung. Pada ketika itulah Deli terlihat Pak Wan yang tercedera dipapah oleh Lamin kerana cedera dipukul anjing penjajah.

Soalan 9:
Huraikan latar masyarakat atau citra masyarakat yang digunakan oleh pengarang dalam novel yang telah anda kaji
. [ 10 markah ]

Novel yang saya kaji ialah novel Pahlawan Pasir Salak, karya Mohd. Ismail Sarbini.

Latar masyarakat pertama ialah masyarakat penduduk kampung. Contohnya, semua penduduk di Kampung Pasir Salak ialah penduduk kampung yang diketuai oleh Datuk Maharaja Lela.

Latar masyarakat kedua ialah masyarakat remaja dan dewasa. Contohnya, Deli, Lamin, Akub, dan Lamsah adalah antara golongan remaja manakala Datuk Maharaja Lela, Pak Itam, Pak Wan, Pak Endut merupakan contoh masyarakat dewasa.

Masyarakat asing juga ada. Buktinya, askar Inggeris, Askar Sipahi, dan pembesar-pembesar Inggeris seperti Kapten Innes, Nakhoda Orlong, dan Residen Birch ialah orang asing.
Latar masyarakat keempat ialah masyarakat yang menderhaka kepada tanah air. Buktinya, Lamsah dan Mat Arshad ialah antara tali barut atau anjing penjajah yang menderhaka kepada tanah air sendiri.

Latar masyarakat seterusnya ialah masyarakat bandar. Buktinya, Mamat yang tinggal di Bandar Bharu. Dia mencintai tanah air. Buktinya, dia sering menyampaikan maklumat dari Bandar Bharu kepada Pak Itam dan Datuk Maharaja Lela tentang rancangan Inggeris yang hendak menguasai Pasir Salak.

Soalan 10:

Huraikan nilai-nilai murni yang terdapat dalam novel yang telah anda kaji. [ 10 markah ]

Novel yang saya kaji ialah novel Pahlawan Pasir Salak, karya Mohd. Ismail Sarbini.

Nilai pertama ialah kasih sayang. Buktinya, Pak Wan amat menyayangi anaknya, Mat Nor. Dia masih terkenangkan anaknya itu walaupun Mat Nor telah meninggal dunia setahun yang lalu.

Nilai kedua ialah cinta akan tanah air. Buktinya, penduduk Kampung Pasir Salak berani menentang angkatan Inggeris, walaupun mereka tidak mempunyai senjata-senjata moden.

Nilai ketiga ialah hormat-menghormati. Buktinya, penduduk Pasir Salak amat mentaati dan menghormati ketua mereka, Datuk Maharaja Lela.

Nilai keempat ialah kerajinan. Bukitnya, Deli rajin membantu ibu bapanya di warung. Selain itu, penduduk Pasir Salak juga rajin membina pondok kawalan dan berkawal mengikut giliran.

Nilai seterusnya ialah taat beragama. Buktinya, Deli digambarkan sebagai seorang remaja yang tidak pernah meninggalkan sembahyangnya. Nilai-nilai yang ditunjukkan dalam novel ini wajar kita teladani.

Soalan 11:

Huraikan pengajaran atau mesej yang terdapat dalam novel yang telah anda kaji.

[ 10 markah ]

Novel yang saya kaji ialah novel Pahlawan Pasir Salak, karya Mohd. Ismail Sarbini.

Pengajaran pertama ialah kita perlu mempertahankan tanah air daripada dijajah. Sebagai anak jati negara ini, adalah menjadi tanggungjawab kita mempertahankan kemerdekaan. Sikap dan semangat yang ditunjukkan oleh Datuk Maharaja Lela dan penduduk Pasir Salak yang sentiasa menentang rancangan dan kehendak Inggeris patut kita contohi.

Pengajaran kedua ialah kita tidak patut menderhaka kepada tanah air. Hal ini demikian kerana menderhaka kepada tanah air ialah perbuatan yang keji. Misalnya, Lamsah dan Mat Arshad yang menderhaka kepada tanah air akhirnya dibunuh dengan sia-sia.
Pengajaran ketiga ialah kita patut membantu orang yang ditimpa kesusahan. Tindakan Deli menolong Pak Wan yang dipukul oleh “anjing penjajah” dan tindakannya yang pernah menyelamatkan Lamsah patut kita teladan.

Pengajaran keempat ialah kita hendaklah bekerjasama dalam melakukan semua pekerjaan. Bukitnya, sikap penduduk Pasir Salak yang sentiasa bekerjasama dalam segala hal, terutamanya semasa bekerjasama membina pondok kawalan dan bekerjasama mengawal serta menentang Inggeris. Berkat usaha dan kerjasama, mereka telah berjaya mengalahkan angkatan Inggeris yang menyerang Kampung Pasir Salak.

Pengajaran seterusnya ialah kita mesti taat kepada ibu bapa. Hal ini demikian kerana mentaati ibu bapa adalah dituntut agama. Oleh itu, sikap Deli yang rajin menolong ibu bapanya serta menghormati ibu bapanya perlu kita jadikan teladan.

Soalan 12:

Huraikan gaya bahasa yang terdapat dalam novel yang telah anda kaji [ 10 markah ]

Novel yang saya kaji ialah novel Pahlawan Pasir Salak, karya Mohd. Ismail Sarbini. Gaya bahasa memainkan peranan yang amat penting dalam sesuatu karya.

Gaya bahasa pertama ialah simile. Antara contoh simile yang terdapat dalam novel ini ialah Dia menghela nafas panjang-panjang seperti orang yang baru lepas dikejar harimau.

Gaya bahasa kedua ialah metafora. Buktinya Udara yang dingin berubah menjadi panas dibakar api bencikan Inggeris. Api ialah unsur konkrit manakala bencikan Inggeris ialah unsur abstrak.

Gaya bahasa ketiga ialah perulangan. Buktinya: “Bertenang. Bertenang saudara-saudaraku. Bertenanglah,” kata Datuk Maharaja Lela. Perkataan bertenang diulang sebanyak 3 kali.

Gaya bahasa keempat ialah personifikasi atau unsur perorangan. Contohnya, Malam itu bulan agak pucat di balik awan. Dalam contoh tersebut, bulan digambarkan seperti sifat manusia, iaitu pucat.

Gaya bahasa seterusnya ialah peribahasa. Antara peribahasa yang digunakan dalam novel ini ialah simpulan bahasa. Bukitnya, anak tunggal, gigi air, memasang telinga, tali barut, sakit mata, mengambil berat dan banyak lagi.