PMR - Bahasa Melayu - Test 1
Soalan 1 hingga soalan 6 (Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.)
Pokok hiasan digubah bentuknya sejak beratus-ratus tahun yang lampau di Mesir dan China. Masyarakat di negara tersebut telah berjaya mengkatikkan pokok untuk menjadi hiasan taman. Hiasan ini amat popular dengan panggilan bonsai.
Menurut pakar bonsai Britain, Peter D Adams, bonsai turut menjadi kegilaan masyarakat di negara Jepun sekitar 1300 Masihi. Mereka menceduk idea seni halus tumbuhan dari Negara China ini dengan melakukan pengubahsuaian hiasan bagi menghasilkan suatu penghasilan yang lebih bernilai.
Hingga kini minat untuk mengkatikkan pokok sudah merebak ke seluruh dunia. Masyarakat di tiap-tiap negara di dunia menggunakan pokok tempatan di negara mereka dengan mengubahnya agar kelihatan unik dan menarik. Oleh itu terdapat pelbagai cara dilakukan termasuk menghasilkan pokok hiasan alam bonsai dengan mengawal selia dan melakukan cantasan daun dalam bentuk topiari sekiranya pokok pilihan tidak sesuai dikatikkan.
Bonsai yang bernilai tinggi lebih berasaskan kepada saiz yang kecil, ditanam dalam pasu, keunikan bentuk batang dan dahannya, susunan rantingnya, akar yang diproses semula, dan pokok hiasan tersebut digabungkan dengan gubahan batu yang memiliki keindahan yang tersendiri. Hal ini bermakna, penghasilan bonsai berjaya dilakukan dengan teknik yang tersendiri yang membabitkan usaha mendapatkan baka pokok, pemotong akar, jenis tanah, kaedah penyiraman, pembajaan, cantasan, mencipta bentuk batang dan menyediakan ruang yang sesuai, dan cara untuk mengawal penyakit serta perosak.
Untuk mendapatkan pokok bonsai hiasan, langkah pertama yang harus dilakukan oleh peminat bonsai ialah memungut pokok biasa yang dianggap sesuai untuk dikatikkan. Pokok yang terserlah keindahannya oleh unsur alam perlulan diberikan keutamaan. Pokok-pokok ini boleh digali dengan menggunakan peralatan seperti sudip, cangkul, gergaji, pemangkas, gunting Jepun, karung plastik atau guni, bekas semburan air, dan tali. Pasu yang cantik pula akan dapat menyerlahkan pokok yang dikatikkan. Pasu yang digunakan mestilah mempunyai sekurang-kurangnya satu lubang pengairan supaya tanah tidak mengekalkan kelembapannya yang berterusan. Hal ini kerana air yang bertakung akan menyebabkan akar pokok mudahdiserang penyakit dan mengalami proses pereputan.
Selain itu, penggunaan 70 peratus tanah campuran pasir kerikil dengan 30 peratus bahan organik yang dihasilkan daripada daun reput adalah juga diperlukan. Namun demikian, kesesuaian spesies pokok perlu juga diambil kira dalam mendapatkan pokok hiasan bonsai ini.
1. Apakah yang dimaksudkan dengan bonsai?
* Mengubah pokok asal dengan tujuan menjadikannya kelihatan menarik.
* Gubahan pokok hiasan batu yang direka cipta di dalam pasu bunga.
* Mengkatikkan pokok bagi menghasilkannya sebagai hiasan taman yang lebih bernilai.
* Mengubah pokok dengan cara melakukan cantasan daun dalam bentuk topiari yang lebih menarik.
2. Mengapakah bonsai kini begitu diminati di seluruh dunia?
* Kerana kos menghasilkannya murah.
* Kerana proses penjagaannya mudah.
* Kerana bentuknya unik dan menarik
* Kerana pokok hiasan menjadi lebih bernilai.
3. Menghasilkan pokok hiasan bonsai memerlukan langkah-langkah yang berikut kecuali.
* Memungut pokok yang sesuai untuk dikatikkan.
* Menyimen pokok hiasan di dalam pasu supaya teguh.
* Mencampurkan 70 peratus tanah berpasir dengan 30 peratus bahan organik.
* Membina lubang pengaliran air di dalam pasu yang cantik bagi menyerlahkan kecantikan pokok.
4. Kriteria yang paling utama untuk memilih pokok yang hendak dikatikkan ialah
* Melihat saiz pokok yang keci
* Keunikan bentuk batang dan dahannya.
* Melihat susunan ranting yang banyak.
* Pokok terserlah keindahannya oleh unsur alam.
5. Dari manakah masyarakat Jepun mendapat idea untuk menghasilkan pokok hiasan ala bonsai?.
* China
* Mesir
* Britain
* Mesir dan China.
6. Apakah tajuk yang paling sesuai bagi petikan di atas?
* Seni Reka Hiasan Taman
* Pokok Hiasan Bonsai.
* Asal Usul Tanaman Bonsai.
* Cara-cara Menghasilkan Bonsai.
Soalan 7 hingga soalan 12
Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.
ANGIN:
(Tersenyum lebar) Kau ketinggalan zaman rupanya. (Ketawa besar) Bukankah zaman sekarang orang pakai washing machine yang boleh mengeringkan terus pakaian? (Mengejek) dan apa perlunya kau itu lagi?
MATAHARI:
(Marah bukan main) Cis! Angin. Kau pun apa kurangnya? Kau seperti lupa bahawa zaman sekrang tidak perlu ada kau lagi. Untuk mendinginkan tubuh manusia, mereka telah mencipta kipas angin dan penyaman udara!.
ANGIN:
Ahhhhh, bagaimana kalau penyaman udara mereka rosak? (Mengejek sinis) Tentu mereka akan menganggil aku. “Wahai angin datanglah kau! Duhai angin berhembuslah……(Tersenyum lebar) Datanglah bertiup sepoi-sepoi bahasa, agar kami merasa nikmatnya.”
MATAHARI:
Kau hanya berangan-angan Angin! (Mengejek jijik) Kau jangan lupa jika pakaian mereke lembap, mereka juga akan memanggil aku kau tahu? (Menyindir) lalu mereka pun berkata dan merayu kepadaku, “Wahai Matahari. Muncullah segera engkau mengeringkan pakaianku. Muncullah Matahari, Matahariku tersayang!”
ANGIN:
(Gelak-gelak mengejek) Nampaknya antara kita…,.tidak ada sesiapa pun yang mahu mengalah. Kita perlu beradu nasib. Aku cadangkan, satu pertandingan yang khsus perlu dlangsunkan. Dan kita mesti memanggil saksi-saksi serta panel hakim bagi penentuan. (Tersenyum lebar).
MATAHARI:
(Mengangguk) Cadanganmu baik sekali! Dan aku terima cabaranmu itu! Sudahlah Angin … Memang dasar kamu begitu. Bila baik semuanya hakmu. Tapi kau jangan pula lupa, akibat kau juga manusia bergaduh!, Ya, mereka mengatakan adanya khabarkhabar angin membuatkan fitnah berleluasa! Tapi tidak ada pula khabar matahari yang mengadu dombkan manusia. Betul tak? (Menuding jarinya kepada Angin)
ANGIN:
(Marah semula dengan meninggikan suaranya) Hei, Matahari! Kau masih berdegil ya. Nanti aku akan panggil temah setiaku ribut untuk menghapuskan kamu semua. Baru padan muka kau itu…..(ketawa bangga).
MATAHARI:
(Memandang ke arah penonton semua) Wahai manusia, siapakah yang kamu mahu rapati. Aku atau angin? (Suara lantang)
SUARA LATAR:
(Suara ramai dari bawah) kami mahukan Angin……kerana kami sangat kepanasan!
MATAHARI:
Celaka kalian manusia. Kepanasan yang kamu alami itu bukan kerana panahan sinar kami…………Sebenarnya kehangatanmu itu adlah akibat pollition (Geram ) Baiklah …… jika kalian hendak merakasana penanganku, nah terimalah ini habuan kalian semua (ketawa berdekah-dekah).
SUARA LATAR:
Aduh……………..panasnya! Panas terik begini bagaikan dalam neraka jahanam? (Suara bergema)
MATAHARI:
(Ketawa kuat) rasakanlah …………Mintalah pertolongan daripada sahabat baikmu itu! (Ketawa lagi).
SUARA LATAR:
(Merayu) Wahai Angin, datanglah Angin, tolong aku, tolong! Matahari mengganggu aku.
ANGIN:
Kau dengar tak Matahari? Dengan itu! Bukankah manusia memanggil aku? Meminta jasa baik aku! Sebaliknya mereka membenci kau. (Menyampah).
7. Mengapakah angin merasakan bahawa dirinya disanjung oleh manusia?
* Manusia memerlukan angin dalam kehidupan
* Manusia memuja angin melalui lagu dan puisi.
* Manusia berasa gembira apabila angin bertiup
* Manusia sentiasa menantikan kehadiran angin
8. Matahari dikatakan selalu menyusahkan manusia kerana
* Menyebabkan aktiviti manusia terjejas.
* Menyebabkan kebakaran apabila musim kering.
* Menyebabkan kehidupan manusia kurang selesa.
* Menyebabkan manusia berpeluh apabila bersinar.
9. Pertelagahan Angin dan Matahari dapati disamakan dengan
* Sudah dapat gading bertuah, tanduk tidak berguna lagi.
* Ingat sementara belum kena, jimat sementara belum habis.
* Orang lain yang makan nangka, orang lain yang kena getah
* Gajah sama gajah berjuang, pelanduk mati di tengah-tengah.
10. Latar masa pertelingkahan antara angin dan matahari berlaku pada
* waktu tengah hari
* waktu tengkujuh
* waktu kemarau
* musim panas
11.Apakah pengajaran paling tepat yang diperoleh daripada petikan tersebut?
* Setiap kejadian mempunyai kelebihan dan kekurangan.
* Jangan mendabik dada dengan keistimewaan yang dimilikki.
* Hidup perlu saling membantu untuk mendapatkan keberkatan.
* Membesar-besarkan diri sendiri merupakan perbuatan yang keji.
12. Bagaimanakah keadaan bumi sekiranya Angin dan Matahari terus
mempertahankan kelebihan masing-masing?
* Ekologi alam terganggu
* Keamanan bumi terjejas
* Bumi mengalami kemusnahan
* Berlaku bencana alam yang dahsyat.
Soalan 13 hingga soalan 18 (Baca petikan dibawah dengan teliti dan kemudian jawab soalan-soalan
berikutnya)
Setelah hari siang, maka baginda pun terkejut daripada beradu. Maka dicium baginda tubuhnya baunya narwatu, dan dilihat baginda kalamnya pun seperti sudah khatan. Maka pada hati Raja kecil besar, “bahawa aku ini bermimpi rupanya, bukannya setan”.
Maka mulut baginda pun menyebut kalimah syahadat, tiada berhenti lagi. Maka segala dayang-dayang di dalam istana baginda pun hairanlah mendengar yang disebut raja itu. Maka kata raja perempuan, “Entah kena setan gerangan raja ini, atau gilakah gerangannya? Baik kita segera beritahu bendahara”.
Maka dayang-dayang pun pergi memberitahu bendahara. Maka ia pun segera datang lalu masuk ke dalam istana. Maka dlihat Bendahara, raja belum berhenti menyebut kalimah syahadat. Maka sembah Bendahara, “Bahasa mana yang dsebut raja ini?”.
Maka titah raja, “semalam beta bermimpi, berpandangan dengan keelokan hadiat Nabi s.a.w.”
Maka segala mimpi baginda itu semuanya dikatakannya pada Bendahara. Maka sembah Bendahara, “jikalau benar mimpi raja, apa alamatnya?.
Maka kata raja, “alamatnya kalam beta seperti dikhatankan orang, itulah tanda sah beta bermimpi Rasulullah Salallahu alahi wasallam. Lagi sabda junjungan pada hamba, “Asar sekarang datang sebuah kapal dari Judah, turun orangnya lalu sembahyang di pantai Melaka ini,” katanya, “turut olehmu barang katanya.”
Maka bendahara pun hairanlah melihat kalam raja seperti dikhatankan orang rupanya. Maka kata bendahara. “Jikalau sungguh datang sebuah kapal asar ini benarlah mimpi raja itu: jikalau tiada, bahawa setanlah mengharu raja.”
Maka titah baginda, “Benarlah kata bapa hamba itu.”
Maka Bendahara pun kembalilah ke rumahnya.
(Dipetik daripada Antologi Sehijau Warna Daud)
13. Mengapakah Bendahara dipanggil ke istana?
* Untuk bertanyakan mimpi raja
* Untuk mentafsirkan mimpi raja
* Untuk mencari punca perubahan pada diri raja.
* Untuk mengembalikan ingatan Raja Kecil Besar.
14. Perubahan-perubahan yang berikut terjadi kepada Raja Kecil Besar selepas bermimpi bertemu dengan Rasulullah kecuali.
* Tubuhnya berbau narwastu.
* Kalamnya sudah terkhatan.
* Mulutnya sentiasa menyebut kalimah syahadat.
* Sentiasa termenung akibat memikirkan mimpinya.
15. Latar masa cerita di atas berlaku pada waktu
* Siang
* Malam
* Tengah malam.
* Subuh.
16. Apakah nama Raja Kecil Besar setelah memeluk agama Islam?
* Seri Amar Diraja
* Seri Nara Diraja
* Sultan Muhammad Syah.
* Sultan Ahmad Shah.
17. Penggunaan perkataan Nabi, Rasulullah dan Asar dalam petikan di atas adalah contoh bagi gaya bahasa
* Istana.
* Klasik.
* Arab.
* Simile.
18. Apakah kesudahan cerita Susur Galur Asal Usul Negeri Melaka?
* Raja Kecil digantikan oleh Bendahara.
* Raja Kecil Besar dan rakyatnya memeluk agama Islam.
* Rakyat Melaka beramai-ramai melihat Saiyid Abdul Aziz bersolat di tepi pantai Melaka.
* Saiyid Abdul Aziz menyebarkan agama Islam di kalangan rakyat Melaka
Soalan 19 hingga soalan 24 (Baca puisi tradisional di bawah dengan teliti dan kemudian jawab soalan-soalan berikutnya)
SYAIR TENAGA PEMUDA
Tenaga pemuda kalau diasuh,
Pimpin dan didik kotor dibasuh,
Tidaklah ia menjadi lusuh,
Amat berguna menentang musuh.
Tenaga pemuda memang terbilang,
Tenaga yang sedang gilang-gemilang,
Beban yang berat dapat dijulang,
Benda yang jauh dapat dijelang.
Tenaga pemuda tenaga bererti,
Tenaga yang berani menempah mati,
Tidak mengenal erti mati,
Hanya penuh kemahuan mesti.
Tenaga pemuda mestilah sayang,
Jangan dibiarkan lemah dan goyang,
Di waktu muda tenaga kencang,
Berani sampai berputih tulang.
Tenaga pemuda kalau dijaga,
Kelak akhirnya sangat berharga,
Tenaga yang menjadi harapan bangsa,
Gagah berani mempertahankan bangsa.
19. Apakah yang dimaksudkan oleh penyair dengan kotor dibasuh?
* Kelemahan diri dijauhi
* Kekuatan diri disatukan
* Hasad dengki perlu dijauhi
* Kekurangan diri diperbaiki
20. Mengapakah tenaga pemuda perlu dijaga?
* Supaya dapat memajukan ekonomi negara.
* Supaya dapat mempertahankan kedaulatan negara
* Supaya tidak terjebak dengan penyalahgunaan dadah
* Supaya tidak lemah dan mudah dipengaruhi oleh musuh negara.
21. Apakah tema yang bersesuaian dengan Syair Tenaga Pemuda?.
* Pedoman hidup untuk generasi muda.
* Nasihat kepada anak-anak muda
* Kepentingan menjaga tenaga pemuda.
* Tanggungjawab mendidik pemuda.
22. Antara yang berikut, yang manakah bukan persoalan yang terdapat dalam Syair Tenaga Pemuda?.
* Menghargai tenaga pemuda.
* Kekuatan tenaga pemuda.
* Kepentingan membimbing pemuda.
* Tanggungjawab mendidik pemuda.
23. Frasa kelak akhirnya sangat berharga pada rangkap akhir syair di atas ialah contoh bagi unsur gaya bahasa
* Inversi.
* Asonansi.
* Perlambangan
* Anafora
24. Semua yang berikut adalah benar entang bentuk Syair Tenaga Pemuda kecuali
* Syair ini mempunyai lima rangkap.
* Setiap rangkap mempunyai empat baris.
* Setiap baris terdiri daripada empat hingga lima patah perkataan.
* Jumlah suku kata yang terpanjang terdapat pada baris rangkap yang kedua.
Soalan 25 hingga Soalan 30 (Lengkapkan ayat-ayat di bawah dengan memilih perkataan yang paling sesuai)
25. Tuan Pengetua sentiasa memberikan …………. Tentang masalah disiplin pelajar ketika berucap pada perhimpunan pagi sekolah.
* Tumpuan
* Makluman
* Penjelasan
* Penekanan
26. Kain-kain yang diseterikanya itu …………. menjadi bertingkat-tingkat lalu disimpan di dalam almari.
* Disusun
* Dibuat
* Diatur
* Dilonggok
27. Agensi-agensi pelancongan yang ………… perjalanan ke tempat-tempat peranginan di negara ini diingatkan supaya tidak menipu pengguna dengan pakej yang ditawarkan.
* Menggerakkan
* Mengaturkan
* Menjalankan
* Merancangkan
28. Dawai telefon akan mengendur pada waktu panas dan akan ………… pada waktu sejuk.
* Mengecut
* Melebeh
* Meregang
* Mengembang
29. Semua maklumat yang diperoleh daripada pegawai penyiasat itu akan ………. terlebih dahulu sebelum tangkapan dilakukan.
* Dikaji
* Diamati
* Diperiksa
* Dipelajari.
30. Permainan tradisional patut diketengahkan supaya dapat ………… seni budaya bangsa.
* Mengaya
* Mengayai
* Memperkaya
* Memperkayai

No comments:
Post a Comment